Ahad, 31 Mac 2013

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


05 <b>di nilai negeri sembilan</b> - Google Blog Search - BlOG NEGERI <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 10:43 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Apa SM buat <b>di NEGERI SEMBILAN</b> ?? – CERITA CATUR <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 01:22 AM PST

CERITA CATUR 3 TAHUN LEPAS – Pada hari Khamis lepas (11 Februari 2010), sehari SM jalan-jalan di Negeri Sembilan kerana urusan catur. Pergi Nilai, Negeri Sembilan dulu, hantar resume Cerdik Catur Enterprise mohon jadi jurulatih catur Islamic Science University Of Malaysia (USIM), gi Seremban Parade pula, ambil gambar poster kejohanan catur di Seremban Parade, gi pula SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban (SHAMS) ambil cek elaun sebagai jurulatih catur dan pergi juga beberapa badan kerajaan dan swasta kerana dipanggil untuk bincang tentang penajaan kejohanan catur dan juga jumpa 2 orang VIP di sana yang nak bincang dengan SM tentang aktiviti kejohanan catur.

Sempat SM buat semua dalam masa 1 hari jee dari pagi hingga petang. Penat gak tapi semua keje catur beres.

Gambar SM posing di pintu masuk Islamic Science University Of Malaysia. Dengan memakai tali leher dan kemeja putih lengan panjang. Imej yang perlu kita tonjol kalau nak jumpa orang-orang yang berkhidmat dengan kerajaan, swasta dan juga VIP2 kalau urusan RASMI.

SM bergambar di pintu masuk bahagian hal ehwal pelajar, USIM.

Banner aktiviti di Seremban Parade dah diletakkan di pintu masuk Seremban Parade. Dah ada iklan Kejohanan Catur di Seremban Parade yang akan diadakan pada 27 dan 28 Februari ini.

SM di pintu masuk SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban.

Makan tengahari SM di Seremban. Lauk gulai ikan asam pedas dengan sayur bendi menjadi kebiasaan kegemaran makanan SM. Hamsem tak SM?? hehe

GD Star Rating
loading...

GD Star Rating
loading...

Apa SM buat di NEGERI SEMBILAN ?? - CERITA CATUR KENANGAN, 10.0 out of 10 based on 1 rating Blog Widget by LinkWithin

Tags: , ,

Pejuang Pekerja Pahang: 500 pekerja asing kilang tekstil <b>di Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 11:25 PM PDT

Buruh asing mogok kerja demi gaji minimum
Seramai kira-kira 500 orang pekerja asing dari sebuah kilang di Nilai, Negeri Sembilan mengadakan mogok dengan tidak bekerja bermula Jumaat lalu kerana menuntut gaji minimum sebanyak RM900.

Aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Negeri Sembilan, P Nithiyavani berkata pekerja yang kebanyakannya dari Bangladesh, Vietnam dan Nepal itu mengadakan mogok bagi mendesak kilang tempat mereka bekerja membayar gaji minimum seperti yang diumumkan perdana menteri sebelum ini.

protest at nilai negeri sembilanMenurutnya lagi, selain mogok, pekerja itu turut mengadakan piket secara aman semalam di hadapan asrama kediaman mereka yang turut dihadiri Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

"Syarikat itu merupakan syarikat milik jutawan yang didakwa mendapat keuntungan sehinga $AS1 bilion. Mereka (pekerja) yang kebanyakan pekerja asing cuma mahukan gaji minimum RM900 dibayar. Tetapi syarikat itu dari bulan Januari masih tidak memberi gaji minimum.

"Pekerja bekerja 30 hari tanpa cuti dan dibayar dengan RM500 hingga RM700 sebulan. Bila tanya pada pihak pengurusan mengapa tak bayar, mereka tak bagi jawapan.

"Sebab itu pekerja itu mogok tak nak pergi kerja dan kita membuat piket semalam untuk tuntut jawapan. Tapi semalam pihak jabatan buruh kilang itu masih tak beri kata putus," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dakwa diugut tangkap

Selain itu, Nithiviyani berkata, pihaknya hari ini turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai kerana ada dakwaan daripada pekerja asing dari Vietnam mengatakan beliau diugut akan ditangkap oleh pihak polis sekiranya tidak datang bekerja.

Katanya, pekerja itu turut mendakwa ugutan itu dilakukan oleh majikannya yang turut diiringi anggota polis ke asrama kediaman pekerja malam semalam.

protest at nilai negeri sembilan"Kita baru lepas buat laporan polis berhubung dakwaan pekerja itu diugut untuk ditangkap sekiranya teruskan mogok. Ada pekerja yang dah takut dan mula pergi kerja.

"Ini adalah penyalahgunaan kuasa oleh majikan dan polis," katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya kini sedang merancang untuk mengadakan beberapa tindakan susulan serta akan meneruskan mogok tersebut.

"Kita akan buat tindakan selanjutnya. Tetapi kita akan tunggu seorang jurubahasa kerana kami susah nak berkomunikasi dengan mereka. Mereka tak pandai bahasa Melayu dan kita pun tak pandai bahasa mereka.

"Kita akan tetap teruskan mogok ini sehingga mendapat kata putus daripada majikan itu untuk membayar gaji minimum," katanya lagi. - Malaysiakini, 13/3/2013,

Buruh asing mogok kerja demi gaji minimum

AUNTY AINI&#39;S GARDEN CAFE, <b>Nilai</b>, <b>Negeri Sembilan</b>...

Posted: 22 Feb 2013 08:02 AM PST

Agak lama juga plan nak pergi makan di Aunty Aini's Garden Cafe dan baru malam ini hajat terlaksana. As usual hari Jumaat lepas kerja kami akan balik ke Seremban...on the way balik rumah kami singgah di sini...terus dinner....alamat Aunty Aini's :
                                         Batu 16, Jalan Sepang. 
                                         Kampung Chelet. 71800 Nilai.
                                          06-7991276
Restoran terletak di selekoh jalan besar...jalan nak ke KLIA....kawasan kampung.... kalau bawak kereta tu jangan laju sangat takut terlepas....anyway...memang ada signbord besar di tepi jalan....parking pun kat tepi jalan...kalau di kalangan pekerja KLIA memang agak famous restoran ni....untuk pengetahuan Aunty Aini's Garden Cafe pernah masuk dalam rancangan TV Gordon Ramsay and Anthony Bourdain...channel AFC....Aunty Aini ni juga ibu kepada pelakon popular.....siapa pelakon tu??? hmmmmm....cari la sendiri yer....sensitif nak cerita....>:<
Pintu Gerbang menyambut pelanggan....

Dinding pagar depan yang cantik.....
Lepas masuk dari pintu gerbang terus jumpa pondok ni...(betul ke aku panggil pondok???)

Kami sampai dah nak senja....dalam restoran ni penuh dengan pepohon pokok bungaan yang cantik-cantik tapi AWAS.....banyak nyamuk......Encik Hubby asyik bebel sampai dalam kereta dok garu kena gigit nyamuk....hehehehe....
Meja sebelah kami duduk...meja-meja lain tak boleh nak ambik gambar sebab dah ada pelanggan....tak berani aku nak snap...huhuhuhu....kat sini juga ada pondok tempat makan bersila....surau dan toilet juga ada....so tak ada masalah nak solat ....
Dah sampai kena cek menu la kan.....tak sempat jugak nak ambik gambar kat dalam menu ni....yang ambik order ni macam tak sesabar nak ambik pesanan....lepas order jer cepat-cepat dia ambik menu ni....muka pun serius jer.....tak kuasa plak aku nak mintak.....
pada awalnya Encik Hubby nak makan western...tapi disebabkan aku nak mencuba masakan tradisional yang paling special di sini so Encik Hubby pun ikut apa yang aku order...let seeeee......
Gulai Lemak Ayam Kampung...RM10.50....boleh tahan la....biasanya kalau kat Negeri Sembilan masak gulai ayam kampung, ayam tu akan disalai/panggang terlebih dahulu.....tapi Gulai Ayam Kampung ni tak disalai....kalau disalai mesti lagi ummphhhhh......

Asam Pedas Daging Tetel...RM10.50....ada daun pudina di atasnya.....aku terbaca dalam beberapa blog yang mengatakan daging tetel ni memang marvellous...tapi sayangnya aku tak jumpa di mana marvellousnyer tu.....anyway selera tak sama kan....mungkin tak kena dengan selera kami suami isteri.....


Sambal Sotong Petai...RM11.50.....amat mengecewakan kerana sotong yang dihidangkan sudah lembik...tak segar langsung.....:(

 Kerabu Pucuk Paku....RM7.50....boleh laaa.....ada kerang didalamnya....panjang betul pucuk paku ni kan...sampai terkeluar dari pinggan....hehehehe...
 Ayam Kampung Goreng.....RM10.50.....tak ada yang special.....biasa sahaja....tak rasa bahan-bahan perapannya.....maybe perap kurang lama kot...
 Sambal Belacan dan ulaman....RM1.50....ni yang membangkitkan selera....sambal belacannya sedappppp
 Jemput makan semua.....kalau datang waku lapar kena la order nasi tambah awal-awal yer sebab nasi yang diberi amat la sedikit....RM1.50 sepinggan.....
Macam mana aku boleh lupa nak ambik gambar air yer....kami berdua order teh o ais limau....RM4 segelas....tapi frankly speaking memang tak sesuai sangat dengan harga RM4 tu...nothing special....teh yang amat cair.....limaupun kurang rasa.....
Overall aku agak kecewa dengan dinner malam ini... .apa yang aku bayangkan tak sama dengan apa yang aku rasa....dari menu yang aku pilih malam ni semuanya just so-so sajer....dari segi restoran decorations memang cantik!!..mungkin kerana aku anak jati Negeri Sembilan so aku rasa tak ada yang specialnya dan agak cerewet.....maybe bagi sesaper yang teringin sangat nak mencuba masakan tradisional Negeri Sembilan boleh la cuba....anyway Nilai and Seremban tak la jauh sangat.....so ada banyak lagi restoran yang menghidangkan masakan tradisional Negeri Sembilan especially Restoran Nelayan di Rahang.....:))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads