05 di kuala pilah - Google Blog Search |
Pertandingan Seni Suara Burung Merbuk <b>di Kuala Pilah</b>, Ahad ini <b>...</b> Posted: 31 Oct 2012 09:16 PM PDT SEREMBAN , 01 Nov.- Seramai 500 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai Pertandingan Seni Suara Burung Merbuk peringkat Mini Asean 2012 di Seri Menanti, Kuala Pilah, Ahad ini. Pertandingan itu anjuran bersama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Kuala Pilah. Pengurus Besar LPNS Amirudin Hamidin berkata pertandingan ini yang pertama kali diadakan di Negeri Sembilan adalah sebagai salah satu usaha untuk menarik pelancong ke negeri ini, selain mempromosi Bandar Diraja Seri Menanti sebagai destinasi pelancongan sejarah. Katanya antara negara yang menyertai pertandingan itu ialah Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia. "Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu suara kasar, suara tengah dan suara nyaring. Para pemenang akan menerima piala dan sijil. Selain itu, turut diadakan hadiah cabutan bertuah dengan barangan bernilai lebih RM10,000 termasuk sebuah motosikal dan bermacam lagi barangan elektrik," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Katanya tetamu khas pada hari tersebut ialah pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Mohammad Razi Kail. |
You are subscribed to email updates from di kuala pilah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan