Rabu, 7 November 2012

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


N9Dinamik: Dewan Orang Ramai <b>Sikamat</b>

Posted: 18 Oct 2012 08:59 AM PDT


Kata Menteri Besar, ini merupakan komitmen yang dilakukan oleh kerajaan dalam memenuhi keperluan penduduk dan membuktikan bahawa kerajaaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional akan kotakan janji.
"Oleh kerana kepadatan penduduk di segenap kawasan ini dan setelah mendapati tiada kemudahan untuk orang ramai, maka kerajaan negeri telah mempertimbangkan permohonan penduduk untuk membina sebuah dewan orang ramai," kata beliau.
Menurut beliau, projek yang berkeluasan 70 x 120 kaki persegi ini akan memuatkan seramai lebih kurang 800 orang, sebuah pentas, pejabat, bilik mesyuarat, bilik persalinan, bilik stor dan tempat letak kereta yang menelan belanja sebanyak RM1.6 Juta.
"Pelbagai aktiviti upacara boleh diadakan di Dewan itu seperti majlis perkahwinan, program kemasyarakatan, acara kesukanan dan riadah," jelas beliau ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Orang Ramai Taman Perwira di tapak pembinaan Dewan Taman Perwira, di sini, hari ini.
Dalam masa yang sama, rakyat diingatkan supaya menggunakan dan menjaga kemudahan ini dengan sebaik mungkin walaupun dewan ini akan diselenggarakan oleh MPS mahupun MPN.
Dalam majlis tersebut, Menteri Besar turut meluangkan masa bersama rakyat menjamu minum petang.
Selain itu, beliau turut menyampaikan hadiah pertandingan sukaneka yang diadakan pagi tadi dan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Disamping itu, beliau juga telah menyampaikan alatan sukan kepada badan-badan NGO belia dan sukan.
Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai, Dato' Haji Abd. Halim Bin Haji Abd. Latif, Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Mohammed Najeeb Bin Abdullah, EXCO Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam, Dato' Siow Chen Pin dan EXCO Bertindak Pelancongan, Perpaduan,Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Dato' Haji Mohammad Razi Bin Haji Kail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads