Sabtu, 16 November 2013

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Warga Emas Maut Diragut <b>Di Seremban</b> - Tv3

Posted: 15 Nov 2013 09:50 PM PST

Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

16 Nov 2013, 01:50pm by Syuhada Rais



Di Seremban, seorang warga emas berusia 64 tahun, maut selepas terjatuh dari motosikal dalam satu kejadian ragut.

Mangsa, Jamaliah Akhir, 64 tahun mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal bersama anaknya, Norain Mohd Yusof, 23 tahun.

Ketika melalui Jalan Haji Mohd Said, motosikal dinaiki mangsa tanpa disedari telah diekori dua suspek yang juga menaiki sebuah motosikal.

Suspek kemudian meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul dan berlaku tarik menarik antara mangsa dan suspek yang enggan melepaskan bag itu.

Motosikal mangsa terbabas ke tepi jalan dan kedua-dua beranak itu terjatuh, sebelum mangsa meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Baharudin Mustafa mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads