Rabu, 4 April 2012

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Kepekaan perkhidmatan MPN penentu pembangunan <b>negeri</b> | N9 <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2012 07:17 AM PDT

NILAI, 03 April – YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan petang tadi hadir di Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2011, Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan 'Hi-Tea' Bersama Pekilang, Pemaju dan Perunding Dalam Kawasan Majlis, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Nilai, Putra Nilai.

Mengiringi kehadiran Menteri Besar ialah Dato' Hj Abd Halim bin Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai.

Turut hadir ialah Dato' Siow Chen Pin, Pengerusi Jawatan kuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam Negeri dan Dato' Hasim Rusdi, Pengerusi Jawatan kuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam.

Menteri Besar turut menyampaikan anugerah dan sijil penghargaan kepada pesara dan bekas Ahli Majlis tahun 2011, sumbangan pelajar cemerlang peperiksaan bagi tahun 2011 dan anugerah khidmat cemerlang tahun 2011.

Majlis ini turut dianjurkan bagi merapatkan hubungan di antara MPN serta pekilang, pemaju dan perunding yang membuka operasinya di sini dan saling berurusan di antara satu sama lain.

Di dalam ucapan Menteri Besar, beliau menjelaskan bahawa zaman ketika ini telah banyak berubah terutamanya terhadap lonjakan perubahan pemikiran minda, perubahan fizikal dan perubahan corak bekerja serta bertindak yang menyebabkan sesuatu ledakan berlaku dalam susunan gerak kerja sebuah organisasi.

Beliau selalu menyarankan penjawat awam di Negeri Sembilan agar sentiasa peka terhadap layanan kepada orang awam kerana sekiranya tidak peka, sistem perkhidmatan untuk orang awam akan jauh ketinggalan dan banyak isu tidak dapat di tangani dengan kadar segera.

Katanya lagi, "MPN merupakan satu kawasan pertumbuhan penduduk yang sangat pesat  dengan pelbagai aktiviti dan jangan sekali kita sambil lewa terhadap masyarakat dan kawasan-kawasan sekitar. Malah MPN perlu peka dengan pertumbuhan ini dan menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Nilai, Seremban, Rembau dan Tampin sebagai sebahagian dari Lembah Klang."

Menurut beliau, "banyak kawasan perumahan baru, pusat industri, pusat perniagaan dan institusi pendidikan yang di buka di Nilai dan akan menentukan dan berjayanya hasrat Kerajaan Negeri  nak membangunkan Negeri Sembilan secara menyeluruh."

Majlis Perbandaran Nilai (MPN) perlu bersedia kerana pertumbuhan ekonomi di sini dijangka akan tumbuh dengan pesat pada 5-5% ke 5.9% di masa akan datang.

Beliau turut menegaskan agar pembangunan di Nilai ini mengambil kira faktor alam sekitar yang melibatkan kesihatan dan keselamatan supaya tidak ada masalah yang timbul kemudian hari apabila Negeri maju tetapi mereka terdedah dengan bahaya penyakit dan sebagainya.

oleh : Dudi Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads