Selasa, 13 Ogos 2013

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Rais Zainuddin umum bersaing jawatan Hasan <b>di Rembau</b>

Posted: 11 Aug 2013 07:34 PM PDT

Bekas Adun Chembong, Datuk Mohamad Rais Zainuddin mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Rembau pada pemilihan parti berkenaan tahun ini.

Beliau akan bersaing bagi merebut jawatan tersebut yang kini disandang Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad Rais berkata, keputusan itu dibuat kerana ingin memberi peluang kepada ahli Umno untuk membuat pilihan dalam melantik pemimpin mereka di peringkat bahagian terbabit.

"Umno merupakan sebuah parti demokrasi, di mana pelantikan pucuk pimpinan dilakukan kali ini bersifat lebih terbuka berikutan mempraktikkan sistem pemilihan yang memberi ruang  kepada ahli untuk bertanding....

"Saya bersetuju untuk bertanding kali ini selepas mendapat maklum balas positif dari ahli akar umbi. Justeru, saya ingin memanfaatkan segala pengalaman dimiliki sepanjang berkecimpung dalam arena politik," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Selain menjawat jawatan Ketua Umno Cawangan Air Hitam, Chembong, Mohamad Rais yang pernah bertugas sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri juga merupakan Pengerusi Alumni Kelab Umno Luar Negara. - SINARHARIAN

MALAYSIA NEWS HASAN RAIS REMBAU UMNO BERTANDING

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads