05 di jelebu - Google Blog Search |
tian chua minta bantuan polis batalkan ceramah <b>di jelebu</b> - WIRA <b>...</b> Posted: 11 Mar 2013 08:00 PM PDT Mangsa politik terbaru rakyat Malaysia, Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR kini sudah tidak lagi diterima rakyat dan kini sukar untuk membuat penampilan di khalayak ramai. Semua ini gara-gara keceluparan mulutnya terhadap kematian dua orang anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu yang dikatakannya sebagai sandiwara UMNO. Terdahulu, beberapa penduduk kampung dan NGO's di seluruh negara telah berhimpun di Jelebu bagi membatalkan ceramah politik PAS yang mana turut dihadiri Tian Chua, Naib Presiden PKR. Dipercayai bantahan yang dilakukan oleh GMPN dan beberapa NGO di kawasan Jelebu pada satu ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jelebu, di markas PAS Felda Pasoh 3, Jempol. Ceramah politik itu yang dijadualkan diadakan di Felda Pasoh 3, Jempol terpaksa dibatalkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Nampaknya selepas ini Tian Chua tidak akan dapat lagi berceramah di hadapan khalayak ramai. Ini sebenarnya memberikan gambaran bahawa beliau tidak ada tempat lagi di hati rakyat dan Pakatan Pembangkang akan kalah teruk dalam PRU-13 akan datang ini. |
You are subscribed to email updates from di jelebu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan