05 di serting - Google Blog Search |
Gaya Peneroka: 766 peneroka <b>Serting</b> saman Felda RM200 juta Posted: 11 Sep 2012 03:51 AM PDT SEREMBAN: Seramai 766 peneroka Felda Serting memfail saman RM200 juta terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Seremban semalam. Peneroka Felda Serting mendakwa Felda menipu peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 juta kepada mereka. Ujian makmal menunjukkan peratusan KPG sebenar yang diperoleh mencecah 24 peratus sedangkan mereka hanya memperoleh 18 peratus KPG daripada Felda. "Yang peneroka saman kerana ia adalah hak peneroka, bukan Felda," kata Setiausaha Biro Masyarakat Felda Dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham kepada KeadilanDaily. Felda sebelum ini kalah dalam kes-kes seumpamanya yang melibatkan peneroka di Gugusan Jengka, Felda Sungai Koyan, dan Felda Kemahang 3. Hadir di mahkamah ialah Ketua Peneroka, Karip Mohd Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Taufik Ghani dan peguam, T Kumar. Mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan yang menyatakan pihaknya sedia RM90 juta jika kalah dalam kes berkenaan, Rebim mempersoalkan perbuatan itu. "Kenapa hendak tunggu peneroka saman baru nak bayar? Ini menunjukkan Felda sedar dengan penipuan yang mereka lakukan," katanya. Mahkamah kemudian memutuskan kes akan didengar semula pada 15 April depan. /http://www.keadilandaily.com/766-peneroka-serting-saman-felda-rm200-juta/ |
You are subscribed to email updates from di serting - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan