Khamis, 28 Mac 2013

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


KAUNTER ADUAN BERGERAK <b>DI</b> ECONSAVE <b>BAHAU</b> - Public <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 11:53 PM PST

BAHAU, 16 FEBRUARI 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Econsave Bahau, Negeri Sembilan. Program ini diadakan bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.
Program ini juga secara tidak langsung program ni dapat mempromosikan BPA serta memberi pendedahan kepada penduduk sekitar Bahau mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA.  Seramai 15 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB Econsave Bahau dan empat aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.






BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di bahau</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2013 01:15 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

CERITO N9: Penjaja dan peniaga <b>Ampangan</b> puas hati.

Posted: 23 Jan 2013 03:30 AM PST

SEREMBAN - Penjaja dan peniaga kecil Melayu yang menjalankan perniagaan terutamanya kedai makan di Ampangan, dekat sini berpuas hati dengan bangunan sementara yang dibina kerajaan bagi meneruskan operasi harian mereka.
Menurut mereka, bangunan itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti air dan elektrik, selain selesa untuk dikunjungi pelanggan.
Seorang peniaga, Azizah Aziz, 65, berkata, dia merupakan orang pertama yang berpindah ke bangunan sementara itu, selepas kerajaan negeri merobohkan bangunan lama untuk mendirikan sebuah kompleks perniagaan di situ.
"Kita amat menyokong pembangunan ini, apatah lagi memberikan keselesaan pada masa hadapan kepada pengunjung dan peniaga di pusat penjaja Ampangan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tegasnya, biarpun ia cuma bangunan sementara jelas sekali kerajaan tidak melakukannya sambil lewa, sebaliknya telah mengambil kira pelbagai aspek.
"Pusat penjaja yang lama dahulu terlalu sempit dan sebab itulah kerajaan mahu membangunkannya. Lagipun bangunan itu sudah uzur. Terima kasih kerana prihatin dengan nasib peniaga dan penjaja di sini," ujarnya.

Azizah berkata, ketika ini bekalan air dan elektrik diberikan percuma oleh kerajaan sehingga bangunan sebenar siap kelak.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjaja dan Peniaga Cawangan Bandar Baru Ampangan, Zainal Abidin Harun, 54, memberitahu, pihaknya berterima kasih di atas usaha kerajaan membangunkan pusat penjaja di situ, sekali gus memberi imej baru kepada penduduk di Ampangan.

"Kita ketepikan masalah yang dihadapi penjaja. Apa yang perlu dinyatakan ialah rasa syukur dengan usaha kerajaan untuk menaik taraf pusat penjaja di Ampangan ini," katanya.

Bendahari persatuan itu, Aslinah Ali, 50, yang telah berniaga selama 22 tahun di situ melihat perubahan ini sesuatu yang dinantikan ramai peniaga di situ.

"Tempat lama dahulu terlalu banyak masalah, kedai sudah uzur, longkang sering tersumbat, tandas pula tidak berfungsi dengan baik, malah kebersihan juga sukar dijaga sehingga menyebabkan perniagaan kami merosot.

"Kami berharap dengan bangunan sementara serta pembangunan kompleks yang baru kelak, ia akan dapat menarik kehadiran pengunjung yang lebih ramai ke pusat perniagaan ini," katanya.

Bagaimanapun, Aslinah berharap kerajaan dapat membantu menyediakan lebih banyak tong sampah besar dan meletakkan papan tanda yang lebih jelas supaya orang ramai sedar kewujudan bangunan sementara itu.

Pada September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baru Pusat Penjaja Ampangan bernilai RM8.9 juta.

Kerja-kerja pembinaan Kompleks Medan Selera Ampangan yang didirikan di atas tapak berkeluasan 2.2 hektar itu dijangka siap pada April 2014.

Bangunan yang berkonsepkan Istana Lama Seri Menanti itu bakal menempatkan 60 buah lot kedai dengan kemudahan 600 tempat duduk berbanding bangunan lama yang menempatkan 40 gerai dan kurang daripada 500 tempat duduk.


Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd

KHOBAR ORANG NOGORI: Kemajuan <b>Bahau</b> atas usaha BN

Posted: 26 Mar 2013 04:03 PM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Pembangunan di Bahau, Negeri Sembilan terus berkembang pesat kerana mendapat bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional. - utusan/SAJIDA ASARULAH KHAN

JEMPOL 25 Mac - Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membantu meningkatkan pembangunan di kawasan pembangkang demi memastikan rakyat di kawasan tersebut tidak tersisih.
Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin (gambar) berkata, walaupun Bahau dikuasai oleh DAP, BN mahu kawasan tersebut terus maju dan tidak tercicir dari pelbagai aspek.
''Rakyat perlu sedar bahawa pembangunan dan kemudahan yang mereka peroleh di Bahau bukan datang daripada pihak pembangkang.
''Kita tidak mahu rakyat tertipu apabila melihat Bahau semakin maju di bawah DAP. Memang Bahau semakin maju, tetapi atas usaha kerajaan BN. Semua peruntukan datang daripada kerajaan negeri mahupun Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambahnya, kegagalan DAP Bahau menyelesaikan masalah rakyat telah membuka ruang kepada BN untuk memenangi kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau dalam pilihan raya umum akan datang.
''Ada sebahagian masyarakat di Bahau telah melahirkan rasa tidak puas hati apabila banyak masalah tidak diselesaikan di bawah kepimpinan DAP.
''Rakyat sendiri sudah boleh menilai masa depan mereka jika DAP terus menjadi pemimpin di kawasan mereka. Kita juga pasti mereka tidak akan menggadaikan masa depan kawasan mereka dengan cara memberi peluang kepada DAP untuk terus menguasai Bahau,'' katanya.
Lilah menjelaskan, pihaknya yakin Bahau boleh menjadi milik BN khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
''Selain pengundi Cina yang merupakan majoriti penduduk di Bahau, 70 peratus masyarakat India di Bahau kini menyokong kerajaan," katanya.
Beliau menjelaskan, BN telah menyediakan beberapa cara untuk memenangi hati rakyat malah parti itu telah lama bersiap sedia untuk berjuang dalam pilihan raya umum ini.
''Selain stesen kereta api yang bakal berwajah baru, kerajaan juga telah membina lampu limpah di padang Bahau dengan kos dianggarkan bernilai RM500,000. Kini rakyat tidak perlu risau jika mahu menggunakan padang di waktu malam kerana kita telah mengatasi masalah tersebut.
''Selain itu Majlis Daerah Jempol (MDJL) sedang membina premis perniagaan di pekan ini dengan kos RM200,000. Premis lima pintu ini terletak di tepi jalan utama dan mempunyai kemudahan tandas bagi setiap unit kedai," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads