05 di port dickson - Google Blog Search |
Berada <b>di Port Dickson</b> Golf & Country Club - Sop Nama Saya | SOP <b>...</b> Posted: 05 Sep 2012 03:25 AM PDT Selamat sejahtera kepada semua rakan. Sop dari semalam berada di Port Dickson Golf & Country Club atas urusan kerja. Sop sampai di Port Dickson Golf & Country Club jam 1.30 petang. Dari Kuala Lumpur ke Port Dickson tidak jauh pun, kan? Nasib baik masa bertolak tidak hujan seperti sebelah petang sehingga banjir teruk! Sebelah malam baru Sop tahu yang Serdang dan Kuala Lumpur banjir. Sop pertama kali berada di Port Dickson Golf & Country Club, Negeri Sembilan ini. Semasa lihat peta dari Google Maps sudah boleh agak ia berada di area mana. Tidak sudah untuk mencarinya. Review mengenai hotel ini akan dibuat dalam entry lain. Kepada rakan yang tinggal di Port Dickson, bolehlah keluar minum teh tarik malam ini selepas Sop selesai tugasan. Esok sudah hendak balik ke Kuala Lumpur. 3 hari sahaja Sop berada di sini. Semalam tidak sempat hendak membuat review blog kerana jadual aktiviti agak penuh. Tidak kesempatan pula hendak mengolah ayat kerana kepenatan :) Biasa Sop buat review ditengah malam kerana ketika itu, idea lebih banyak. Hehehe Sekarang menulis pun menggunakan handphone sebab malas hendak mengadap laptop. |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan