Selasa, 13 Ogos 2013

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


program outreach orang sekatan dan <b>...</b> - Portal Berita iKDN

Posted: 10 Jun 2013 12:38 AM PDT

13.EC2G8335

JEMPOL, 19 Mei 2013  – Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam telah menganjurkan Program Outreach Orang Sekatan Dan Penggantungan Perintah Tahanan Siri 3/2013 di Dewan Serbaguna Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan yang melibatkan seramai 80 Orang Sekatan (OS) bagi semua daerah di Negeri Sembilan. Program ini diadakan bagi memberi khidmat nasihat,bimbingan,motivasi dan menerapkan nilai-nilai murni kepada OS. Slot motivasi turut diselitkan untuk membangkitkan kesedaran dan keinsafan atas kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.


Booth-booth yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Pendafataran Negara turut dibuka bagi memberikan penerangan kepada OS mengenai hal – hal berkaitan kebajikan diri dan keluarga mereka. Jabatan Pendafataran Negara memberikan perkhidmatan memperbaharui kad pengenalan OS yang telah rosak secara percuma.

4.EC2G8244

Program ini telah dirasmikan oleh Tn.Syed Abu Bakar B. Syed Hassan, Timbalan Setiausaha Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam.

=Tamat=

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads