Jumaat, 14 September 2012

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Muzium <b>Lukut</b> | Mari Melancong PD

Posted: 02 Sep 2012 05:34 AM PDT

  • Posted on September 2, 2012 by admin in Muzium.

    Pengenalan

    Muzium ini dibina oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan. Ia dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd. Isa Bin Dato' Abdul Samad pada 9 April 1999. Ia dibina sebagai satu tanggungjawab menyebarkan maklumat sejarah dan budaya di Negeri Sembilan untuk ditatapi oleh masyarakat tempatan, para pelancong luar negara serta para pelajar dan penyelidik sejarah. Muzium ini memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (Negeri Sembilan) pada tahun 1880.

    Terdapat 4 galeri utama iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional. Pelbagai koleksi dan bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah kegemilangan Lukut telah dijelmakan kembali dalam bentuk ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya untuk dipamerkan kepada pengunjung. Pastinya sejarah kegemilangan Lukut akan terus diingati dan dikenang dalam sejarah negara.

    Galeri Sejarah Lukut

    Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Jumaat Bin Raja Jaafar (1847 – 1864). Lukut ketika itu merupakan satu daerah yang terpenting disebabkan oleh hasil kegiatan perlombongan bijih timah yang amat pesat sekali. Galeri ini mempunyai beberapa segmen antaranya Latar Belakang Sejarah Lukut, Kota Lukut Sebagai Kota Pertahanan, Lukut Pesat Ekonomi dan Pentadbiran, Lukut Dalam Aspek Politik, Laporan Kapten Macpherson dan Perlombongan Bijih Timah di Lukut.

    Waktu Lawatan

    Isnin – Ahad: 9.00 pagi – 6.00 petang
    Tutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan hari pertama Hari Raya Aidiladha
    Masuk adalah PERCUMA

    Kemudahan

    1. Lawatan berpandu akan disediakan (hubungi pegawai kami untuk permohonan)
    2. Kantin
    3. Taman permainan kanak-kanak
    4. Tandas awam percuma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads