Rabu, 20 November 2013

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


DUN N26 Bangi, Selangor: <b>Lukut</b> asalnya adalah kawasan Selangor

Posted: 16 Nov 2013 07:07 AM PST

Lukut, Negeri Sembilan dulu adalah sebahagian dari Selangor. Terletak antara Tanjung Tuan dan Sungai Sepang. Ia dibuka oleh Raja Busu (keturunan raja-raja Selangor) pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Selangor ke-3). Lukut sangat kaya dengan bijih timah dan ini mendorong ramai orang Cina Hailam terutama dari Melaka datang melombong mengusahakan perlombongan bijih timah.
Cukai yang dikenakan oleh Raja Busu adalah sebanyak 10% daripada harga timah telah menjadikan beliau sangat kaya. Namun cukai itu tidak diberikan kepada Sultan Selangor. Lama-kelamaan cukai itu semakin bertambah hingga ke beberapa kali ganda. Kenaikan cukai itu telah menyebabkan orang Cina menderita dan mereka beramai-ramai berjumpa dengan Raja Busu untuk merundingkannya. Terjadi satu pergaduhan antara orang Cina yang begitu marah melihat longgokan bijih timah yang banyak di istana Raja Busu. Dalam pergaduhan itu Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh. Orang-orang Melayu kemudiannya telah membalas dendam dan membunuh ramai orang Cina.
Raja Jaafar Raja Ali  seorang pembesar Melayu berasal dari Riau berketurunan Bugis bersama anaknya Raja Juma'at dan Raja Abdullah telah datang untuk membangunkan semula  Lukut. Apabila Raja Jaafar mangkat pemerintahan Lukut diserah kepada Raja Juma'at dan adiknya Raja Abdullah . Raja Juma'at merupakan seorang raja yang pandai memerintah, bijaksana dan sentiasa berusaha memperbaiki pemerintahannya di Lukut. Beliau telah membina Kota Lukut di atas sebuah bukit bernama Bukit Gajah Mati @ Bukit Raja. Pembangunan di Lukut satu masa dahulu diceritakan adalah jauh lebih maju dari Selangor dengan kedai berdinding bata dan beratap genting serta deretan perumahan pekerja lombong. Beliau turut mengadakan pasukan polis yang berpakaian lengkap serta mempunyai nombor pada songkok mereka. Raja Juma'at turut membantu adiknya Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang dan Kuala Lumpur.

Raja Juma'at telah memerintah Lukut selama 18 tahun . Beliau mangkat pada tahun 1864 dan putera gaharnya, Raja Bot telah mengantikan beliau. Kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor utama ramai  penduduk Lukut berhijrah ke tempat lain. Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato' Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura. Hasilnya Lukut dimasukkan bawah pemerintahan Sungai Ujong (seterusnya Negeri Sembilan)

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads