Sabtu, 16 Mac 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Sambutan Hari Tentera Darat ke-80 - Portal berita <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 02 Mar 2013 01:59 AM PST

Port Dickson, 2 Mac : Buat julung kali sambutan Hari Tentera Darat ke – 80 disambut di Bandar Tentera Darat di sini, dengan mempamerkan lebih 100 aset kenderaan pelbagai jenis dalam inventori tentera darat.

Port Dickson merupakan tempat bersejarah bagi Tentera Darat terutama kelahiran Briged Pertama Tentera Darat pada 1 Mac 1933 dengan perlantikan 25 anak Melayu oleh tentera British.

Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan berkata Negeri Sembilan amat bertuah kerana dipilih sebagai Bandar Tentera Darat sekaligus dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan di negeri ini selain daripada keindahan pantai peranginan yang popular.

"Banyak program yang dilakukan oleh pihak Tentera Darat seperti 'Berek Stay' di mana orang awam boleh merasai pengalaman tinggal di berek seperti anggota tentera.

"Selain itu, Port Dickson juga telah sinonim dengan Tentera Darat kerana di sini bermula banyak sejarah Tentera Darat yang melahirkan ramai perwira tanah air," katanya pada sambutan ulang tahun Tentera Darat di Kem Si Rusa.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pihak tertentu supaya tidak melimparkan tuduhan melulu atau mempolitikan insiden Lahad Datu dan peranan yang dimainkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, kejadian itu berkaitan soal keselamatan negara di mana ATM dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berkerjasama erat menyelesaikan masalah itu.

"ATM memang memberi kerjasama seerat mungkin dengan PDRM dan kita harap isu ini tidak dipolitikan kerana ia soal keselamatan negara dan kita yakin dengan peranan pihak polis di dalam mengendalikan insiden yang berlaku," katanya.

Pada majlis itu, turut mengetengahkan lebih 4,000 anggota mewakili 16 Kor dalam Tentera Darat membuat perbarisan dan perarakan.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads