Sabtu, 16 November 2013

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


TAMAN DESARIA 71800 <b>NILAI NEGERI SEMBILAN</b> - SEMAKIN <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2013 09:04 AM PST

Imigresen NS tahan 24 pengawal warga Nepal
 
Nov 7 2013 - Seramai 24 pengawal keselamatan warga Nepal ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar Seremban dan Nilai, lewat semalam. Baca Sini

Ini baru pengawal keselamatan belum lagi yang lain-lain. Pergi saja ke Nilai 3 pasti anda dapat menegok dan 'meNILAI' pekerjaan warga asing ini. Samada ada mereka mempunyai dokumen dan permit kerja kita serahkanlah kepada kebijaksanaan pihak berkenaan. 
 

05 <b>di nilai negeri sembilan</b> - Google Blog Search - BlOG NEGERI <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2013 09:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

05 <b>di nilai negeri sembilan</b> - Google Blog Search - BlOG NEGERI <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2013 09:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pusat Rawatan Islam At-Tobibi: RAWATAN <b>DI NILAI</b>

Posted: 09 Oct 2013 08:28 AM PDT

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.
Alhamdulillah, terlebih dahulu pihak pengurusan At-Tobibi terutamanya Ustaz Dato' Shamsuri Safie menyampaikan Salam Aidil Adha kepada semua pesakit yang mendapat rawatan dengannya, atau mana-mana yang mengenalinya. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Insya Allah, pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan sebelum ummat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan seperti mana berikut:


Tarikh  : 12 Oktober 2013 (Sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai Negeri Sembilan.
Masa   : 9.30 pm - 5.00 pm
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) atau Mohd Zainul Arifin (013-9433372) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad kepada 50 orang pesakit untuk setiap sesi rawatan sahaja.


"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"


*sebarang perubahan berkenaan dengan tarikh dan masa rawatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

saluran kumbahan bocor dalam siling, <b>di</b> bandar sri...

Posted: 11 Oct 2013 05:46 PM PDT

En. Qazi yang tinggal di Bandar Sri Mahkota, Nilai, Negeri Sembilan telah menghubungi saya tempohari. Permasalahan yang beliau hadapi ialah siling dirumahnya telah dipenuhi dengan kesan tompokan air. Beliau telah beberapa kali mengupah kontraktor-kontraktor bagi membaiki punca kebocoran itu. Namun kebocoran itu menjadi semakin banyak. Lalu beliau meminta saya mencari punca kenapa kebocoran itu masih berulang lagi. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri yang hampir sama permasalahannya di sini dan sini. Gambar-gambar dibawah ini akan menerangkan punca terjadinya kebocoran itu.
Keadaan siling rumah yang dipenuhi dengan tompokan-tompokan air bocor.
Ini adalah saluran paip jenis UPVC. Ia terletak didalam siling bagi rumah kediaman yang bertingkat (seperti rumah teres 2/3 tingkat, rumah flet, apartmen, kondominium dan sebagainya.
Gambar ini menunjukkan kesan kerja-kerja penampalan yang telah dibuat oleh kontraktor-kontraktor yang telah dipanggil oleh En. Qazi. Setiap kontraktor yang dipanggil ada yang menampal dengan gam 2 dalam 1, menggunakan silikon dan pelbagai lagi jenis gam. Kelihatan gambar diatas terdapat kesan gam berwarna merah, silikon berwarna putih dan juga tompokan berwarna hitam.
Saya telah dapat mengenalpasti punca kebocoran ini berulang. Ia berpunca dari pintu angin saluran UPVC. Sebelum proses membuka pintu angin ini dilakukan, saya telah membuang dahulu kesan-kesan gam dan silikon yang terdapat pada saluran tersebut.

Ini adalah proses membuka pintu saluran angin. Ia terdapat di saluran kumbahan.
Ini adalah pintu saluran angin.  Saya akan terangkan bagaimana ia berfungsi. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Gambar disebelah kiri adalah pintu angin yang baru, ia akan dipasang semula dan gambar disebelah kanan adalah pintu angin yang lama.
Pintu angin dan saluran paip UPVC yang baru telah dipasang semula. Saya dimaklumakan oleh En. Qazi, tiada lagi air kumbahan yang menitis ke siling rumahnya lagi.

Saluran air kumbahan jenis UPVC adalah saluran utama dari wc tandas yang membawa air kumbahan ke mainhole. Saluran ini mempunyai satu ruangan pengaliran udara. Ia terletak didalam siling bagi rumah-rumah yang bertingkat seperti rumah teres 2 tingkat atau lebih, flet, apartmen dan kondominium.
Pintu angin ini berfungsi bagi melancarkan laluan air. Sekiranya kaedah pemasangan pintu angin ini tidak sempurna/betul ia akan menyebabkan kebocoran. Kaedah penyapuan gam disekeliling pintu angin hendaklah dilakukan dengan sekata agar ia tidak longgar. Apabila ia longgar sebahagian air kumbahan yang sepatutnya mengalir terus ke salurannya akan mengalir masuk ke pintu angin. Dan ini akan menyebabkan siling rumah sentiasa basah dengan titisan air kumbahan.
Proses untuk membaiki semula pintu angin ini bergantung kepada keluasan tempat tersebut. Sekiranya ruangan itu luas dan boleh memuatkan orang maka mudahlah proses ini dilakukan. Jika ruangan itu sangat terhad amat sukarlah kerja-kerja pembaikan itu dilakukan dan berkemungkinan kos membaikinya akan bertambah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads