Jumaat, 14 September 2012

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Air Sungai <b>Linggi</b> selamat | n9kini.net

Posted: 06 Sep 2012 08:08 PM PDT

SEREMBAN  - Bekalan air dari Sungai Linggi yang disalurkan bagi kegunaan penduduk beberapa lokasi sekitar daerah Rembau dan Port Dickson dijamin selamat walaupun ia mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ujian Jabatan Kesihatan terhadap air terawat yang disalurkan kepada penduduk di kawasan berkenaan disahkan selamat, tidak berbahaya selain tidak mendatangkan kemudaratan.

"Hasil siasatan, saya dimaklumkan punca sebenar bekalan air penduduk berbau busuk adalah kerana sumber bekalan tersebut yang diambil dari Sungai Linggi mengandungi kandungan ammonia yang amat tinggi.

"Bagi tujuan mengurangkan kandungan ammonia itu, pihak Syarikat Air Negeri Sembilan terpaksa menggunakan klorin yang banyak, sebab itu bekalan air mengeluarkan bau tidak selesa. Tetapi dari aspek kebersihan ia selamat digunakan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad menasihatkan penduduk tidak bimbang dan panik dengan khabar angin yang tersebar berhubung kualiti air yang disalurkan kepada mereka.

"Orang ramai terutamanya di sekitar Rantau, Lukut, Bukit Pelandok, Springhill termasuk kawasan yang menerima bekalan dari sungai ini tidak perlu bimbang dan punca air berbau ini sebenarnya bukan sebab ada kematian atau penemuan mayat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, itu semua tidak benar," ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya kini sedang mencari punca sebenar peningkatan kandungan ammonia di Sungai Linggi.

"Buat masa ini, saya dimaklumkan sekiranya air ditakung di rumah, masalah air berbau itu akan hilang berbanding digunakan secara terus contohnya mandi menggunakan air pancuran," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad memberitahu, kadar indeks pencemaran udara (IPU) di Nilai dekat sini, yang dicatatkan paling tinggi dalam negara telah menurun sejak semalam daripada 80 kepada 70 hari ini.

"Hujan sejak semalam dan hari ini membantu mengurangkan kadar jerebu yang agak tinggi di kawasan terbabit sejak minggu lalu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads