Khamis, 5 April 2012

05 di ampangan - Google Blog Search

05 di ampangan - Google Blog Search


Ceramah Umum 25 Mac 2012 <b>di</b> DUN <b>Ampangan</b>, N.Sembilan

Posted: 21 Mar 2012 02:13 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PKR, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban
Bersama :
~ YB Fuziah Salleh , Ahli Parlimen Kuantan / Naib Presiden PKR
~ YB Ahmad Kassim , Ahli Parlimen Kuala Kedah / MPP
~ Dr Mohamad Rafie Ab Malek , Penyelaras DUN Ampangan / MPP
Semua dijemput hadir

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Konsert Jamal <b>Di Seremban</b> 27 April

Posted: 05 Apr 2012 12:36 AM PDT

Konsert Jamal Di Seremban 27 April

SEREMBAN — Raja Pop, Jamal Abdillah, akan mengadakan konsert amal di The Royale Bintang Resort & Spa di sini pada 27 April ini.

Beliau akan membuat persembahan selama dua jam dalam konsert yang bertujuan mengutip derma bagi Rumah Seri Kenangan di sini, kata pengarah jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban, Zalifah Azura Mohd Basri.

Tiket berharga RM80, RM150 dan RM300 boleh didapati di pejabat jualan hotel itu mulai sekarang.

"Mereka yang membeli tiket RM300 boleh menyertai Jamal pada satu jamuan lewat malam selepas konsert itu," kata Zalifah Azura.

Mereka yang ingin membuat tempahan atau membeli tiket boleh menghubungi pejabat jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban menerusi talian 06-7666888 / 06-7666208 / 06-7666666.– BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


ABU SOFEYA: KURSUS UMRAH TERBUKA <b>DI MANTIN</b>

Posted: 15 Jan 2012 12:07 AM PST

Masjid Qariyah Kg. Gebok Mantin

Alhamdulillah seramai 14 orang jemaah dari Masjid Qariyah Kg Gebok Mantin akan turut serta mengerjakan Umrah pada 3 - 13 April 2012.

Justeru satu kursus 'Umrah siri pertama'  akan diadakan di Masjid ini seperti butiran berikut :

Tarikh : 22.1.2012
Masa  : 9.00 - 10.30 pagi 
Tempat : Dewan Solat Masjid. 

Kursus ini juga terbuka kepada semua muslimin dan muslimat  yang berminat untuk mengetahui selok belok mengerjakan Umrah.

Ayuh..., jangan ketinggalan. Kita berjumpa di sana.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


yong <b>di port dickson</b> | Beautilicious

Posted: 19 Mar 2012 12:00 AM PDT

salam semua.. apa khabar? dah lunch ke belum..yong di port dickson ni bersama seorang rakan kongsi yong..kami datang ke sini untuk jumpa cust..nak pakai pb jgk.. sama macam kami :-) best kan?

ni kali ketiga yong datang ke pd. jalan disini masih belum mahir..tapi bole la.. xde la sesat pon hehe.now we ols kat kedai makan..ada order tomyam, telur bistik,daging masak merah, air laici dan air limau.. tak sabar nak makan.dari pagi tak makan tau..actually kami ke seremban dulu tadi untuk hantar tempahan apam polkadot dari cust di negeri sembilan.macam tak percaya yong yang buat semua ni..seriusly full masa yang yong gunakan. takda la buat kerja yang tak berfaedahkan?

next station japg? we'll be at shah alam.ehem. jom jumpa yukkkkk..


Published with Blogger-droid v2.0.4

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Muhyiddin tiba <b>di Negeri Sembilan</b> untuk lawatan kerja sehari |

Posted: 08 Mar 2012 06:03 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA PILAH: Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan seharinya ke Negeri Sembilan hari ini dengan menghadap Undang Luak Johol, Datuk Datuk Mohd Jan Abdul Ghani di Balai Rasmi Luak Johol, pagi ini.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


:.My Home Soil:.: PENEROKA DARI <b>SERTING DI</b> GUNA-GUNA <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2012 06:29 PM PDT

Haihh, ape lagilah yang wakil rakyat Pakatan Pembangkang cuba nak buat ni??! Kesian aku tengok pakcik-makcik, uncle-auntie yang tak bersalah ni datang dari Serting pepagi buta semata-mata nak buat demo aman depan Wisma Negeri. Ni semua angkara wakil rakyat pakatan pembangkang yang menguna-gunakan mereka ibarat mereka semua mcm budak2 kecik...

Yang lg lawak, ader pulak tukang bagi-bagikan banner-banner kecik dgn kad manila utk dorg pegang... (Teringat aku time sekolah dlu, cikgu seni selalu suh bwk manila card).. Deiii, nampak sgt dorg ni kena paksa buat mcmtu, kalau makcik pakcik, uncle auntie ni datang secara ikhlas,dorg akan bawak banner sendirilah, bukannya DIBEKALKAN...sebijik btui cam budak kecik, mak bekalkan makanan gi sekolah..Dalam kes ni pulak YB Guna and the Gang bekalkan mereka dengan menu "Banner dan kad manila siap pakej berdiri bawah panas terik) Memang terhebat YB GUNA, GUNA kan dorg ni untuk kepentingan sendiri dan Pakatan Pembangkang...

Udah-udahlah tu, bentilah buat keje tak berfaedah ni..Makcik pakcik, uncle auntie tak menoreh ari tu, bole ke Pakatan Pembangkang bayar pendapatan dorg utk ari tu? elok-elok lepas menoreh pakcik-makcik bole buat solat Sunat Dhuha mohon rezeki, Pakatan Pembangkang plak pi kacau rezeki dorg!!..elok-elok uncle auntie tu bole layan channel Zee 108 tgk hindustan, YB Pakatan Pembangkang dok rembat masa peneroka-peneroka tak bersalah ni datang Seremban!! Sebab ape? Sebab wakil rakyat Pakatan Pembangkang dah habis modal..dah tak tau nak pusing dok mana lg dah..Last-last depa gunakan wakil peneroka yang dikatakan hadir seramai 150 orang (cit, 80 orang pun tak sampai) ni demi kepentingan diri mereka sendiri....

Buat anak-anak pakcik makcik, uncle auntie yang di gunakan untuk buat demo ari tu, pak & mak kalian tak bersalah..tapi yang bersalah TU DIAAAA..PIHAK PAKATAN PEMBANGKANG...nasihatkanlah pak & mak hang pa supaya tak termakan LAGI dengan pujuk rayu Pakatan Pembangkang lepaih ni untuk buat demo....

Pesanan ikhlas, kalau nak datang hantar memorandum kat Tok Mat tu bole, tapi tak perlulah datang smpai dua bas..cukup sekadar 2-3 orang ja dan tak perlu melibatkan parti-parti politik...demo bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, tp turut menyusahkan orang lain..cth pengguna jalan raya, orang ramai yang ingin berurusan dengan kerajaan (tempat demo bertempat di bangunan kerajaan dan pagar besar di pos pengawal di tutup) dan juga polis yang lagi banyak kerja lain depa bole buat selain kena jaga demo aman....LU PKIRLAH SENDIRI....(tagline Nabil RL naaa...)

P/s : Kalau depa dok buat gitu kat mak bapak aku, siap lah aku hambat sesekoq biaq tetomoih dalam keleboq...

Lizan: Felda <b>Serting</b> dot Com

Posted: 07 Mar 2012 05:59 PM PST

Minggu lepas jenjalan NS rumah kakak aku kat Serting.  Dah lama tak jenguk dorang, si Adam dah merengek-rengek ajak balik rumah 'PakTeh'.  Balik ada motif tu...
Dia sekarang kan gian dengan Angry Bird. Jadi dia berharapan 'PakTeh' dia tu --buatkan-- dia AngryBird beserta monyet-monyet. Siap pre-order via telefon lagi tuh..!
Kalau mintak tolong buatkan kayu2 tempat monyet tu bersenggayut, aku paham lah.
Yang aku tak berapa faham, caner dia boleh terpikir nak mintak buat AngryBird & monyet.
Nak buat dari apa agaknya tu ya, Adam.
PakTeh tak buat aper-aper pun...
nasib baik Adam tak mengamuk ......
Yang si kecik ni kan.. hobi dia adalah menyelongkar.  Selagi boleh diperiksa, habih semua di checkednya.  Dah la rumah kakak aku banyak lemari .  Habih sumer dibukak katupnya pintu setiap satu dijenguknya.  Adeh, tak leh lepa..sangat bahaya. Semua orang bekerja sama memantau Aqeel. Tengok muka dia pun, mak dia dah suspens ... apa la lagi dia nak kombah.

Adam tiba-tiba menjadi budak baik hari tu.  Tak tantrum, tak jerit-jerit, boleh pulak kamu well behaved ya.  

Tak cukup dengan lemari, dia check pulak radio orang tu function ke tidak.  Kot lah dia pikir, nak kena try tekan-tekan sikit mana-mana butang, apa la kot jadi dengan radio ni... hehe.  Meletup kang aaaa... usik laaa..USIK.....!

Malam tu aku berusaha tanak makan banyak tapi kena sabotaj dengan Yati, anak sedara aku. Boleh pulak ada ayam bakar dengan kek pisang malam tu.  Sengkak perut nak tidur caner.  Resepi kek pisang Yati ada aku tepek dalam entri sebelum ni. Click sini.

Tengah ready nak tidur, muncul abang aku sefamili -- dorang memang biasa travel  malam.  Aku takkkk... ktrg memang travel belah siang sebab aku penakut, kang pancit tayar ker, juper hantu kat tengah jalan ke ... sapa nak tolong,, tak pasal mintak hantu tolong tukarkan tayar pancit.  Eh.

Semua melepak semacam melayan aktiviti masing-masing.
Kat dapur riuh macamkan ramai benar, padahal 4 orang je.  Sesekali berkumpul banyak benda nak update sampai tergelak terkiki-kiki macam orang lupa diri. 
Dalam pukul ompek petang camtu, masing-masing tetamu yang memekak ni mula lah mintak diri. Kakak aku memang rajin menapau makanan untuk adik-adik dia. Adik-adik pun serba-salah jugak nak punggah tapi   dah bagi kita ambek. 
Ambek bukan sikit-sikit lak tu sampai penuh bonet keta -- betik, cempedak pun ada gak.  Kelapa nyaris jugak masuk bonet, nasib baik sempat geleng.  Kalau ngangguk .. tau lah apa akibatnya jadi kat bonet keto kau.

Beza umur cuma satu hari jer.
Kenangan zaman aku nak beranak kan Aqeel dulu.. mak Arif dah booking Yati jadi helper (masa tu Yati bujang) sebab mak Arif jangka dia beranak awal.  Hampir sebulan jugak Yati berteduh kat rumah dia tunggu dia beranak.
Almost sebulan nunggu, tak lah pulak dia beranak-beranak.  Tiba-tiba aku yang buat hal beranak awal ( time aku pergi routine check-up36 minggu,  rahim aku dah bukak 5cm).  
Jadi aku mintak Yati tolong temankan aku look after Adam kat rumah.  Elok jer aku beranak hari ni, esok tu emak Arif pulak beranak. Jadi Yati continue duk umah aku dua minggu.  Mak Arif?  ... pandai-pandai lah jaga diri.. uwahaha -- tu ar, sapa suh lambat ... (*tetiba carik gaduh dengan kakak ipar). 
So since Aqeel dan Ariff beza umur cuma sehari, pencapaian pun lebih kurang jer. Dua-dua tak geti bercakap lagi asyik ba-ba-ba-ba.  Nanti aku nak ajar Aqeel lagu baba black sheep, tengok pandai tak dia.  Pangkal lagu dah prektis dah.
Ni Aina (kakak Arif). Umur lima tahun, sebaya Adam.  Suka dengar suara dia everytime dia panggil Aqeel...

"Atil...Atil....." alololo.... kakak pelat lagi lah.

Anak bongsu kakak aku koperal Fadil pun tiba jugak petang tu dari Penang.  Bukan takat bawak balik uniform polis & gari segala, dia siap hangkut anak dara sapa ntah datang rumah.  Komen aku?...no komen.... siapalah aku nak komen lebih-lebih. Tengok jer la caner nanti.

Key, dah... habis dah citer Felda Serting dot Com ....
eh..still got one pic, last one ---

Pokok bunga yang aku ciluk dari rumah kakak aku dah berdaun.. yeay.

Rabu, 4 April 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


rumah <b>di juasseh</b> @ jemapoh | Rumah Sewa

Posted: 24 Sep 2011 05:35 AM PDT

Publish date: September 24, 2011 12:35 pm
Contact Name: adi
Price: RM400
Region: Negeri Sembilan
Location: juasseh
Phone: 0173827894
Tags: ,

mencari rumah untuk disewa di juasseh @ di jemapoh @ mana2 yang berdekatan
dengan bahau dan kuala pilah.. urgent.. jika ada, sila hantarkan butiran di
0173817894..

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Contact Ad Owner

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Amy & Amin Resepsi – <b>BAHAU</b> N9 « Bigdaysolution&#39;s

Posted: 15 Mar 2012 09:37 PM PDT

2 org pengantin yang amat2 sporting dan sempoi. Mulanya kami plan nak shoot kat tempat lain di Bahau, waterfall…pergh tempat tu sgt cantik. Malangnya on the way kami kesana hujan turun selebat-lebatnya. Alang2 dah separuh perjalanan kami teruskan jugak at least kata pengantin saya boleh tengok tempat tersebut. Subhanallah…memang cantik dengan view air terjun yang tinggi dan disebelahnya ada kawasan untuk subject berdiri (betul2 disebelah air terjun). Hujan semakin lebat bila kami sampai disitu, jadi sdra Amin (pengantin lelaki) decide kami berpindah ke tempat lain. Saya secara tak langsung terus teringat setesen keretapi Bahau yang sgt vintage. Saya nampak masa 'on the way' ke rumah kenduri tadi. tanpa fikir panjang saya pun terus kata "ok change to Stesen keretapi Bahau". Perjalanan ambil masa lebih kurang 25 minit jugak, sampai jer disana memang sah tempat ni jadi tumpuan photog2 lain. Saya sampai jer dah ada 1 pasangan sedang shoot outdoor. Waktu kami tengah setup datang lagi 2 pasangan pengantin. So kepada photog2 luar yang bakal ambil gambar untuk pelanggan mereka di Area Bahau saya cadangkan jgn lupa ambil sekeping dua gambar outdoor pelanggan anda disini. Tempat ni klasik dan apa yang tinggal adalah kreativiti komposisi anda untuk hasilkan yang terbaik. Saya letak kan disini sebahagian dari hasil gambar2 di Stesen keretapi Bahau. Tempat kecil tetapi amat menarik.

ALL PHOTO COPYRIGHT BY SAFUANPHOTOVOCAL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


CEKODOK GEBU: HAPPY BESDAY AQIL -4THN ( <b>DI MANTIN</b> )

Posted: 12 Mar 2012 08:39 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]HAPPY BESDAY AQIL -4THN ( DI MANTIN ). salam.... pada 11.3.2012 sekali lagi aqil celebrate besday dia ... tapi kali ni sambut ngan sepupu sepapat dia yg lahir bulan Mac ni...Semua nye berjalan dengan lancar. Walaupun rengkas tapi ...

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Kepekaan perkhidmatan MPN penentu pembangunan <b>negeri</b> | N9 <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2012 07:17 AM PDT

NILAI, 03 April – YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan petang tadi hadir di Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2011, Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan 'Hi-Tea' Bersama Pekilang, Pemaju dan Perunding Dalam Kawasan Majlis, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Nilai, Putra Nilai.

Mengiringi kehadiran Menteri Besar ialah Dato' Hj Abd Halim bin Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai.

Turut hadir ialah Dato' Siow Chen Pin, Pengerusi Jawatan kuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam Negeri dan Dato' Hasim Rusdi, Pengerusi Jawatan kuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam.

Menteri Besar turut menyampaikan anugerah dan sijil penghargaan kepada pesara dan bekas Ahli Majlis tahun 2011, sumbangan pelajar cemerlang peperiksaan bagi tahun 2011 dan anugerah khidmat cemerlang tahun 2011.

Majlis ini turut dianjurkan bagi merapatkan hubungan di antara MPN serta pekilang, pemaju dan perunding yang membuka operasinya di sini dan saling berurusan di antara satu sama lain.

Di dalam ucapan Menteri Besar, beliau menjelaskan bahawa zaman ketika ini telah banyak berubah terutamanya terhadap lonjakan perubahan pemikiran minda, perubahan fizikal dan perubahan corak bekerja serta bertindak yang menyebabkan sesuatu ledakan berlaku dalam susunan gerak kerja sebuah organisasi.

Beliau selalu menyarankan penjawat awam di Negeri Sembilan agar sentiasa peka terhadap layanan kepada orang awam kerana sekiranya tidak peka, sistem perkhidmatan untuk orang awam akan jauh ketinggalan dan banyak isu tidak dapat di tangani dengan kadar segera.

Katanya lagi, "MPN merupakan satu kawasan pertumbuhan penduduk yang sangat pesat  dengan pelbagai aktiviti dan jangan sekali kita sambil lewa terhadap masyarakat dan kawasan-kawasan sekitar. Malah MPN perlu peka dengan pertumbuhan ini dan menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Nilai, Seremban, Rembau dan Tampin sebagai sebahagian dari Lembah Klang."

Menurut beliau, "banyak kawasan perumahan baru, pusat industri, pusat perniagaan dan institusi pendidikan yang di buka di Nilai dan akan menentukan dan berjayanya hasrat Kerajaan Negeri  nak membangunkan Negeri Sembilan secara menyeluruh."

Majlis Perbandaran Nilai (MPN) perlu bersedia kerana pertumbuhan ekonomi di sini dijangka akan tumbuh dengan pesat pada 5-5% ke 5.9% di masa akan datang.

Beliau turut menegaskan agar pembangunan di Nilai ini mengambil kira faktor alam sekitar yang melibatkan kesihatan dan keselamatan supaya tidak ada masalah yang timbul kemudian hari apabila Negeri maju tetapi mereka terdedah dengan bahaya penyakit dan sebagainya.

oleh : Dudi Aziz

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Lelaki erbunuh Kereta Terjun Laut <b>di Port Dickson</b> - Sungai Rapat <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 04:29 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Seorang lelaki terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Mambau-Port Dickson berhampiran Kampung Bemban dekat sini. J Ravindran, 42, yang berasal ...

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


ENSIKLOPEDIA PENDIDIKAN MALAYSIA: Muhammad Yusof

Posted: 30 Mar 2012 05:05 AM PDT


Dato' Haji Muhammad Yusof (1900-1980) adalah seorang pendidik Malaysia yang terpilih sebagai "Tokoh Guru Kebangsaan" pada tahun 1979. Kerana menghargai ketokohannya serta mengenang jasanya terhadap PIBG Sekolah Menengah Linggi, sekolah tersebut telah menukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof pada 21 Ogos 1982.
Dilahirkan pada 17 September 1900 di Batu Kikir, Kuala Pilah, Haji Muhammad adalah adik kepada Allahyarham Pendita Za'ba. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kikir pada tahun 1907. Pada tahun 1908, beliau berpindah ke Sekolah Melayu Linggi apabila bapanya berpindah balik ke tempat asalnya di Kampung Linggi.
Haji Muhammad meneruskan pelajarannya di Kolej Melayu di Kuala Kangsar pada tahun 1909 hingga lulus Senior Cambridge. Atas dorongan R.O Winstedt, beliau melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor dan menceburkan diri menjadi seorang pendidik setelah tamat latihan di Maktab Melayu Melaka.
Haji Muhammad menubuhkan Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor pada tahun 1921. Antara jawatan penting yang pernah dipegang oleh Allahyarham ialah Penolong Nazirr Sekolah-Sekolah Selangor (1920) dan Penolong Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1940). Beliau menyambung semula jawatan tersebut setelah tamat Perang Dunia Kedua hingga bersara pada tahun 1951. Haji Muhammad terlibat dalam Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan dari 1957 hingga 1960 dan juga pernah menjadi pensyarah di Sekolah Bahasa Asing di Universiti Tenri di Jepun pada tahun 1943).
Pada tahun 1958, Haji Muhammad menjadi Setiausaha Sulit kepada Yang diPertuan Agong pertama serta menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Beliau terpilih sebagai "Tokoh Guru Kebangsaan" pada tahun 1979. Haji Muhammad meninggal dunia pada 22 Disember 1980 di Kampung Linggi.
Walaupun telah bersara dari jawatan, Allahyarham terus bergiat dalam masyarakat tempatan di Linggi yang bertujuan memajukan masyarakat setempat. Selama beberapa tahun, Allahyarham menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola dan juga Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Linggi. Kerana menghargai ketokohannya serta mengenang jasanya terhadap sekolah ini, maka pada 21 Ogos 1982 Sekolah Menengan Linggi dengan rasminya ditukar nama kepada Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof. Perasmian tersebut telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato' Haji Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan. Dengan ini, Allahyarham telah diabadikan di sekolah ini.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


kkfelcrabhd: Cadangan Tapak Semaian Getah <b>di</b> Kawasan <b>Serting</b> <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 11:48 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Stor Baja lama yang ditinggalkan- terdapat bekalan elektrik disambungkan diunit ini. Tanah rata. Keluasan 0.81 hektar. Sekeliling ditanam dengan pokok kelapa. boleh diubahsuai menjadi Pejabat dan Kongsi Pekerja ...

Lizan: Kek Pisang

Posted: 07 Mar 2012 08:22 AM PST

Sesekali balik rumah kakak di Serting, NS -- anak sedara jamu kek pisang panas2.  
Dah lah gebu, wangi lak tu.    
Gambar kat bawah ni snapped waktu kek tengah menggebu-gebu dalam oven.  Harum satu rumah.

Resepi pinjam bulat2 dari Adeliaamani 85 :) -- nanti ada masa nak try buat sendiri pulak.


Bahan-bahan:


  1. Pisang dilecek sampai hancur.
  2. Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak, 
  3. Dalam bekas lain, pukul telur dan gula pasir, bila dah kembang masukkan pisang yang dilecek, kemudian masukkan ovellet, esen vanilla, esen pisang, gaul rata, .
  4. Masukkan tepung yang diayak tadi, gaul lagi hinnga rata. 
  5. Last sekali, masukkan minyak masak.
  6. Tuang dalam loyang.
  7. Bakar 170-180 drjh celcius, kira-kira 40 minit atau sehingga masak.

ads