05 di seremban - Google Blog Search |
Info 4 The Truth: WARTAWAN MEDIA PRIMA MENYAMUN <b>DI</b> <b>...</b> Posted: 31 Jan 2013 07:40 AM PST Perghhh... Giler...!!! Sekarang ni, sedang circulated info pasal mamat dalam foto diatas ni. Syarikat Media Prima guna pass/kad media berwarna putih ke ??? Setahu I4TT lah, kad media untuk syarikat adalah berwarna biru manakala kad media bagi petugas media jabatan kerajaan pula berwarna hijau. Sorrylah, I4TT tak boleh nak letak contoh kat sini, nanti lagi banyak kad palsu yang keluar. Anyway, berbalik semula kisah mamat ni la, mamat ni sedang dicari untuk dihantar ke balai polis kerana menyamar untuk menyamun. Dikhabarkan mamat ni memang aktif gila buat kerja penipuan dan penyamaran dengan menyamar sebagai wartawan/petugas media di syarikat Media Prima (TV3, TV9, NTV7). I4TT diberitahu oleh sumber, mamat ni sedang giat memperdayakan ramai remaja yang berumur antara 17 hingga 25 tahun. Juga dikatakan dia menggunakan ilmu hitam atau orang selalu sebut 'ilmu pukau' untuk memperdayakan mangsa. 'Modus Operandi' Mamat ni adalah dengan menyamar sebagai wartawan dan mendekati mangsa dengan alasan kononnya untuk menjalankan interview dan diwawancara sebagai bahan berita. Setakat ini, 8 telefon bimbit dan sebuah kamera DSLR Nikon berjaya disamun. Mamat ni aktif menjalankan kerja-kerja haram ni di area Seremban, Negeri Sembilan. Mangsa-mangsanya juga 'terkena' di Terminal One. I4TT difahamkan laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Seremban 2. So, kalau korang ada ternampak mamat ni, jangan kasi lepas. Pakat-pakat lah hantar mamat ni ke balai polis berdekatan ok. Jangan lupa share info ni pada kawan-kawan dan saudara-mara, dengan ini dapat mengelakkan mereka jadi mangsa pukau dan samun macam ni. |
Gadis Mati Leher Dikelar <b>Di Seremban</b> | MyNewsHub Posted: 05 Jan 2013 06:53 PM PST SEREMBAN – Seorang gadis ditemui mati dengan kesan kelaran pada lehernya di sebuah rumah dekat Taman Desa, Mantin, di sini, malam kelmarin. Mangsa, S Sintuja, 19, pelajar sebuah kolej swasta di sini sejak setahun lalu ditemui dalam keadaan terbaring atas lantai bilik tidur oleh sepupunya kira-kira 8.30 malam. Menurut sumber, turut dijumpai sebilah pisau di atas katil tidak jauh dari mayat mangsa berada. "Siasatan awal mendapati, mangsa berasal dari Temerloh, Pahang itu menetap di asrama kolej tetapi sering bertandang dan bermalam di rumah bapa saudaranya pada setiap cuti hujung minggu. "Mangsa akan dijemput oleh bapa saudaranya setiap petang Jumaat dan menghantarnya kembali ke asrama pada hari Ahad," katanya. Sumber berkata, semasa kejadian, kesemua pintu dalam rumah berkenaan tidak berkunci namun tiada tanda menunjukkan berlakunya pecah masuk atau kecurian. "Berdasarkan keterangan bapa saudara mangsa, pada hari kejadian, dia keluar dari rumah kira-kira 6 petang dan hanya pulang semula selepas menerima panggilan anaknya memaklumkan tentang insiden tersebut kira-kira 9 malam. "Susulan itu, bapa saudara dan sepupu mangsa kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan," kata sumber kepada Sinar Harian di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Setakat ini, polis masih menyiasat motif kejadian, manakala mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat. – Sinar Harian Online Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di seremban - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan