05 di jelebu - Google Blog Search |
Daif dan bahaya sungguh keadaan pasar <b>di Jelebu</b> ni - PAS Negeri <b>...</b> Posted: 07 Jul 2013 06:20 PM PDT Bangunan pasar basah uzur Peniaga di pasar basah dekat Pasar Tani Kuala Klawang di sini melahirkan rasa bimbang terhadap struktur bangunan yang uzur terutama siling yang mula reput. Menurut peniaga di situ, lebih menyedihkan apabila bumbung di pasar berkenaan terpaksa ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan dibasahi hujan selepas ia mengalami kerosakan sejak sekian lama. Kata peniaga, Norlida Mohamed Salleh, 51, perkara itu sentiasa membimbangkan peniaga serta pengunjung yang berurusan di pasar tani itu. ''Ada kalanya serpihan siling jatuh ke lantai. Keadaan di sini sebenarnya sudah terlalu bahaya kepada peniaga dan kami berharap sesuatu dapat dilakukan segera," katanya di sini hari ini. ''Banyak lampu yang sudah pecah dan tidak diselenggara dengan baik. Sampai bila kami akan berhadapan kesukaran ini," katanya. ''Tandas juga sudah terlalu uzur, rosak dan tidak terurus dengan baik. Sudah berbulan-bulan tandas itu tidak berfungsi dan kami amat berharap pihak yang berkaitan dapat melihat keadaan ini kerana peniaga di sini sudah lama sengsara," katanya. |
You are subscribed to email updates from di jelebu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan