Khamis, 5 April 2012

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


:.My Home Soil:.: PENEROKA DARI <b>SERTING DI</b> GUNA-GUNA <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2012 06:29 PM PDT

Haihh, ape lagilah yang wakil rakyat Pakatan Pembangkang cuba nak buat ni??! Kesian aku tengok pakcik-makcik, uncle-auntie yang tak bersalah ni datang dari Serting pepagi buta semata-mata nak buat demo aman depan Wisma Negeri. Ni semua angkara wakil rakyat pakatan pembangkang yang menguna-gunakan mereka ibarat mereka semua mcm budak2 kecik...

Yang lg lawak, ader pulak tukang bagi-bagikan banner-banner kecik dgn kad manila utk dorg pegang... (Teringat aku time sekolah dlu, cikgu seni selalu suh bwk manila card).. Deiii, nampak sgt dorg ni kena paksa buat mcmtu, kalau makcik pakcik, uncle auntie ni datang secara ikhlas,dorg akan bawak banner sendirilah, bukannya DIBEKALKAN...sebijik btui cam budak kecik, mak bekalkan makanan gi sekolah..Dalam kes ni pulak YB Guna and the Gang bekalkan mereka dengan menu "Banner dan kad manila siap pakej berdiri bawah panas terik) Memang terhebat YB GUNA, GUNA kan dorg ni untuk kepentingan sendiri dan Pakatan Pembangkang...

Udah-udahlah tu, bentilah buat keje tak berfaedah ni..Makcik pakcik, uncle auntie tak menoreh ari tu, bole ke Pakatan Pembangkang bayar pendapatan dorg utk ari tu? elok-elok lepas menoreh pakcik-makcik bole buat solat Sunat Dhuha mohon rezeki, Pakatan Pembangkang plak pi kacau rezeki dorg!!..elok-elok uncle auntie tu bole layan channel Zee 108 tgk hindustan, YB Pakatan Pembangkang dok rembat masa peneroka-peneroka tak bersalah ni datang Seremban!! Sebab ape? Sebab wakil rakyat Pakatan Pembangkang dah habis modal..dah tak tau nak pusing dok mana lg dah..Last-last depa gunakan wakil peneroka yang dikatakan hadir seramai 150 orang (cit, 80 orang pun tak sampai) ni demi kepentingan diri mereka sendiri....

Buat anak-anak pakcik makcik, uncle auntie yang di gunakan untuk buat demo ari tu, pak & mak kalian tak bersalah..tapi yang bersalah TU DIAAAA..PIHAK PAKATAN PEMBANGKANG...nasihatkanlah pak & mak hang pa supaya tak termakan LAGI dengan pujuk rayu Pakatan Pembangkang lepaih ni untuk buat demo....

Pesanan ikhlas, kalau nak datang hantar memorandum kat Tok Mat tu bole, tapi tak perlulah datang smpai dua bas..cukup sekadar 2-3 orang ja dan tak perlu melibatkan parti-parti politik...demo bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, tp turut menyusahkan orang lain..cth pengguna jalan raya, orang ramai yang ingin berurusan dengan kerajaan (tempat demo bertempat di bangunan kerajaan dan pagar besar di pos pengawal di tutup) dan juga polis yang lagi banyak kerja lain depa bole buat selain kena jaga demo aman....LU PKIRLAH SENDIRI....(tagline Nabil RL naaa...)

P/s : Kalau depa dok buat gitu kat mak bapak aku, siap lah aku hambat sesekoq biaq tetomoih dalam keleboq...

Lizan: Felda <b>Serting</b> dot Com

Posted: 07 Mar 2012 05:59 PM PST

Minggu lepas jenjalan NS rumah kakak aku kat Serting.  Dah lama tak jenguk dorang, si Adam dah merengek-rengek ajak balik rumah 'PakTeh'.  Balik ada motif tu...
Dia sekarang kan gian dengan Angry Bird. Jadi dia berharapan 'PakTeh' dia tu --buatkan-- dia AngryBird beserta monyet-monyet. Siap pre-order via telefon lagi tuh..!
Kalau mintak tolong buatkan kayu2 tempat monyet tu bersenggayut, aku paham lah.
Yang aku tak berapa faham, caner dia boleh terpikir nak mintak buat AngryBird & monyet.
Nak buat dari apa agaknya tu ya, Adam.
PakTeh tak buat aper-aper pun...
nasib baik Adam tak mengamuk ......
Yang si kecik ni kan.. hobi dia adalah menyelongkar.  Selagi boleh diperiksa, habih semua di checkednya.  Dah la rumah kakak aku banyak lemari .  Habih sumer dibukak katupnya pintu setiap satu dijenguknya.  Adeh, tak leh lepa..sangat bahaya. Semua orang bekerja sama memantau Aqeel. Tengok muka dia pun, mak dia dah suspens ... apa la lagi dia nak kombah.

Adam tiba-tiba menjadi budak baik hari tu.  Tak tantrum, tak jerit-jerit, boleh pulak kamu well behaved ya.  

Tak cukup dengan lemari, dia check pulak radio orang tu function ke tidak.  Kot lah dia pikir, nak kena try tekan-tekan sikit mana-mana butang, apa la kot jadi dengan radio ni... hehe.  Meletup kang aaaa... usik laaa..USIK.....!

Malam tu aku berusaha tanak makan banyak tapi kena sabotaj dengan Yati, anak sedara aku. Boleh pulak ada ayam bakar dengan kek pisang malam tu.  Sengkak perut nak tidur caner.  Resepi kek pisang Yati ada aku tepek dalam entri sebelum ni. Click sini.

Tengah ready nak tidur, muncul abang aku sefamili -- dorang memang biasa travel  malam.  Aku takkkk... ktrg memang travel belah siang sebab aku penakut, kang pancit tayar ker, juper hantu kat tengah jalan ke ... sapa nak tolong,, tak pasal mintak hantu tolong tukarkan tayar pancit.  Eh.

Semua melepak semacam melayan aktiviti masing-masing.
Kat dapur riuh macamkan ramai benar, padahal 4 orang je.  Sesekali berkumpul banyak benda nak update sampai tergelak terkiki-kiki macam orang lupa diri. 
Dalam pukul ompek petang camtu, masing-masing tetamu yang memekak ni mula lah mintak diri. Kakak aku memang rajin menapau makanan untuk adik-adik dia. Adik-adik pun serba-salah jugak nak punggah tapi   dah bagi kita ambek. 
Ambek bukan sikit-sikit lak tu sampai penuh bonet keta -- betik, cempedak pun ada gak.  Kelapa nyaris jugak masuk bonet, nasib baik sempat geleng.  Kalau ngangguk .. tau lah apa akibatnya jadi kat bonet keto kau.

Beza umur cuma satu hari jer.
Kenangan zaman aku nak beranak kan Aqeel dulu.. mak Arif dah booking Yati jadi helper (masa tu Yati bujang) sebab mak Arif jangka dia beranak awal.  Hampir sebulan jugak Yati berteduh kat rumah dia tunggu dia beranak.
Almost sebulan nunggu, tak lah pulak dia beranak-beranak.  Tiba-tiba aku yang buat hal beranak awal ( time aku pergi routine check-up36 minggu,  rahim aku dah bukak 5cm).  
Jadi aku mintak Yati tolong temankan aku look after Adam kat rumah.  Elok jer aku beranak hari ni, esok tu emak Arif pulak beranak. Jadi Yati continue duk umah aku dua minggu.  Mak Arif?  ... pandai-pandai lah jaga diri.. uwahaha -- tu ar, sapa suh lambat ... (*tetiba carik gaduh dengan kakak ipar). 
So since Aqeel dan Ariff beza umur cuma sehari, pencapaian pun lebih kurang jer. Dua-dua tak geti bercakap lagi asyik ba-ba-ba-ba.  Nanti aku nak ajar Aqeel lagu baba black sheep, tengok pandai tak dia.  Pangkal lagu dah prektis dah.
Ni Aina (kakak Arif). Umur lima tahun, sebaya Adam.  Suka dengar suara dia everytime dia panggil Aqeel...

"Atil...Atil....." alololo.... kakak pelat lagi lah.

Anak bongsu kakak aku koperal Fadil pun tiba jugak petang tu dari Penang.  Bukan takat bawak balik uniform polis & gari segala, dia siap hangkut anak dara sapa ntah datang rumah.  Komen aku?...no komen.... siapalah aku nak komen lebih-lebih. Tengok jer la caner nanti.

Key, dah... habis dah citer Felda Serting dot Com ....
eh..still got one pic, last one ---

Pokok bunga yang aku ciluk dari rumah kakak aku dah berdaun.. yeay.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads