Rabu, 20 November 2013

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Bicara Minda: HAK-HAK BERTETANGGA

Posted: 11 Nov 2013 01:05 AM PST

 (Disiarkan pada 9. 11. 2013)
Tetangga bermaksud orang yang tinggal berdekatan atau sebelah menyebelah dengan rumah kita. Jiran sebagai tetangga kita seharusnya tolong menolong di antara satu dengan yang lain. Rukun tetangga adalah persatuan yang bertujuan untuk bantu membantu. Rukun tetangga perlu diwujudkan di setiap kawasan kediaman. Negara tetangga adalah negara yang berjiran atau berhampiran. Singapura  adalah negara tetangga Malaysia.
Islam sangat mementingkan terhadap  pemeliharaan hak berjiran kerana jiran, secara zahir, merupakan manusia yang terdekat dengan kita, lebih dekat daripada anak-anak kandung sendiri yang bermastautin di merata tempat  di luar perkampungan di mana kita bermastautin. Setiap apa yang berlaku dalam sebuah keluarga di sebuah rumah, ahli jiranlah orang yang lebih  awal mengetahui dan wajar menghulurkan pertolongan.
Satu peristiwa berlaku pada sebuah keluarga dalam sebuah kampung di mana ketua keluarganya (suami) tidak tinggal bersama keluarga kerana sedang berkhidmat dengan kerajaan di lain disrict atau daerah. Ibunya yang sudah lanjut usia tinggal bersama dirumahnya dengan isteri tersayang. Dengan tidak disangka-sangka ibunya dipanggil Illahi pada waktu malam.
Isterinya menghubungi suami melalui telifon sambil juga menyampaikan berita keluarga tersebut kepada jiran apa yang telah berlaku. Mengetahui kejadian demikian, jiran berkenaan menghulurkan bantuan serta merta mengenai persediaan tentang pengkubumian jenazah ibunya tanpa mendapat keizinan dari suaminya yang sedang dalam perjalanan pulang.
Walaubagaimana pun pemimpin penduduk kampung berkenaan mempunyai polemik yang sukar difahami mengenai autoriti pengurusan pengkubumian jenazah ahli masyarakat kampung berkenaan yang telah meninggal dunia. Pemimpin tersebut kurang mengutamakan ukhuwah kemanusiaan terutama sekali hubungan antara masyarakat yang berpindah dari daerah lain termasuklah dirinya, yang dikategorikan sebagai penduduk kategori petama, dengan penduduk yang telah mendapat kawasan di kampung berkenaan untuk membina rumah kediaman(secara jual beli) sebagai ketegori kedua.
Sebuah keluarga kampung berkenaan yang dalam kategori kedua, sebelum ini telah mengalami kesukaran hendak meminta keizinan dari Pengurusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) untuk mengkubumikan cucunya yang telah meninggal dunia, di tanah perkuburan kampung berkenaan. Maka itu terpaksalah dikubumikan di lain tempat.
Peristiwa serupa juga berlaku mengenai usaha memindahkan kuburan arwah bapa yang ibunya baru meninggal itu, dari tempat lain ke tanah perkuburan kampung berkenaan. Setelah berlakunya pertikaman lidah dengan pengerusi JKKK akhirnya dengan hati yang berat, mendapat kebenaran kelak.
Memikirkan peristiwa berkenaan, jiran tersebut telah merujuk kepada pengurusi JKKK kampung lain untuk meminta keizinan mengkubumikan jenazah emaknya di kawasan perkuburan kampung mereka. Di samping itu jiran tersebut menyediakan peralatan yang perlu seperti tempat untuk memandikan jenazah ibunya dengan meminjam alat tersebut dari mesjid yang mempunyai alat berkenaan.
Semua persediaan tersebut adalah diluar pengetahuan suaminya yang masih dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Setelah sampai, suaminya amat berterimakasih atas persediaan tersebut maka itu ia tidak mempunyai kesulitan lagi seperti mana ia mengalami semasa perpindahan kuburan jenazah ayahnya dahulu.
Memelihara hak berjiran adalah tanggungjawab bersama kerana ia adalah sebahagian daripada nadi pembangunan sosial di mana setiap individu harus berkerjasama. Jiran tetangga kita  merupakan sebahagian daripada keluarga kita kerana merekalah yang wajib menghulur kan tangan membantu apabila diperlukan seperti mengawasi keselamatan  rumah dan kesejah teraan keluarga terutama sekali apabila ketua keluarga tidak tinggal bersama keluarga buat
Mementingkan diri, tidak berkerjasama dalam sebarang kesulitan yang dialami oleh
 jiran tetangga akan melahirkan kerenggangan suasana ukhuwah kemanusiaan. Firman Allah
dalam wahyu-Nya  yang pertama mengatakan "Baca".  Ini bermaksud tuntutilah ilmu sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat; membawa maksud pelajari ilmu yang ada yang telah  didokumantasikan dan juga ilmu yang ada di sekeliling kita iaitu alam ini kerana Allah wujudkan berbagai alam, mempunyai hikmah tersendiri kepada pembangunan manusia.
Mengambil satu ikhtibar yang amat ringan sekali seperti keadaan kedua belah tangan kita. Tangan kanan dan tangan kiri sentiasa berkerjasama dalam semua urusan kehidupan tanpa menunggu undangan. Jika tangan kanan itu sibuk dengan bermacam kerja  tangan kiri pasti membantu tangan kanan untuk meringankan beban yang dialami oleh tangan kanan seperti mengangkat benda yang berat; melaksanakan tugas dalam bidang pembersihan atau dalam bidang keselamatan, tangan kiri sentiasa bersedia membantu tangan kanan.
Hak-hak bertetangga atau berjiran diumpamakan seperti aur dengan tebing sentiasa tolong menolong antara sesama sendiri. Apabila kita jatuh sakit, jiran tetangga boleh membantu membawa kita ke hospital dan jika kemampuan itu tidak ada pada kita haruslah   memberi tahu jiran yang lain  yang ada kemampuan untuk menolong.
Keselamatan kampung adalah antara usaha yang boleh disinaraikan sebagai tanggung jawab bersama dalam suasana bertetangga. Apabila berlakunya pencorobuhan orang yang tidak dikenali di kawasan rumah kita atau rumah jiran semasa ditinggalkan kerana pergi berziarah ke lain tempat, ahli jiranlah yang boleh bertindak untuk menghalang penceroboh melakukan perbuatannya.
Jika berlakunya kebakaran kita perlukan bantuan dari ahli jiran untuk bertindak menye lamatkan harta benda seperti benda-benda keperluan dalam rumah, melarikan kereta untuk dijauhkan dari rumah dan membantu menghubugi pihak bomba untuk mengawal api daripada merebak. Segalanya itu mangsa kebakaran tentu telah hilang fikiran dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan maka jiran tetanggalah menjadi penyelamat dan membantu mangsa kebakaran.
Dalam pembangunan negara hak-hak berjiran antarabangsa wajar dipelihara demi untuk mewujudkan keamanan dunia. Hormat menghomati antara negara wajar menjadi budaya bersama agar keselamatan dan keperluan pembangunan manusia sentiasa terbela. Tidak yang lebih penting dalam hidup ini selain daripada memelihara ukhuwah kemanusiaan. Apalah ertinya hidup dengan segala kekayaan yang dapat kita perolehi di alam ini jika jiwa kita sentiasa gelisah dan tidak tenteram kerana tidak mempunyai teman hidup.
Rasulullah s.a.w. di ambang kewafatannya sempat meninggalkan tiga pesanan kepada sahabat yang bersama dengan baginda, iaitu asholat, asholat; itakunisha, itakunisha; ummati, ummati. Maksudnya lebih kurang solat, dirikan solat; wanita, peliharalah wanita; umatku, umatku.
Solat merupakan kekuatan iman manusia yang memandunya untuk memelihara ukhuwah kemanusiaan antarabangsa. Tiada yang lebih gagah dan berkuasa menyatukan manusia melainkan Allah melalui jalur-jalur ibadah solat, mengesahan dan memuji Allah s.w.t. demi keselamatan manusia serantau. Hak berjiran antara negara di alam ini wajar dipelihara sebagai benih untuk menyelamatkan manusia dari bersengkita.
Dunia ini adalah buat semantara sahaja, sebatas umur manusia yang hidup di dalamnya, oleh itu tidak ada kemanfaatannya jika hubungan kemanusiaan itu tidak dipelihara dan disajikan dengan kerukunan hudup yang menyinarkan hak ketamadunan bangsa. Segala kejayaan dalam hidup ini merupakan hak  gunapakai manusia semata. Hak mutlaknya Allah s.w.t. jua yang berkuasa dalam segala-gala kewujudan sesuatu itu.
Jika hak berjiran dicabuli dan dicerobohi, umat manusia sudah keterlaluan bertindak
dan  melayani keperluan nafsu syahwat makhluk manusia semata. Manusia yang tidak berpegang kepada prinsip kerukunan hidup di hadapan Allah s.w.t. adalah umat yang telah menawarkan diri sebagai haiwan yang bernafsu syaitan.
Jika kita mampu memikirkan sesebuah negara yang dipimpin oleh makhluk yang bertopegkan manusia dan bernafsu syaitan, itulah negara Israil dengan talibarutnya Amerika Syarikat.  Negara-negara tersebut mengamalkan budaya talam dua muka kerana ia sentiasa bercakap tidak serupa buat.
Antara keperluan dan bukti persaudaraan ialah kesatuan yang mana lawan baginya adalah perpecahan. Masyarakat Islam yang bersaudara ialah masyarakat yang bersatu dari segi akidah keimanan, syiar, ibadat, pemahaman, pemikiran, adab kesopanan, dorongan jiwa, kesusilaan, budaya sosial, nilai kemanusiaan dan asas-asas perundangannya.
Ia juga bersatu  dari segi matlamat-matlamatnya yang menghubungkan antara bumi dan langit, antara dunia dan Akhirat, antara makhluk dan Khaliq (Pencipta). Ia juga bersatu dari prinsip-prinsipnya yang menghubungkan antara teori dan paktis, yang menseimbangkan antara unsur kekalan dan perubahan serta antara inspirasi warisan lama dan memanfaatkan kemanjuan zaman.
Islam teristemewa daripada agama-agama lain. Kesederhanaan dan keadilannya kerana mengambil jalan tengah antara tuntutan rohani dengan kehendak jasad. Ia tidak melarang seseorang menggunakan kebendaan selama diperolehinya kebendaan itu dengan cara-cara yang betul. Banyak terdapat ayat Al-Quran yang memberi galakan untuk mendapatkan kedudukan yang tidak baik dalam kedua-dua bidang, rohani dan kebendaan secara bersama. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud (terjemahan):
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kamu (kebahagiaan) di akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu  dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah  berbuat baik kepada kamu."                    
Allah memperingatkan kepada manusia agar tidak berpecah-belah dan bersengketa dalam firman-Nya surah Ali Imran ayat 105 yang bermaksud (terjemahan):
"Dan janganlah kamu menyerupai orang yang berpecah-belah dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksaan yang berat".
Di antara ayat yang menyeruh supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan ayat peringatan tentang perpecahan dan persengketaan, disebut sepotong ayat yang mewajibkan umat Islam agar berdakwah dan melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud (terjemahan):
"Dan hendaklah  ada di kalangan kamu  satu umat yang menyeru ke arah kebajikan, menyeruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung."
Ini membuktikan kepada kita perkara yang menyatukan umat Islam serta menghimpun kan mereka ialah kewujudan manhaj yang satu yang menjadi pegangan dan rujukan. Iaitulah  di sini, tali dari Allah; Islam dan al-Quran. Begitu juga dengan kewujudan risalah bersama yang menjadi tanggungjawab bersama dan menjadikan sebagai tugas  terpenting. Yang  dimaksudkan di sini ialah menyeru ke arah kebaikan dengan melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar.
Tetapi apabila umat Islam tidak melaksanakan risalah ini, atau mengabaikan  manhajnya, maka jalan-jalan perpecahan akan mencerai –beraikan mereka ke kanan dan ke kiri. Syaitan-syaitan akan mengambil kesempatan untuk menarik perhatian mereka ke arah timur dan barat. Perkara ini telah diingatkan oleh Allah dengan firman-Nya surah An-An'am ayat 154 yang bermaksud (terjemahan);

               "Sesungghnya ini jalan-Ku yang lurus, maka ikutlah ia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain; kerana  jalan-jalan tersebut akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah agar kamu bertakwa".                                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads