Khamis, 28 Mac 2013

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Keputusan sukar <b>di Teluk Kemang</b> bagi kedua-dua <b>...</b> - dialog rakyat

Posted: 26 Mar 2013 04:44 PM PDT

Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia baru. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung untuk menjadi pertempuran hangat oleh sebab dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.

PORT DICKSON — Dikala rakyat Malaysia tercungap-cungap menantikan perdana menteri mengumumkan senarai calon akhirnya dan mengadakan pilihan raya, penduduk Teluk Kemang lain pula ceritanya.

Tidak seperti kawasan lain dimana penduduk lebih kurang tahu siapa bakal calon mereka, tetapi di kawasan ini, ianya masih lagi menjadi tanda tanya.

Di pihak Barisan Nasional (BN) kelihatan terdapat tiga calon berpotensi.
Pertama, bekas ahli parlimen Teluk Kemang yang menetap di Port Dickson, Datuk S Sothinathan — tewas pada Pilihan Raya 2008 kepada Datuk Kamarul Baharin Abbas dari PKR. Walaupun tewas, Sothinathan terus berkhidmat di kawasan tersebut sepanjang lima tahun lalu.

Apabila bertemu semasa wawancara di Port Dickson, Sothinathan mengatakan: "Saya tidak pernah menutup pejabat walaupun selepas kalah kerana saya mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat.

"Menang atau kalah adalah sebahagian daripada permainan tetapi saya percaya dengan menetap di sini menyebabkan saya mendapatkan sokongan daripada rakyat, Anda perlu melakukan pengorbanan untuk mempunyai kelebihan berbanding orang lain."

Beliau yang juga seorang peguam mula dikenali apabila digantung daripada bercakap di Parlimen kerana menentang percubaan kerajaan untuk tidak mengiktiraf ijazah dari Ukraine Crimea State Medical University di mana ramai pelajar India sedang belajar.

Disebalik rekod perkhidmatan dan popular dikalangan masyarakat India, laporan media mencadangkan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel sebaliknya akan meletakkan sekutunya dan setiausaha agung parti Datuk S Murugesan untuk bertanding di kerusi tradisi parti itu.

Dalam wawancara melalui telefon, Murugesan yang kalah tpada 2008 apabila beliau bertanding di kerusi parlimen Subang enggan memberikan komen tentang kemungkinan beliau dicalonkan di Teluk Kemang. Walau bagaimanapun, beliau pernah dipetik berkata "belum turun ke padang" di kawasan itu kerana masih belum dijadikan calon.

Oleh kerana pergeseran dalam parti, Sothinathan mengatakan beliau mengharapkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memilihnya sebagai calon walaupun MIC mungkin tidak bersetuju.

Jadi, keputusan akhir tentang siapa BN bakal pilih di Teluk Kemang masih lagi misteri dengan sumber dalaman menjangkakan Najib akan memilih bekas menteri besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk merampas semula kerusi parlimen tersebut dari PKR.

Kemungkinan ini tidak boleh ditolak selepas tinjauan di Chuah, Lukut, Port Dickson dan Linggi, keempat-empat kerusi DUN bersama Bagan Pinang membentuk kerusi parlimen Teluk Kemang, menunjukkan pengerusi FELDA yang satu ketika pernah digantung oleh Umno kerana politik wang telah mula mengadakan majlis bertemu rakyat di luar kawasan Bagan Pinang.

Isa adalah pilihan popular di Teluk Kemang terutamanya di kalangan masyarakat Melayu yang mengenang jasanya bekas menteri besar itu kerana membawa pembangunan di kawasan tersebut. Salah satu sebab mengapa Sothinathan mungkin kalah pada 2008 adalah undi protes dari Umno kerana tidak meletakkan Isa sebagai calon.

Seorang penduduk Port Dickson memberitahu kami Isa telah menganjurkan banyak acara sejak beberapa minggu kebelakangan ini dimana ramai hadir dan beratur panjang untuk pemberian tunai.

Mengenai siapa yang bakal diletakkan oleh pembangkang, jawapannya juga tidak mudah. Menurut penduduk yang ditemui, Datuk Kamarul Baharin jarang dilihat di kawasan ini. Ramai yang tidak mengetahui namanya apabila mengecam wajahnya.

Dalam wawancara bersama Kamarul, beliau mengatakan: "Sukar untuk melakukan banyak perkara kerana Negeri Sembilan bukanlah negeri Pakatan. Kerajaan negeri mengawal peruntukkan dan projek jika kita hantar kertas cadangan selalunya tidak diluluskan."

Jika sekutu rapat dan bekas rakan sekelas Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dipilih menjadi calon sekali lagi, jalan sukar bakal ditempuhi untuk menang seperti semasa Tsunami politik 2008.

Walau bagaimanapun, PKR mungkin meletakkan jeneral bersara untuk memenangi 8,000 undi tentera di Teluk Kemang, kumpulan yang tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada 2008. Dengan markas operasi utama yang terletak tidak jauh dari kem tentera, PKR kelihatan mempunyai strategi baik untuk memenangi hati tentera di Teluk Kemang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini PKR secara aktif merekrut bekas pemimpin tertinggi tentera. Ianya termasuk Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dari Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Md Hashim Hussein yang juga bekas rakan sekelas Anwar di MCKK.

Abdul Hadi secara khususnya telah berceramah di Teluk Kemang sebagai percubaan PKR untuk mendidik dan membangkitkan kesedaran di kalangan tentera. Beliau berkemungkinan besar menjadi calon.

Dengan pelbagai parti dan calon mahu menang di kerusi ini, persoalan yang timbul adalah — apa yang penduduk seramai 70,000 orang di Teluk Kemang mahukan?

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads