05 di port dickson - Google Blog Search |
Percutian "LUAR BIASA" <b>Di Port Dickson</b> !!!!! - MariaFirdaus Posted: 31 Mar 2014 06:28 PM PDT Pada 28-30 March 2014 lalu, saya sekeluarga telah bercuti di Puteri Beach Resort, di Port Dickson Negeri Sembilan. Rasanya, ini kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Port Dickson. Percutian 3 hari 2 malam ini, bukan percutian yang biasa-biasa. Ia percutian yang sangat luar biasa. Sebenarnya, percutian ini merupakan percutian yang dianjurkan oleh mentor kami dalam bisnes. Mereka menganjurkan program ini untuk merapatkan hubungan kami semua dalam bisnes disamping untuk berkongsi dengan kami rahsia dan kisah kejayaan beliau dalam perniagaan. Seperti yang saya belajar, "Jika hendak berjaya, belajar dari orang yang sudah berjaya". Jadi, peluang untuk belajar dari mentor yang hebat tidak boleh dilepaskan walaupun terpaksa 'berkelana' sehingga ke Negeri Sembilan. Mentor saya ini sudah pun memperoleh pendapatan 6 angka sebulan. Jadi, salah satu matlamat saya dan Maria ke sana adalah untuk kami 'sedut' ilmu beliau cukup cukup. Takkan sama ilmu orang yang memperoleh pendapatan 6 angka sebulan dengan orang yang memperoleh pendapatan 5 angka sebulan. Jika saya nak dapat 6 angka sebulan, saya mesti ikut rapat-rapat mentor saya ini. Di samping itu, saya juga akan bertemu dengan anak didik saya yang lain. Saya bercadang untuk membantu mereka, menambah ilmu mereka dalam bidang perniagaan. Gambar Gambar Sepanjang Program Di Puteri Beach Resort, Port Dickson Kami bertolak dari Parit Buntar, Perak pada 9am. Menuju ke Negeri Sembilan Darul Khusus. Di sana, kami diberikan sebuah Apartmen 3 bilik untuk 2 keluarga selama 3 hari 2 malam. Kami hanya perlu membayar RM300 bagi setiap keluarga sebagai yuran komitmen. Memandangkan semuanya ada 70 buah keluarga, jumlah kutipan hanyalah RM21,000. Tidak terbanding dengan jumlah keseluruhan program ini yang menelan belanja lebih dari RM100,000. Kos selebihnya di 'sponsor' oleh mentor kami termasuk kos penginapan, makanan dan kos program. Pemandangan pantai yang indah dari balcony bilik kami. HARI PERTAMA Saya sangkakan program ini sekadar Family Day seperti yang biasa diadakan oleh syarikat-syarikat lain. Pada sebelah petang, kami diberikan taklimat mengenai perjalanan program. Barulah saya sedar, dalam keadaan kami semua bercuti di sana, kami akan dihidangkan dengan pelbagai program untuk menambah ilmu kami dalam bidang perniagaan. Saya lebih teruja bila mentor saya menjemput penceramah motivasi dari luar untuk memberi motivasi kepada kami. Wawww... Ia sangat sangat luar biasa. Apa yang lebih mengharukan saya, pada sebelah petang itu. Mereka menjelaskan objektif utama program tersebut adalah untuk mendekatkan kami kepada Allah. Jika kami jaga hubungan dengan Allah, Insya Allah. Bisnes kami akan melonjak dengan sendirinya. Bagi saya, ia satu konsep yang sangat bagus. Ramai orang sangka mereka berjaya dengan kebijaksanaan mereka. Mereka berjaya dengan strategy marketing yang mereka gunakan. Tetapi, mentor kami mahu kami semua sedar. Kejayaan adalah milik Allah dan kami perlu jaga hubungan dengan Allah. Insya Allah, Allah akan 'menjaga' bisnes kami pula selepas itu. So, basically perkongsian program lebih untuk menyedarkan kami semua bahawa kami hanyalah hamba dan perlu patuh dan mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta. It's An Amazing Experience. Antara peserta yang datang awal dan sempat mendengar taklimat pada sessi pertama. Masih ada lagi peserta yang belum datang pada waktu ini. Aktivi Farees dan Fateh. Apa lagi, sampai-sampai je terus nak mandi kolam renang. Kami menugaskan Bibik untuk menjaga Farees dan Fateh di kolam renang sementara kami menuntut ilmu di dewan. Siap ada slide lagi. Apalagi, seronoklah Farees naik turun naik turun slide ni. Farees dan Fateh yang dijaga oleh Bibik. Syukur bawa Bibik. Jadi saya tak perlulah membasahkan diri masuk ke dalam kolam. Pakej RM300 yang kami bayar tu dah termasuk kos makanan untuk sekeluarga. Makan malam, sarapan, makan tengah hari dan minum petang. Kalau lah nak dibandingkan dengan harga tu. Memang tak terbanding lah. Macam kami dapat pergi bercuti percuma lah kiranya. Saya dan Maria turut dijemput untuk memotong kek pada majlis makan malam tersebut, bersama mentor-mentor kami Master Laila, Master Ira, Master Hafsah. Selepas makan malam, program diteruskan dengan sessi muhasabah. Kami disedarkan oleh penceramah 'tugas' kami sebagai khalifah di muka bumi ini. Kami ditekankan untuk menjaga hubungan dengan Allah jika mahu berjaya di dunia dan di akhirat. Ini pula sessi muhasabah. Membayangkan kehidupan selepas kematian. Ia sesuatu yang sangat menginsafkan. Ramai peserta yang mengalirkan air mata keinsafan mengenang kembali apa yang telah kami lakukan sepanjang hidup kami. "Bersediakah kami untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta?" HARI KEDUA Aktiviti sebelah pagi selepas Solat Subuh. Membetulkan niat dalam kehidupan. Subhanallah, a very simple and good activity but so meaningful. Bila kita buat sesuatu kerana Allah Taala. Hidup kita akan mula berubah. Kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita. Allahuakbar. Ia satu konsep yang sangat simple tapi power. Saudara Zuhairi memperkenalkan kepada kami konsep Law Of Universal Atttraction. Penambahbaikan daripada konsep Law Of Attraction. Bagaimana menjemput rezeki datang kepada kita. Bukan kita yang pergi mencarinya. Bersama Tuan Zuhairi. Penulis buku Law Of Universal Attraction. Sangat bagus buku yang beliau tulis ini. Di sebelah pagi, Farees dan Fateh seperti biasa meneruskan 'perjuangan' di kolam renang sementara kami menuntut ilmu. Dalam group kami. Kami sangat 'menekankan konsep perubahan' hidup. Matlamat utama adalah untuk 'mengajak' lebih ramai orang untuk berubah dalam hidup mereka bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Anda kenal insan di atas ini? Mungkin ramai yang tak kenal. Mungkin juga ada yang kenal. Sebenarnya, saya pernah berkongsi dengan anda kisah beliau di blog ini. Untuk recall, saya rasa anda perlu baca kisah beliau di sini : KLIK DI SINI Beliau merupakan seorang suri rumah. Berasal dari Sarawak. Merupakan seorang yang sangat biasa biasa. Beliau tidak mempunyai laptop dan internet di rumah. Beliau terpaksa pergi ke Cyber Cafe untuk buat bisnes Shaklee secara online setiap 2 jam. Namun, penat lelah beliau dulu kini sudah terbayar. Alhamdulillah, kehidupan beliau sekarang tersangat selesa. Beliau memperoleh pendapatan 5 angka sebulan yang bukan sedikit. Tetapi sangat banyak. Benarlah janji Allah, "Siapa yang berusaha, dialah yang dapat". Next sharing adalah daripada Maria. Maria turut berkongsi rahsia bagaimana beliau berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Seterusnya, perkongsian daripada saya pula, tentang Lead The Ship. Mentor kami, Master Ira. Tengok tu, sambil buat program pun boleh dukung anak. Inilah yang paling kami seronok berada di dalam group bisnes ini. Walaupun sibuk dengan program bisnes, anak-anak dan keluarga tetap berada di sisi. Aktiviti outdoor di sebelah petang. Games Telur, Ayam dan Dinasour. Inilah barisan pemenangnya. Sebiji telur. Seekor ayam dan dinasour. Fun Games!! Pada malam ini diadakan penganugerahan bagi mereka yang mendapat pencapaian cemerlang dalam bisnes ini. Makan malam yang sungguh sedap. Saya dan Maria menerima plaque cenderamata yang ada gambar kami di dalamnya, khas daripada Master Ira sempena kejayaan kami menjadi Master Coordinator. Turut menerima "Anugerah Presidential Master to be". Untuk makluman anda, dalam Shaklee anugerah tertinggi adalah Presidential Master. Insya Allah, suatu hari nanti kami juga akan mendapat anugerah ini. Yang best pasal Shaklee ini, ia macam program keluarga. Cuba anda tengok anak anak turut memeriahkan pentas ini. Tiada siapa yang nak marah. Tak macam program program lain yang adakalanya kita terpaksa 'meninggalkan' anak di rumah. InsyaAllah and Alhamdulillah, Presidential Master Kam Maria and Mohd Firdaus for Cycle 2014/15. The Power of Visualization!! Semua para peserta Family Day!! Amcam, besar tak group ni? Sebenarnya ini adalah sebahagian kecil dari group saya. Ada ribuan lagi yang tak dapat menyertai program ini kerana tempat yang terhad. Bersama sebahagian anak didik saya dalam bisnes ini. Pagi terakhir di program. Aktiviti senamrobik. Dimulakan dengan senaman untuk kanak kanak. Tengoklah Fateh bersama Ummi di sebelah kanan tu. Nak join, tapi takut. Tak cukup umur lagi lah Fateh. Seterusnya senamrobik beramai-ramai. Selepas itu ada sessi terakhir. Sessi memaafkan orang lain dan mengucapkan terima kasih kepada insan yang banyak berjaya kepada kita. "Percaya Sebelum Berjaya". Selesai sudah program Family Day 3 hari 2 malam ini. Gambar terakhir sebelum bertolak balik ke Parit Buntar, Perak. Alhamdulillah, pengajaran yang dapat saya kongsikan dengan anda selepas melalui satu pengalaman yang sangat menyeronokkan selama ini adalah : 1. Jika nak buat bisnes, carilah mentor yang betul. Mentor yang bagus akan membantu anda untuk berjaya dengan lebih cepat. 2. Jika nak buat bisnes, buatlah bisnes ONLINE. Ia lebih mudah, modal yang sangat rendah, dan masa yang flexible. 3. Jika nak buat bisnes, jangan tinggalkan 'akhirat'. Kejar dunia dan akhirat 4. Jika nak buat bisnes, carilah group yang betul. Untuk berjaya, anda perlu dikelilingi oleh orang yang berjaya. Mereka akan memberikan 'caj' yang positif dalam diri kita untuk terus berjaya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mentor kami Master Ira kerana sudi menganjurkan program yang sebegini. InsyaAllah, kami juga akan mengadakan program sebegini khas untuk anak didik kami pula pada masa akan datang. THE MORE WE GIVE, THE MORE WE GET BACK!! Saya doakan semoga anda semua kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah amin... Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan