05 di mambau - Google Blog Search |
- Nasi Lemak <b>Mambau</b>. | arang - arang
- Rumah Nabil Raja Lawak <b>di Mambau</b> kena pecah masuk | Chegu <b>...</b>
- Digelar 'Nyonya kutip kotak' | n9kini.net
Nasi Lemak <b>Mambau</b>. | arang - arang Posted: 16 Sep 2012 08:00 AM PDT [unable to retrieve full-text content]Seawal pukul 8.30 pagi dah bertolak,hujan lebat pagi tadi.Ajak Zal sebagai teman tapi kena upahlah.Nasi lemak ayam goreng di Mambau.Licin!!!Lapar sungguh kau....lepas tu baru boleh tersenyum. Posted 16th September ... |
Rumah Nabil Raja Lawak <b>di Mambau</b> kena pecah masuk | Chegu <b>...</b> Posted: 29 Feb 2012 01:11 AM PST Kediaman pelawak terkenal tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini hari ini.Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila penjenayah itu memecah masuk rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu yang kini dihuni oleh bapa saudaranya melalui bahagian belakang rumah itu. Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff, 55, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas pulang menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah berhampiran. "Saya nampak pintu belakang rumah sudah terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah sebuah bilik tingkat bawah. "Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis semua pakaian sudah bersepah di atas lantai," katanya di sini hari ini. Menurut Rahmat, setelah diperiksa, sebuah komputer riba jenis Lenovo milik anaknya yang berharga RM3,000 lesap. "Ini kali pertama rumah ini dipecah masuk. Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Mambau sejurus selepas kejadian," kata Rahmat yang menetap di rumah itu sejak dua bulan lalu. Difahamkan, Nabil bersama ahli keluarganya kini menetap di Kuala Lumpur dan jarang pulang ke rumah itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah. |
Digelar 'Nyonya kutip kotak' | n9kini.net Posted: 29 Oct 2012 06:21 PM PDT SEREMBAN – "Saya tiada wang. Saya lebih sanggup bergelap dan berpanas di rumah kerana mahu berjimat," kata Lee Nyiek Kiaw, 76, yang hidup serba kekurangan selepas mengambil keputusan tinggal sendirian kerana tidak mahu menyusahkan anaknya. Malah, ketika kunjungan Sinar Harian ke rumahnya di Mambau, dekat sini bersama Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Masyarakat Negeri Sembilan (PKKMNS), Nyiek Kiaw memberitahu, itu kali pertama kipas di rumahnya dibuka sejak empat tahun menetap di situ. Menurutnya, bagi menampung kehidupannya dia akan mencari dan mengutip barang terpakai yang boleh dijual untuk mendapatkan wang. "Saya akan keluar rumah seawal jam 4 pagi bagi mencari barang terpakai seperti kotak, tin dan botol di sekitar kawasan perumahan saya. "Biasanya jam 7 pagi saya akan pulang ke rumah untuk bersarapan dan dua jam kemudian saya akan keluar semula bagi meneruskan kerja mencari barang terpakai," katanya. Nyiek Kiaw yang dikenali sebagai 'nyonya kutip kotak' berkata, dia tidak ada pilihan lain kerana dalam usianya semakin tua tiada sesiapa yang sanggup menerimanya bekerja. "Penduduk di kawasan ini pun tahu kerja saya dan mereka sangat baik apabila memberi barang terpakai kepada saya untuk dijual. "Biasanya saya akan menjual sekaligus kepada peraih dengan bayaran sebanyak RM40 hingga RM50 sebulan," katanya. Bagaimanapun, katanya, jika terdesak dia terpaksa menjual barang yang dikumpul kepada peraih lain yang bayarannya jauh lebih rendah. Lebih malang lagi, katanya, pernah hasil kutipan barang terpakai yang dikumpulnya di belakang rumah dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab. "Dulu saya pernah bekerja sebagai pembantu kedai makan, tapi sejak menghidap sakit jantung dan perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) saya tidak kuat lagi," katanya. |
You are subscribed to email updates from di mambau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan