Khamis, 14 Mac 2013

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


nasharuddin mat isa bakal bertanding <b>di rembau</b>?... - The Flying Kick

Posted: 03 Feb 2013 10:10 PM PST


Angin takdak ribut takdak, tetiba muncul berita yang Nasharuddin Mat Isa akan bertanding di mana-mana salah satu kerusi di Parlimen Rembau. Semuanya kerana Nasharuddin Mat Isa telah digugurkan daripada pencalonan PAS di Bachok setelah Nik Abdul Aziz menzahirkan kebenciannya kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Nasharuddin Mat Isa telah ditawarkan untuk bertanding sama ada di Kerusi Parlimen Rembau atau DUN Kota.

Parlimen Rembau mengandungi empat DUN iaitu Chembong, Paroi, Rantau dan Kota. Parlimen Rembau dimenangi oleh Khairy Jamaluddin  Abu Bakar (BN) dengan majoriti 5,746 walaupun pada tahun 2004, calon BN, Firdaus Mohammad Rom telah menang kerusi tersebut dengan majoriti 18,656. Paroi pula dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,104 berbanding tahun 2004 yang dimenangi calon BN dengan majoriti 4,107. DUN Chembong dimenangi oleh calon BN dengan majoriti yang telah dikurangkan. Begitu juga dengan DUN Rantau yang diwakili oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, walaupun berjaya dikekalkan tetapi majoritinya juga telah berkurangan. DUN Kota juga mengalami nasib yang sama, BN menang tetapi majoriti kurang.

Walaupun dikatakan Nasharuddin Mat Isa tidak mempunyai sokongan akar umbi di Negeri Sembilan, bahkan ramai yang tidak tahu bahawa Nasharuddin Mat Isa sebenarnya anak jati Rembau, penerimaan terhadap Nasharuddin Mat Isa agak baik. Apatah lagi di kawasan yang masih mengekalkan Adat Perpatih di mana nasab sebelah ibu diambil kira berbanding nasab dari sebelah bapa, Nasharuddin Mat Isa dikatakan jauh lebih layak untuk mewakili rakyat di kawasan terbabit, apatah lagi kampung ibunya terletak di Air Melintang yang terletak dalam DUN Kota.

Ibu Nasharuddin Mat Isa adalah dari Suku Sri Melenggang iaitu salah suku Melayu Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, terdapat juga puak-puak PAS yang tidak senang dengan ura-ura tersebut dan menyatakan Nasharuddin lebih baik menjadi Timbalan Presiden JATI iaitu sebuah pertubuhan yang dipresidenkan oleh Hasan Ali, seorang lagi pemimpin buangan PAS. Kata mereka, selepas Majlis Syura Ulama PAS mencampak Nasharuddin Mat Isa, maka bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak layak sama sekali untuk dicalonkan kerana dianggap turut tercampak keluar dari PAS.

Sama ada Nasharuddin akan dicalonkan atau tidak di Rembau, yang pastinya akan ada orang yang cukup sakit hati... tak kiralah sama ada orang berkenaan dari UMNO, apatah lagi dari PAS Rembau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads