05 di teluk kemang - Google Blog Search |
~We Gain & We Spent~: Pantai <b>Teluk Kemang</b>, PD Posted: 01 Nov 2012 07:51 AM PDT Ni dah termasuk dalam kategori tak tau nak pergi mana tapi nak berjalan. Nak pergi jauh2 kashi illek. So pergi je la mana dan. Ukur baju badan sendiri ye dak? Punya la ramai manusia. Punya lah dah lama tak pergi. Punya la lain rupa. Punya la terkejut aku nengoknya. Banyak gerai2 niaga di sepanjang pantai. Tempat parking pon banyak dan semakin terurus. Oh yang ini aku sangat teruja. Dulunya tepi pantai ni kosong tak ada apa2. Nowdays dah ada benda baru ala2 negara jiran. Iaitu canopy and kerusi2 santai UNTUK DISEWA. Nothing is free in this world. Jangan selamber badak duduk plak. Wah ingat ada orang sedia untuk kita? Baik sangat la orang2 tuh kan ;p Kalau di negara jiran kerusi malas je semata dibentangkan. RM10-RM20 sewa seharian kalau tak silap. Duduk la ko sampai kematu. Di PD ni RM40 kauuuu. Tapi 1 canopy siap dengan 4 buah kerusi lah dia bagi. Siap 1 meja koboi. Tapi masih mahal la pada aku. Sian makcik2 yang nak menyewa. Bkn mat saleh yang nak duduk n membaca kat situ sampai 18jam. Paling2 pon org mesia ni berendam 1-2jam pon dah sangat lama untuk 1 family. Dengan RM40 baik depa p makan anak beranak. Ye dak? Banyak kemudahan untuk orang ramai. Segala2nya dah di pertingkatkan. Ada balai polis depan tuh, ada bilik mandi yang besar dan mcm2 lagi lah untuk mempermudahkan para pengguna. Sepanjang pantai memang meriah dengan jualan2. Price tuh mahal ke murah? Apekebenda ni?Rumah api barangkali ;p Eh ctk burung terbang tuh. Indah! Dah penat bersiar2 moh makan. Sepanjang jalan tuh melambak gerai2 yang boleh menjadi pilihan uols. Memang aku suke bena gerai2 tepi jalan ni. Tak sure kenapa, memang darah kampung mengalir dalam diri ini kot. Ahaks. Bile gerai ia akan menjadi lebih santai dan sempoi. Baru lah chill. Sedap borak. Memang sodap! Asam laksa. Tak ke rasa indah lepak disamping orang tercinta. Buang2 masa yang berbaloi? Tapi jgn la buang masa sampai kelaut dan lupa kewajipan. Huhuhuhu. Gerai makan plak aku tak tahu nak rekemen yang mana. Aku rasa semua sedap. Semua hampir sama. And alhamdulillah gerai yang kami pilih ni gerai yang sedap. Nak tahu sedap ke tak sedap nya kami makan minum sampai ke petang. Sampai meja kami penuh dek makanan dan gelas air. Total untuk semua yang kami makan adalah RM20 sahaja. Alhamdulillah. Murah gila. Kopi o ais, kelapa, teh tarik, laksa asam, mee goreng telor mata, cendol, kerang rebus! Kenyang perut, senang hati. Jom sambung jalan. Tangkap gambar dari tempat duduk gerai. PEMALAS kan? Lepas dah kenyang kami pon jalan untuk tengok sunset. Alhamdulillah. Lagi sekali kami dapat menyaksikan apa yang menghiburkan hati kami. Kejadian Ilahi. So.. Wassalam uols. Nanti bersua kimbalik ya? Kalau ada rejki, insyaAllah. Kalau untung sabut timbul, kita jalan jauh sket, untung batu? Kita jalan dekat jer nahhh? |
You are subscribed to email updates from di teluk kemang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan