Asal <b>Lenggeng</b> - Ex-SMDKP Boys n Girls Posted: 16 Dec 2013 08:31 AM PST Lenggeng adalah sebuah mukim di Seremban, Negeri Sembilan. Untuk mencapai Pekan Lenggeng, anda boleh menggunakan jalan masuk melalui: - Bukit Mantin ke Bukit Puyoh, atau
- Pekan Mantin ke Kg Sg Machang Hilir, atau
- Pekan Beranang Hilir ke Kg Rawa atau Kg Tengah, atau
- Semenyih ke Broga.
Walaupun ia sebuah mukim terpencil tetapi telah melahirkan beberapa orang ternama seperti Tuan Mustapha Kamal Yasin (Kala Dewata). Beliau yang juga digelar sebagai Bapa Drama Moden Malaysia berasal dari Kg Sg Machang Ulu, Lenggeng. Bagaimana Lenggeng mendapat namanya? Berikut ialah penerangan yang diberikan oleh beberapa orang semasa perbincangan di dalam Grup Orang Lenggeng di Facebook. Mungkin sekiranya ada masa, aku akan terjemahkan dialog Minangkabau ini ke dalam Bahasa Melayu. Sekiranya anda mempunyai maklumat dan bukti yang lebih sahih, sila tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan