Ahad, 31 Mac 2013

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Pusat Tarbiyah Al Amin <b>di Jelebu</b> 95 peratus <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 05:37 AM PST

Khamis 28 Februari 2013 - Kg Larong, Jelebu perkembangan pembinaan Pusat Tarbiyah Al Amin (PTA) hampir 95% pembinaannya telah siap. Tiles (jubin) pun telah siap dipasang di dalam surau, bilik air dan di kaki lima. Tingkap-tingkap semua sudah di pasang. 
Tetapi masih ada beberapa bahagian yang belum di siapkan atau di pasang antaranya :-
1.Pintu – pintu hadapan ,sisi dan bilik2 air.
2.Siling – siling tingkat atas belum dipasang.
3.Railing tangga – atau besi untuk jadi pemegang atau penghadang tangga
4.Bumbung bilik air dan tandas
5.Pagar – pasang keliling kawasan PTA
Pemasangan paip air dan juga pendawaian elektrik untuk bangunan PTA telah disiapkan. Permohonan dengan TNB dan juga pihak SAINS untuk air juga telah di masukkan. 
Menurut Abg Zul (Bendahari), PTA masih berhutang sebanyak RM 6,000 dengan kedai Hardware Ban Soon dan juga RM 1,000 dengan kedai Hardware Robert.
Sehubungan dengan itu Cikgu Jaaman merayu kepada penderma-penderma yang budiman untuk menderma sejumlah dana lagi untuk menyiapkan sepenuhnya pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin ini. Segala bantuan derma boleh di masukkan ke dalam akaun PUSAT TARBIYAH AL AMIN di Maybank, Nombor akaun : 5550 6911 3244

Belia Bangkit: Aishah Menanti Rais <b>Di Jelebu</b>???

Posted: 14 Feb 2013 08:38 PM PST


Kuala Lumpur: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin, 48, atau Aishah menyifatkan wujud spekulasi pihak tertentu mengatakan dirinya bakal diletakkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)bagi Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan hanyalah andaian semata-mata.
Aishah berkata demikian selepas sumber memaklumkan penyanyi itu adalah artis pertama negara yang bakal bergelar Yang Berhormat (YB) berikutan akan diletakkan sebagai calon bertanding dalam PRU akan datang.

Penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, beliau menyedari perkara itu hangat diperkatakan tambahan pula tarikh menjelang pilihan raya semakin hampir.

"Setakat ini saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan ia hanyalah khabar angin. Lebih baik tunggu Parlimen dibubarkan dulu, barulah boleh dapat kata putus," katanya.

Menurut Aishah, dia tidak pernah mengharapkan bergelar calon sebaliknya menyedari timbulnya 'cakap-cakap orang' mengenai penamaan itu.


"Sebelum ini ramai yang bercakap mengenai perkara ini, tetapi tak tahulah, tunggu dan lihat saja," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya sama ada akan bertanding sekiranya diberi peluang, Aishah berkata, dia perlu memikirkan sebaik-baiknya tambahan pula tanggungjawab untuk memimpin adalah sesuatu yang sukar.

"Kalau ada peluang, saya kena fikir tindakan selanjutnya, kena solat istiqarah dan kena tahu sama ada masyarakat akan menerima atau sebaliknya," katanya tidak mahu menganggap spekulasi itu sesuatu yang serius.

Sementara itu, Aishah yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu akibat demam panas turut meminta rakan artis yang `berhijrah' tidak menghentam individu lain sebaliknya istiqamah dalam menambah ilmu agama.
BB : BERJUANG UNTUK AGAMA BAIK, BERJUANG DENGAN MEMPERGUNAKAN AGAMA TAIK!!!

tian chua minta bantuan polis batalkan ceramah <b>di jelebu</b> - WIRA <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 08:00 PM PDT

Mangsa politik terbaru rakyat Malaysia, Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR kini sudah tidak lagi diterima rakyat dan kini sukar untuk membuat penampilan di khalayak ramai. Semua ini gara-gara keceluparan mulutnya terhadap kematian dua orang anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu yang dikatakannya sebagai sandiwara UMNO.
Terdahulu, beberapa penduduk kampung dan NGO's di seluruh negara telah berhimpun di Jelebu bagi membatalkan ceramah politik PAS yang mana turut dihadiri Tian Chua, Naib Presiden PKR.
Dipercayai bantahan yang dilakukan oleh GMPN dan beberapa NGO di kawasan Jelebu pada satu ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jelebu, di markas PAS Felda Pasoh 3, Jempol.
Ceramah politik itu yang dijadualkan diadakan di Felda Pasoh 3, Jempol terpaksa dibatalkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Nampaknya selepas ini Tian Chua tidak akan dapat lagi berceramah di hadapan khalayak ramai. Ini sebenarnya memberikan gambaran bahawa beliau tidak ada tempat lagi di hati rakyat dan Pakatan Pembangkang akan kalah teruk dalam PRU-13 akan datang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads