Isnin, 7 April 2014

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Percutian "LUAR BIASA" <b>Di Port Dickson</b> !!!!! - MariaFirdaus

Posted: 31 Mar 2014 06:28 PM PDT

Pada 28-30 March 2014 lalu, saya sekeluarga telah bercuti di Puteri Beach Resort, di Port Dickson Negeri Sembilan.
Rasanya, ini kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Port Dickson.
Percutian 3 hari 2 malam ini, bukan percutian yang biasa-biasa. Ia percutian yang sangat luar biasa. Sebenarnya, percutian ini merupakan percutian yang dianjurkan oleh mentor kami dalam bisnes.
Mereka menganjurkan program ini untuk merapatkan hubungan kami semua dalam bisnes disamping untuk berkongsi dengan kami rahsia dan kisah kejayaan beliau dalam perniagaan.
Seperti yang saya belajar, "Jika hendak berjaya, belajar dari orang yang sudah berjaya"
Jadi, peluang untuk belajar dari mentor yang hebat tidak boleh dilepaskan walaupun terpaksa 'berkelana' sehingga ke Negeri Sembilan.
Mentor saya ini sudah pun memperoleh pendapatan 6 angka sebulan. Jadi, salah satu matlamat saya dan Maria ke sana adalah untuk kami 'sedut' ilmu beliau cukup cukup. Takkan sama ilmu orang yang memperoleh pendapatan 6 angka sebulan dengan orang yang memperoleh pendapatan 5 angka sebulan.
Jika saya nak dapat 6 angka sebulan, saya mesti ikut rapat-rapat mentor saya ini.
Di samping itu, saya juga akan bertemu dengan anak didik saya yang lain. Saya bercadang untuk membantu mereka, menambah ilmu mereka dalam bidang perniagaan.
Gambar Gambar Sepanjang Program Di Puteri Beach Resort, Port Dickson
Kami bertolak dari Parit Buntar, Perak pada 9am. Menuju ke Negeri Sembilan Darul Khusus.

Di sana, kami diberikan sebuah Apartmen 3 bilik untuk 2 keluarga selama 3 hari 2 malam. Kami hanya perlu membayar RM300 bagi setiap keluarga sebagai yuran komitmen. 
Memandangkan semuanya ada 70 buah keluarga, jumlah kutipan hanyalah RM21,000. Tidak terbanding dengan jumlah keseluruhan program ini yang menelan belanja lebih dari RM100,000. 
Kos selebihnya di 'sponsor' oleh mentor kami termasuk kos penginapan, makanan dan kos program.  

Pemandangan pantai yang indah dari balcony bilik kami.
HARI PERTAMA
Saya sangkakan program ini sekadar Family Day seperti yang biasa diadakan oleh syarikat-syarikat lain. Pada sebelah petang, kami diberikan taklimat mengenai perjalanan program. Barulah saya sedar, dalam keadaan kami semua bercuti di sana, kami akan dihidangkan dengan pelbagai program untuk menambah ilmu kami dalam bidang perniagaan.

Saya lebih teruja bila mentor saya menjemput penceramah motivasi dari luar untuk memberi motivasi kepada kami.

Wawww... Ia sangat sangat luar biasa.

Apa yang lebih mengharukan saya, pada sebelah petang itu. Mereka menjelaskan objektif utama program tersebut adalah untuk mendekatkan kami kepada Allah.

Jika kami jaga hubungan dengan Allah, Insya Allah. Bisnes kami akan melonjak dengan sendirinya.

Bagi saya, ia satu konsep yang sangat bagus. Ramai orang  sangka mereka berjaya dengan kebijaksanaan mereka. Mereka berjaya dengan strategy marketing yang mereka gunakan.

Tetapi, mentor kami mahu kami semua sedar. Kejayaan adalah milik Allah dan kami perlu jaga hubungan dengan Allah. Insya Allah, Allah akan 'menjaga' bisnes kami pula selepas itu.

So, basically perkongsian program lebih untuk menyedarkan kami semua bahawa kami hanyalah hamba dan perlu patuh dan mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta.

It's An Amazing Experience.


Antara peserta yang datang awal dan sempat mendengar taklimat pada sessi pertama. Masih ada lagi peserta yang belum datang pada waktu ini. 
Aktivi Farees dan Fateh. Apa lagi, sampai-sampai je terus nak mandi kolam renang. Kami menugaskan Bibik untuk menjaga Farees dan Fateh di kolam renang sementara kami menuntut ilmu di dewan.


Siap ada slide lagi. Apalagi, seronoklah Farees naik turun naik turun slide ni.


Farees dan Fateh yang dijaga oleh Bibik. Syukur bawa Bibik. Jadi saya tak perlulah membasahkan diri masuk ke dalam kolam.

Pakej RM300 yang kami bayar tu dah termasuk kos makanan untuk sekeluarga. Makan malam, sarapan, makan tengah hari dan minum petang. Kalau lah nak dibandingkan dengan harga tu. Memang tak terbanding lah. Macam kami dapat pergi bercuti percuma lah kiranya.


Saya dan Maria turut dijemput untuk memotong kek pada majlis makan malam tersebut, bersama mentor-mentor kami Master Laila, Master Ira, Master Hafsah.


Selepas makan malam, program diteruskan dengan sessi muhasabah. Kami disedarkan oleh penceramah 'tugas' kami sebagai khalifah di muka bumi ini. Kami ditekankan untuk menjaga hubungan dengan Allah jika mahu berjaya di dunia dan di akhirat.


Ini pula sessi  muhasabah. Membayangkan kehidupan selepas kematian. Ia sesuatu yang sangat menginsafkan. Ramai peserta yang mengalirkan air mata keinsafan mengenang kembali apa yang telah kami lakukan sepanjang hidup kami.
"Bersediakah kami untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta?"
HARI KEDUA
Aktiviti sebelah pagi selepas Solat Subuh. Membetulkan niat dalam kehidupan. Subhanallah, a very simple and good activity but so meaningful.
Bila kita buat sesuatu kerana Allah Taala. Hidup kita akan mula berubah. Kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita. Allahuakbar. Ia satu konsep yang sangat simple tapi power.


Saudara Zuhairi memperkenalkan kepada kami konsep Law Of Universal Atttraction. Penambahbaikan daripada konsep Law Of Attraction. Bagaimana menjemput rezeki datang kepada kita. Bukan kita yang pergi mencarinya.


Bersama Tuan Zuhairi. Penulis buku Law Of Universal Attraction. Sangat bagus buku yang beliau tulis ini.


Di sebelah pagi, Farees dan Fateh seperti biasa meneruskan 'perjuangan' di kolam renang sementara kami menuntut ilmu.


Dalam group kami. Kami sangat 'menekankan konsep perubahan' hidup. Matlamat utama adalah untuk 'mengajak' lebih ramai orang untuk berubah dalam hidup mereka bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Anda kenal insan di atas ini? Mungkin ramai yang tak kenal. Mungkin juga ada yang kenal.

Sebenarnya, saya pernah berkongsi dengan anda kisah beliau di blog ini. Untuk recall, saya rasa anda perlu baca kisah beliau di sini : KLIK DI SINI

Beliau merupakan seorang suri rumah. Berasal dari Sarawak. Merupakan seorang yang sangat biasa biasa. Beliau tidak mempunyai laptop dan internet di rumah. Beliau terpaksa pergi ke Cyber Cafe untuk buat bisnes Shaklee secara online setiap 2 jam.

Namun, penat lelah beliau dulu kini sudah terbayar. Alhamdulillah, kehidupan beliau sekarang tersangat selesa. Beliau memperoleh pendapatan 5 angka sebulan yang bukan sedikit. Tetapi sangat banyak.

Benarlah janji Allah, "Siapa yang berusaha, dialah yang dapat".


Next sharing adalah daripada Maria. Maria turut berkongsi rahsia bagaimana beliau berjaya dalam bisnes Shaklee ini. 

Seterusnya, perkongsian daripada saya pula, tentang Lead The Ship.

Mentor kami, Master Ira. Tengok tu, sambil buat program pun boleh dukung anak. Inilah yang paling kami seronok berada di dalam group bisnes ini.
Walaupun sibuk dengan program bisnes, anak-anak dan keluarga tetap berada di sisi.

Aktiviti outdoor di sebelah petang.


Games Telur, Ayam dan Dinasour.


Inilah barisan pemenangnya. Sebiji telur. Seekor ayam dan dinasour. Fun Games!!


Aktiviti solat Maghrib berjemaah.

Ready for Grand Dinner pada malam kedua.



Pada malam ini diadakan penganugerahan bagi mereka yang mendapat pencapaian cemerlang dalam bisnes ini.

Makan malam yang sungguh sedap.

Saya dan Maria menerima plaque cenderamata yang ada gambar kami di dalamnya, khas daripada Master Ira sempena kejayaan kami menjadi Master Coordinator.


Turut menerima "Anugerah Presidential Master to be". Untuk makluman anda, dalam Shaklee anugerah tertinggi adalah Presidential Master. Insya Allah, suatu hari nanti kami juga akan mendapat anugerah ini.

Yang best pasal Shaklee ini, ia macam program keluarga. Cuba anda tengok anak anak turut memeriahkan pentas ini. Tiada siapa yang nak marah. Tak macam program program lain yang adakalanya kita terpaksa 'meninggalkan' anak di rumah.

InsyaAllah and Alhamdulillah, Presidential Master Kam Maria and Mohd Firdaus for Cycle 2014/15.
The Power of Visualization!!
Semua para peserta Family Day!!

Amcam, besar tak group ni? Sebenarnya ini adalah sebahagian kecil dari group saya. Ada ribuan lagi yang tak dapat menyertai program ini kerana tempat yang terhad.


Bersama sebahagian anak didik saya dalam bisnes ini.
Pagi terakhir di program.

Aktiviti senamrobik. Dimulakan dengan senaman untuk kanak kanak. Tengoklah Fateh bersama Ummi di sebelah kanan tu. Nak join, tapi takut. Tak cukup umur lagi lah Fateh.
Seterusnya senamrobik beramai-ramai.

Selepas itu ada sessi terakhir. Sessi memaafkan orang lain dan mengucapkan terima kasih kepada insan yang banyak berjaya kepada kita.

"Percaya Sebelum Berjaya".
Selesai sudah program Family Day 3 hari 2 malam ini.

Gambar terakhir sebelum bertolak balik ke Parit Buntar, Perak.
Alhamdulillah, pengajaran yang dapat saya kongsikan dengan anda selepas melalui satu pengalaman yang sangat menyeronokkan selama ini adalah :
1. Jika nak buat bisnes, carilah mentor yang betul. Mentor yang bagus akan membantu anda untuk berjaya dengan lebih cepat.
2. Jika nak buat bisnes, buatlah bisnes ONLINE. Ia lebih mudah, modal yang sangat rendah, dan masa yang flexible.
3. Jika nak buat bisnes, jangan tinggalkan 'akhirat'. Kejar dunia dan akhirat
4. Jika nak buat bisnes, carilah group yang betul. Untuk berjaya, anda perlu dikelilingi oleh orang yang berjaya. Mereka akan memberikan 'caj' yang positif dalam diri kita untuk terus berjaya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada mentor kami Master Ira kerana sudi menganjurkan program yang sebegini.
InsyaAllah, kami juga akan mengadakan program sebegini khas untuk anak didik kami pula pada masa akan datang.
THE MORE WE GIVE, THE MORE WE GET BACK!!
Saya doakan semoga anda semua kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah amin...
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Ahad, 6 April 2014

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Persembahan Silat <b>di</b> Dewan Majlis Perbadanan <b>Nilai</b>, <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2013 11:16 PM PST

"...Rasanya hampir sebulan ABG JAM tak 'keudara' dilaman ABG JAM sendiri nih... Alhamdulillah, kali ini diizinkan-Nya. ABG JAM nak kongsikan peristiwa semasa membuat persembahan di Nilai baru-baru ini... Perghhh, punyer la teruk tersangkut dalam 'jammed' kat 'highway' nak ke seremban sana... Sepatutnyer 15 minit jer sampai ke Nilai dari Bangi, tapi disebabkan 'jammed' tu jadi satu jam lebih baru sampai ke Nilai... Alhamdulillah, nasib baik sampai sebelum masa majlis, kalo dak, haru biru ABG JAM..."
Tarikh : 21 DISEMBER 2013
Tempat : DEWAN MAJLIS PERBANDARAN NILAI



05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2014 03:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2014 03:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2014 03:28 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

fy: Santai Pemuda Gombak <b>di</b> Kelong Fauzi, <b>Lukut</b>...

Posted: 20 Nov 2013 12:30 AM PST

Terlupa pulak aku nak cerita pasal pengembaraan grup pemuda ni di Kelong Fauzi, Lukut. Dok tengok gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan aku, terselak pulak album ni...
Apa pun, aku tetap suka memancing di kelong ni. Walaupun hasil tangkapan tidak berapa, kelong ni tetap menjadi pilihan aku kalau aku nak pi memancing lagi.
Pada brader Fauzi, terima kasih kerana menyediakan tempat untuk aku melampiaskan otak. InsyaAllah aku dan rakan-rakan akan datang lagi.

Sabtu, 5 April 2014

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2014 11:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2014 11:42 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jan 2014 11:47 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2013 11:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Dec 2013 11:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Dec 2013 11:57 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

AidilFitri 2013 @ 1434H | <b>Juasseh</b> N.Sembilan » Mr SiSO Photography

Posted: 02 Sep 2013 12:51 AM PDT

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

Selamat hari raya aidilfitri kami ucapkan kepada semua walaupun sekarang di hujung bulan syawal 434H. Aidilfitri tahun ini kami sekeluarga menyambutnya di kampung halaman isteri di pekan juasseh, Negeri Sembilan. kami beraya di sana sehingga raya ke 3. selepas itu kami beraya pulak di kampung halaman saya di johor bahru. walaupun raya kali ni kami beraya tanpa seseorang yang di sayangi(arwah abah), tapi suasana raya mesti diraikan seperti tahun-tahun sebelumnya. Di juasseh juadah raya seperti biasa lemang, ketupat dan rendang mmg menjadi keutamaan di pagi raya cuma tahun nie ada juadah tambahan lontong.Pagi raya selepas bersembahyang raya kami bermaaf-maafan sesama keluarga sebelum aktiviti ziarah kaum keluarga di sekitar juasseh.

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

Acara Raya kami sekeluarga setiap tahun adalah family photo session. untuk dijadikan kenangan tiap aidilfitri kami.

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

© 2013 Syed Idrus Syed Omar | AidilFitri 2013 @ 1434H | Juasseh N.Sembilan

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Dec 2013 11:18 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aksara Pengacara Majlis: TEKS PENGACARA PROGRAM 3 <b>...</b>

Posted: 07 Dec 2013 04:38 PM PST

TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik kolej , En Sarimen Bin Sapiei
3.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Zaidah Binti Danial,
4.      Ahli –ahli  Jawatankuasa Pelaksana majlis program 3 penjuru  
5.      Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
6.      Pelajar – pelajar Kolej berserta penjaga dan keluarga serta
7.      Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian


Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam menjayakan program pertemuan 3 penjuru fasa 1tahun 2013 di dewan gemilang  yang serba indah ini
Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran kehadiran yang dikasihi En Alwi Bin sabtu, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru yang telah sudi meluangkan sedikit masa majlis yang penuh bermakna ini.


Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan








Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,
Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin- hadirat yang  dihormati ,
Program tiga penjuru ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/pensyarah dan pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak mereka terutama di sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka diKolej Vokasional Juasseh. Hal ini juga dapat membuka peluang murid, pensyarah dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti.
Di antara objektif pertemuan ini diadakan adalah:
 1.  Ibu bapa / penaga berpeluang berkenalan dengan para pensyarah  yang mengajar anak mereka
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di kolej
4. Para Pensyarah dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah
5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan pensyarah kolej
Para hadirin  yang dihormati sekalian,
Majlis dimulai dengan taklimat Yang dihormati YDP PIBG En Alwi Bin Sabtu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.
……………….Tamat Ucapan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang dihormati En Alwi Bin Sabtu YDP PIBG atas taklimat sebentar tadi
Penerangan carta aliran pergerakan ibu bapa
Program diteruskan dengan pertemuan ibu bapa penjaga sehubungan dengan itu. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk seketika buku program yang telah diedarkan semasa pendaftaran tadi.
Jika ibu bapa merujuk carta alir pergerakan ibu bapa, sebaik sahaja selesai sesi taklimat YDP PIBG, bagi ibu bapa tingkatan 5 dan 4 SKM diminta untuk berada dilokasi yang ditetapkan. Ibu bapa tingkatan 5 dikehendaki bertemu pensyarah pembimbing di kelas masing-masing iaitu bangunan di belakang dewan. Manakala ibubapa dan pelajar tingkatan 4 skm diminta mengadakan pertemuan di bilik mesyuarat
Manakala ibu bapa pelajar kolej tahun 1 diploma kolej di kehendaki berada di dewan bagi  sesi tak limat dan diikuti pertemuan bersama pensyarah matapelajaran.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan ibubapa pelajar tingkatan 4 SKM dan ibu bapa pelajar  tingkatan 5 untuk meninggalkan dewan untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkan…dipersilakan
Para hadirin  yang dihormati sekalian,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha  timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan
…………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha  timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie atas taklimat sebentar tadi
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat ini, ibubapa dan para pelajar boleh lah mengadakan pertemuan bersama pensyarah matapelajaran d .....
Sebelum kita bersurai,  pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.


Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan kami berlalu pergi
jangan ada dendam di hati


Kami akhiri majlis ini dengan  lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2014 11:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rumah Anak Yatim <b>Di Rasah</b> Terjebak Dengan Al-Arqam | n9kini.net

Posted: 04 Dec 2013 11:25 AM PST

SEREMBAN, 5 Dis – Berselindung atas nama rumah anak yatim, sebuah rumah kebajikan di Rasah Kemayan, dekat sini dipercayai ada kaitan dengan kumpulan al-Arqam.

Rumah yang menempatkan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dikatakan mempunyai ibu-bapa sendiri yang bekerja sebagai ahli perniagaan.

Difahamkan, mereka menggunakan nama rumah anak yatim bagi tujuan mendapatkan bantuan dan mengutip sumbangan pelbagai pihak.

Berdasarkan risikan dan maklumat orang ramai, semalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Soalan 'siapa kenal Abuya?' turut  ditanya seorang Pegawai JHEAINS kepada kanak-kanak lelaki di rumah berkenaan menyebabkan mereka terdiam seketika.

Masing-masing saling memandang sesama sendiri walaupun sebelum itu mereka dengan lancar menjawab pelbagai persoalan diajukan pegawai JHEAINS yang melakukan pemeriksaan.

Malah, ketika ditanya tentang latar belakang keluarga mereka, sebahagian besar kanak-kanak memberitahu mereka mempunyai dua atau tiga ibu serta paling ramai mempunyai 20 orang adik-beradik.

Difahamkan, kanak-kanak yang masih mempunyai ibu-bapa itu tinggal sepenuh masa di rumah kebajikan berkenaan serta jarang pulang ke rumah, sebaliknya mengikuti pelbagai aktiviti dianjurkan di situ.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Amran Awaludin berkata, hasil risikan mendapati rumah kebajikan terbabit yang mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Arqam yang sebenarnya berselindung di sebalik nama rumah anak yatim dan miskin sejak lima tahun lalu.

"Jadi, kita dapati ada unsur penipuan atas nama rumah kebajikan yang digunakan bagi tujuan memperolehi bantuan dan sumbangan daripada banyak pihak," katanya.

Malah, katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan ia merupakan anak-anak ahli kumpulan al-Arqam yang ditinggalkan di situ.

Menurutnya, keadaan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa anak-anak itu terbiar daripada mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka.

"Tidak mustahil kanak-kanak ini turut digunakan untuk aktiviti mengumpul dana atau derma kumpu-lan terbabit kerana ketika ditanya mereka memberitahu jarang pulang ke rumah kerana perlu mengikuti program diadakan.

"Namun, kita masih menyiasat keseluruhannya dan mengamalkan langkah berhati-hati," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, pemeriksaan turut dilakukan di sebuah lagi rumah kebajikan di Rasah Kemayan juga di bawah penyelia sama yang menempatkan 11 kanak-kanak perempuan berusia antara enam sehingga 12 tahun, termasuk sebuah pusat pengajian agama di Seremban 2 dan di Nusari Bayu.

Amaran berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan jabatan serta tidak berdaftar dan akan dikenakan tindakan.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Perundangan dan Advokasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zaleha Wan Mohamed yang turut hadir mengesahkan dua pusat jagaan terbabit tidak berdaftar dengan jabatan.

Malah, katanya, ada yang memberi alasan masih dalam proses permohonan mendaftar dengan JKM.

Menjawab Provokasi ROBOH surau Kg. Pondok <b>Rasah</b> Bah.2

Posted: 07 Jan 2014 08:58 PM PST

Adapun jawapan ini kami sediakan buat mereka yang lapang dadanya mencari kebenaran dan bukan pada mereka yang busuk hatinya berterusan menghentam tanpa usul-periksa dan taasub pada Syeikh yang bukan-bukan seperti Mohd Tariq, Amin Tahir, Mohd Khalis, Siti Hajar Ahmad dan Ikhwan Tarekat Ahmadiah al-Linggi dibawah pimpinan Syeikh Mohd Paiz.
1. Surau dirobohkan atas asas untuk pembinaan baru yang lebih luas dan selesa serta 2 tingkat secara keseluruhannya. Sumbangan yang besar dari Kerajaan Pusat menjadi titik tolak hasrat ini direalisasikan.
2. Permulaan awal untuk membaikpulih bangunan asal surau tidak dapat dilakukan kerana kos yang hampir sama bagi mendirikan bangunan yang baru. Ini setelah mendapat nasihat dan perbincangan yang panjang dengan kontraktor/konsultan yang dilantik.
3. Secara luaran memang tidak jelas keuzuran pada fizikal surau, penilitian telah dibuat secara teliti dan terperinci untuk menjustifikasikan projek bagi pembinaan semula bangunan surau.
4. Juga diambil kira bagi bangunan yang baru ini untuk kemudahan dan keselesaan jemaah untuk tahun-tahun yang akan datang serta pertambahan masyarakat /penduduk Islam di kariah Rasah dan tidak mustahil keperluan masyarakat bagi masjid yang baru untuk menampung kepadatan jemaah yang kini dihadapi oleh masjid-masjid sekitarnya.
5.Jika dikatakan bahawa tapak surau itu adalah tanah milik, bagaimana mungkin Kerajaan Negeri membantu membaiki tandas dan tempat wudhu'  pada tahun 2008  dan mengapa pada masa itu tidak di tentang dari (kononnya) waris.
6. Mana lojiknya tanah surau adalah harta faraid sedangkan telah ramai ikhwan dan pihak luar menyumbang sebelum ini, adakah sumbangan-sumbangan sebelum ini adalah untuk pembangunan di atas tanah persendirian?. Dan kesannya jika tanah surau adalah harta keluarga, tidak mustahil satu masa kelak jemaah luar tidak dibenarkan untuk beribadat di situ kerana tanah persendirian adalah hak mutlak persendirian contoh surau Kg Ujong Pasir telah dikunci oleh waris pemilik asal kerana dia beranggapan yang mewakafkan surau itu adalah ayahnya tanpa hitam putih maka disebabkan tanah surau itu merupakan tanah persendirian sebagai waris kepada ayahnya dan dia tidak membenarkan penggunaan surau tersebut.
7. Jangan memesongkan fikiran orang jika tak tahu fakta, masjid Kg Paroi telah dirobohkan dan sekarang telah terbina Masjid At-Taqwa begitu juga Masjid Ulu Sepri di Rembau sebagai contoh.
8. Tanah tapak Surau te lah diserahkan kepada Kerajaan pada tahun 1990 oleh wakil berdaftar iaitu Mohd Abid dan Muhammad Paiz dan kemudiannya telah dirizabkn sebagai tapak surau di bawah kawalan Pengarah Jab. Agama NS dengan pewartaan dalam Gazet Kerajaan Negeri pada tahun 1993*, kenapa selama lebih 20 tahun ini tiada penentangan daripada waris-waris? jika alasan disebabkan "tidak tahu" maka ketidaktahuan bukanlah alasan atau pertahanan di aspek undang-undang.
*rujuk http://pondok-rasah.blogspot.com/2013/11/menjawab-provokasi-roboh-surau-kg.html
9. Adakah jika tidak suka kepada undang-undang kita boleh menolaknya? umpama kita memandu kereta mewah dan berkuasa tinggi di lebuhraya dengan kelajuan melebihi 110 km/jam sebab kita tidak suka had laju tersebut? banyak perkara yg kita tidak suka tapi terpaksa akur demi kebaikan semua.
10. Jika sumbangan Kerajaan Persekutuan adalah daripada sumber tidak bersih, apakah sumber-sumber yg bersih seratus peratus dalam sistem ekonomi kapitalis?
*Mohon Ustazah Siti Hajar Ahmad dan Ustaz Amin Tahir menjawab.
11. Allah perintahkan kita mencari akhirat tanpa mengabaikan dunia maka usaha-usaha baik yang dilakukan di dunia adalah untuk akhirat jua, mana mungkin mendapat akhirat tanpa amal di dunia?
12. kami telah mendiamkan diri sejak kebelakangan ini apabila berlaku pelbagai bentuk provokasi, intimidasi dan kekerasan ke atas kami seperti contoh beberapa jawatankuasa diserang dan dipukul di tempat awam sehingga patah bahu, diserang secara fizikal di dalam surau sewaktu melaksanakn gotong royong, banner2 dan kain2 rentang kami di dalam surau dibawa keluar, dikoyakkan dan dibuang, kunci-kunci surau ditukar, diletak 'jaga' di surau bertujuan mengusir dan memberi amaran kepada pihak-pihak lain daripada memggunakan atau mendekati surau.
13. Kenapa menolak kemudahan yang lebih cantik dan selesa? 
14. Tak perlu bangkitkan isu nostalgia dan warisan di aspek fizikal kerana semua buatan manusia hanyalah bersifat sementara@ tidak kekal.
14. Apakah imej yang nak ditonjolkan kepada dif-dif terhormat dari dalam dan luar negara yang sering berkunjung ke surau sejak kebelakangan ini dengan prasarana yg kurang selesa? 
15. Apa erti sms yg berbunyi demikian ( we declare war ) sejak 2 tahun yg lepas lebih-lebih lagi dari penjawat awam yang bernaung kerja di bawah Jabatan Peguam Negara?.  
16. Pembangunan surau yang berkonsepkn roboh dan bina sudah mendapat perakuan Jab. Mufti dan kebenaran Majlis Agama Islam, jadi apa masalahnya?
17. Sebelum ini mereka cuba mendapatkan  kunci Pusat Pengamalan, kenapa jilat benda yang dah diludah? sebab sebelum ni kata tu rumah burung trbengkalai… Kenapa nak direbutkan rumah burung' tu?  
18. Satu lagi tu Surau Almarhum Tuan Sheikh Hj Muhammad Said di Ampangan diruntuhkan buat projek perumahan? 
19. Menjawab persoalan dari pihak yang mengatakan bahawa cara roboh ke atas bangunan surau persis Yahudi yang merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin. 
Perancangan awal adalah mengambil tindakan satu persatu bagi membuka bangunan surau bermula dari mengosongkan premis, menanggakan peralatan elektrik dan wayar, mengeluarkan kesemua almari untuk disumbangkan pada pihak yang dijanjikan, menanggalkan papan dan kayu-kayan serta besi grill tingkap untuk dijual dan duit tersebut digunakan untuk menampung pembinaan surau dan pembelian peralatan surau yang akan datang. Namun hasrat ini terhenti setelah surau dikunci dan notis yang ditampal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mana pada pemerhatian kami akan merumitkan keadaan sementelah pula ada tangan-tangan gatal yang mengecat surau serta melakukan gotong-royong dan menyambung kembali elektrik premis. Juga mengambil kira nasihat pihak berwajib bagi mengelakkan insiden pergaduhan yang lebih teruk maka keputusan seperti ini yang kami ambil. Untuk makluman semua, pada hari kejadian merobohkan premis, satu tong diesel untuk jentera telah diambil tanpa izin sewaktu pekerja semua berehat makan tengah hari. Insiden ini telah disaksikan oleh kami yang berada di tempat kejadian.
Insya Allah, waqaf bagi pihak Tuan Syeikh Haji Ahmad dan Tan Sri Jamal serta ikhwan yang telah menyumbang akan diteruskan dan inilah harapan kami yang tinggi bagi hasrat murni beliau.
Kontraktor yang mewakili kami juga dihalang bagi kerja-kerja mengukur tapak surau dan menanggalkan notis dari pihak kontraktor bagi tujuan penaiktaraf ini.
Kami mengosongkan premis di awal Disember 2013 untuk tujuan yang dimaksudkan di atas.
20. Isu waqaf yang menjadi hak untuk kegunaan semua Jemaah Muslim itu adalah benar, namun sudah semestinya mengikut lunas peraturan yang sedia ada. Tiada masalah untuk berzikir dan bersolat di bangunan Surau Kg. Pondok Rasah ini tapi bagi menjalankan majlis sendiri sudah semestinya perlu meminta izin serta tidak melanggar enakmen kawalan tarekat bagi peruntukan yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya siapa kita untuk bercerita perihal ghaib, keberkatan dan nilai pada waqaf serta bala keatas kami bagi insiden di atas. Sesuatu yang berlaku pasti ada jawapan serta hikmahnya yang kadangkala tersembunyi dari ilmu yang kita miliki. Rujuklah pada yang ahli bagi mencari sesuatu jawapan andainya kita ini mengaku ikhlas dalam da'wah dan mencari ilmu. Sesungguhnya  setiap antara kita memiliki kelemahan yang tersendiri namun sifat muafakat dan musyawarah pasti akan meminimumkan kelemahan tersebut andainya kita ikhlas dan mengenepikan sentimen perasaan dan gelojoh dalam bertindak.
Gigih kau Khalis, kerrlllassss kau maria..

*Akan ditambah dari masa ke semasa.

Goods & Services Tax (GST) Malaysia: UMNO <b>Rasah</b> pergiat <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2014 06:06 PM PST


RASAH 29 Dis. - UMNO Bahagian Rasah akan mempergiatkan kempen penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada semua lapisan masyarakat.
Ketuanya, Datuk Hasim Rusdi berkata, kempen penerangan itu bertujuan memberi pemahaman kepada rakyat mengenai tindakan kerajaan memperkenalkan cukai berkenaan yang dijadualkan bermula 1 April 2015.
Beliau yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri berkata, pemahaman itu sangat penting kerana dasar mengenai GST masih baharu di negara ini walaupun telah dilaksanakan di lebih 160 negara di dunia.
"Pada masa ini terdapat pihak yang cuba memesongkan fikiran masyarakat dengan membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan mengenai GST dengan tujuan mendapatkan sokongan peribadi.
"Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ini terus berlarutan begitu sahaja dan kerana itu UMNO Bahagian Rasah akan turun padang bagi memberi penjelasan mengenai GST," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Taklimat GST dan Program Kembali ke Sekolah anjuran UMNO Bahagian Rasah di Labu semalam.
Taklimat GST itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Kastam II (Unit Tugas-Tugas Khas GST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Fauziah Abu Zarim.
Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Hassan Datuk Ayop dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hapsah Hamid.
Hasim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labu memberitahu, UMNO Bahagian itu bercadang mengadakan taklimat kepada kumpulan masyarakat yang lebih kecil seperti peringkat Dewan Undangan Negeri dan cawangan parti.
"Kita akan mendapatkan kerjasama Jabatan Kastam bagi membolehkan para pegawai mereka yang pakar dalam hal-ehwal GST untuk memberikan penerangan tersebut.
"Selain memberi penerangan, orang ramai juga boleh bertanya atau mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan GST," katanya.
Dalam majlis itu, sebanyak 200 keluarga menerima bantuan beg sekolah daripada UMNO Bahagian tersebut sempena musim persekolahan baharu yang akan bermula minggu depan.

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lenggeng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2014 09:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Inokulasi Menggunakan IGB711 <b>di Lenggeng</b> <b>...</b> - Gaharu Candan

Posted: 17 Mar 2014 06:55 AM PDT

Agak lama saya tidak mengemaskini laman blog ini. Ada yang bertanyakan adakah saya masih aktif dengan gaharu. Kebelakangan ini saya lebih menumpukan kepada Facebook. Banyak aktiviti-aktiviti gaharu saya dimuat naik ke laman Facebook. Tidak dinafikan Facebook lebih mudah dan cepat untuk memuat naik gambar aktiviti-aktiviti gaharu berbanding laman blog. Sungguhpun begitu, setelah melihat bilangan pageview blog ini semakin banyak hingga mencecah lebih135,000 pageview, saya semakin bersemangat untuk mengemaskini di laman blog ini meskipun ia mengambil masa yang agak lama untuk mencatatkan sesuatu di sini. 
Pada awal tahun 2013, Tuan Hj Shamsor menghubungi saya untuk membantu beliau menginokulasi pokok karas jagaannya di Lenggeng, Negeri Sembilan. Bermula dengan pertemuan di ladang karas ini terus membawa kami kepada persahabatan sehinga ke hari ini. Baharu semalam beliau sudi menjengah saya di Bangi, Selangor. Beliau membawa khabar gembira hasil dari inokulasi di Lenggeng, Negeri Sembilan selepas 10 bulan di inokulasi dengan Inokulan Gaharu Biotech. 
Insya Allah saya kongsikan khabar gembira tersebut. 

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Merehatkan minda dengan percutian Hari Keluarga <b>di</b> AnCasa <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2014 03:40 AM PDT

Hari Sabtu lepas saya dan famili telah menghadiri percutian Hari Keluarga di AnCasa Residences Port Dickson. Ia merupakan acara yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Kebajikan tempat bekerja.

AnCasa Residences Port Dickson

Adik-beradik Koning antara yang paling gembira sekali kerana cuti sekolah sudah pun bermula. Saya dan famili telah menginap Suite 2 bilik. Kami mula memasuki AnCasa Residences Port Dickson bermula jam 3 petang dan acara bebas bersama keluarga sebelum makan malam dengan cara BBQ di pantai disebelah malamnya.

mendongak ke langit

ruang tamu

ruang tamu

ruang makan

ruang dapur

bilik tidur

AnCasa Residences Port Dickson ini mempunyai Spa.

lampu hiasan

kolam

bunga kemboja

bunga raya

Kami sampai didalam jam 3.30petang. Setelah chek in kami anak beranak keluar ke pantai untuk mencari makanan kerana masing-masing sudah kelaparan.

baby aslah

nasi lemak daun pisang

nasi lemak daun pisang

air batu campur

abang ngah makan nasi lemak

abang koning minum air kelapa

baby aslah bad mood

kerang rebus

Tidak menjadi masalah untuk mencari makanan disini kerana banyak gerai makanan dengan pelabagai menu di sepanjang pantai.

pelampung

pelampung untuk disewa

baby aslah

baby aslah main pasir

Adik beradik  Koning mandi kolam.

adik beradik koning mandi kolam

baby aslah

Selagi tangan tidak kecut berendam didalam kolam memang tak akan naik.

tangan kecut

Ikuti sambungan untuk entri yang berikutnya dengan acara Sukaneka.

231 total views, 10 views today

ads