Khamis, 14 Mac 2013

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: TRAGEDI LAHAD DATU SIAPA DALANG

Posted: 05 Mar 2013 01:30 AM PST


Hari ini 5hb March 2013. Jet pejuang Angkatan Tentera Malaysia menjatuh kan bom di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah, lebih kurang pukul 7 pagi ini. Pada  saat aku menulis ini pukul 12.38 tengah hari pertempuran masih berlaku di kawasan itu. Sudah hampir 5 jam pasukan keselamatan dan pihak penceroboh bertempur, aku tak dapat membayangkan  keadaan di sana, pasti sengit dan mengerikan.
   Setakat ini dari khabar semalam dari penceritaan dari mulut ke mulut, pihak keselamatan telah kehilangan 8 orang secara rasmi atau 10 orang anggota dari khabar angin dan tah berapa ramai yang cedera tidak pasti, kehilangan pada pihak penceroboh tidak di ketahui, namun begitu dari media elektronik, blog dan sebagai nya di ketahui telah 60 nyawa semua sekali menjadi korban.
   Tragedi ini sangat mengharukan, tiada apa yang dapat aku nukil kan hanyalah kesedihan, sejak dari mula krisis ini berlaku, aku memang berharapkan yang baik baik saja penyelesaiannya, jangan lah ada pertempuran, jangan lah ada tumpah darah, tetapi tiada yang dapat melawan takdir, ini memang suratan nya.
   Ada yang mengatakan ini konspirasi parti pemerintah, ada yang kata ini angkara ketua pembangkang, ada yang fikir ini rancangan dari kerajaan Filipina, ada yang ingat ini dari hasutan Amerika, CIA, Mosard dan macam macam lagi.
   Itu di pihak sebelah penceroboh, disebelah sini pula bagaimana?. Siapa 'Tok Dalang' dalam wayang kulit versi peperangan ini. Tak payah lah kita pening kepala memikirkan benda benda sebegitu, semua telah berlaku dan kemungkinan akan bersangkut sangkutan dan merebak dan mungkin berlarutan berpanjangan, harap tidak lah sampai begitu sekali, jauhkan lah dan sama sama berdoa semoga tragedi ini berakhir secepat mungkin.
   Apa yang aku musykil kan tentang krisis ini ialah keselamatan kita rakyat Malaysia, keselamatan anak bini kita, harta benda kita. Kemana perginya angkatan keselamatan kita sebelum krisis ini terjadi, tiada siapa kah yang menjaga sempadan negara kita hingga penceroboh boleh masuk beramai ramai dengan memikul senjata lagi. Mana pergi nya anggota keselamatan yang begitu ramai, adakah kita selama ini membazir kan wang kutipan cukai untuk membayar gaji gaji mereka. Kemana pergi nya peralatan yang begitu canggih, dengan kapal peronda marintin, bot bot laju yang serba baru, kapal selam berbilion dollar, jet jet pejuang silih berganti setiap kali adanya 'LIMA' di Langkawi, satelit yang berbagai nama di angkasa raya, mana pergi nya semua tu.
   Andai di di tangani lebih awal, dihalang kemasukan mereka dari awal lagi, pasti krisis ini tidak akan berlaku, ini yang menjadi tanda tanya kepada ramai rakyat Malaysia sekarang ini, tapi apa kan daya semua telah berlaku.
   Pada pendapat aku seorang rakyat yang marhaen ini, beberapa tindakan perlu di laksanakan, sebahagian dari Menteri dalam kabinet sekarang ini perlu bertanggung jawab, mereka perlu meletakan jawatan mereka seberapa segera, beberapa pegawai tertinggi dalam angkatan keselamatan perlu bersara awal. Mereka mereka ini tidak menjalankan tugas dengan sepenuh hati, mereka lebih berlalai lalai dari menjalan kan tugas, tidak berfungsi seperti sepatutnya. Sebagai majikan kepada meraka ini yang membayar berbagai bagai cukai setiap tahun dan setiap hari, kita perlu mencari penjawat jawatan yang lebih komitmen, yang lebih dedikasi, yang lebih berinisatif, pro aktif, yang mampu berfungsi sebagai pegawal keselamatan kita yang tinggal dalam negara ini, yang mampu mengekang pihak pihak luar bertindak lebih awal, yang mampu membendung gejala gejala subversif dari mengancam dan merebak hingga membahayakan keselamatan kita rakyat jelata.
   Aku tahu dan pasti angkatan keselamatan kita adalah yang terhebat dalam dunia ini, individu individu dalam angkatan keselamatan kita adalah mereka yang gagah berani, sanggup berkorban demi nusa dan bangsa, tetapi yang menjadi onar dalam pasukan ini adalah pentadbiran, pentadbiran yang tidak cekap, pentadbiran tidak tangkas, lambat bertindak, berlalai lalai, ini yang perlu di perbetulkan.
   Ada beberapa majlis keagamaan telah di atur, orang ramai di jemput untuk hadir beramai ramai, beribadat dan berdoa untuk pejuang pejuang negara yang telah gugur di medan juang dan untuk pejuang pejuang yang sedang berjuang, bagus lah untuk nusa dan bangsa, tetapi kita perlu ingat.
   Pemimpin kita memang tidak perlu dan mungkin tidak boleh langsung mengingatkan kepada semua rakyat jelata bahawa yang kita perangi ini adalah saudara kita sendiri demi atas nama  keselamatan negara dan bangsa. Keadaan ini seumpama rumah kita yang sedang diceroboh, tak kira orang tu se agama dengan kita atau tidak, penceroboh tetap penceroboh, perlu kita perjuangkan untuk mengusir nya demi keselamatan keluarga dan harta benda kita, hatta perlu kita bertumpah darah sekali pun.
   Tak perlu lah lagi kita berbangga bangga menjadi wira bila pulang dari 'Gaza', konon nya membantu saudara seagama berjuang menentang kezaliman tentera 'zionis' tapi sebenarnya kita sedang membunuh saudara seagama kita disini. Dari sini faham lah kita kenapa kita umat Islam tidak pernah aman setelah betahun tahun merdeka, faham lah kita kenapa orang orang Arab berbunuh bunuhan sesama mereka. Mulai dari ini tidak payah lah lagi kita menunding jari ke timur tengah, menuduh bangsa Arab masih jahiliah, keras kepala, bangsa bodoh dan sebagainya, kita disini sama saja.
   Akhir kata, mari lah kita sama sama berdoa semuga tragedi ini cepat berakhir, semoga kita boleh hidup dengan aman dan damai, semoga kita boleh menghubung kembali siratulrahim yang telah tercemar, semoga kita boleh saling bantu membantu sesama kita, semoga darah yang tertumpah tidak menjadi najis yang tercemar tetapi menjadi kasturi yang segar mewangi, menjadi penawar duka dan lara, menjadi jambatan penyambung warisan.
Sekian, Ikhlas dari 'Juasseh Cafe'.

<b>Juasseh</b> Cafe: ALCOHOL. AKU REMAJA BERSAMNYA

Posted: 14 Mar 2013 06:18 PM PDT


   Masa berlalu, kini aku meningkat remaja, suatu ketika aku tengok kawan aku memakai 'spray' pewangi ketiak, aku pun ingin memiliki dan memakai benda itu, aku pun membeli nya di kedai. Aku tanpa ragu ragu, bukan saja 'spray' di ketiak tapi kebadan aku juga, aku seronok dengan benda baru ni, sekurang kurangnya aku merasa yakin bila berada dekat dengan budak perempuan. Dalam pada itu seorang kawan memberitahu aku 'spray' itu ada 'Alcohol' tak boleh bawak sembahyang, aku pun hairan, "Alcohol tu dari arak, arak tu haram, najis", kawan tu menjelaskan, disini lah polemik tentang 'Alcohol' bermula dalam hidup ku. Aku tak ambik pot pun, aku tengok kawan kawan lain selamba je pakai, lagi pun aku memang jarang sembahyang.
   Masa terus berlalu,Kini keremajaan ku telah di ambang kedewasaan, aku pun sudah habis belajar dan mula bekerja. Kini tiba lah masa untuk aku berpacaran, kalau nak ngorat perempuan penampilan kena jaga, satu yang paling penting, badan jangan bau busuk. Untuk mendapatkan personaliti yang menyakin kan, aku pun membeli 'spray perfume' yang harga beberapa puluh atau pun belas ringit sahaja di 'supermarket'. Aku pun pakai lah 'perfume' tu, spray merata badan aku, aku tak ragu ragu langsung pasal aku bukan nak pegi sembahyang.
   suatu ketika hidayah menghampiri aku, aku merasa insaf pulak, aku nak menunaikan kewajiban aku, aku nak sembahyang tetapi aku teringat yang aku ni tadi sembur 'perfume' kat badan aku, alamak! Najis, tak sah sembahyang aku karang ni. Keraguan mula menghantui aku.
   Suatu ketika seorang kawan aku datang mempromosi barang jualannya, dia menjual 'perfume' yang mengandungi 'alcohol' tetapi dengan penuh yakin dia menerangkan bahawa 'alcohol' itu tidak haram dan tidak najis, dia membawa keratan dari sebuah akhbar yang menerangkan tentang 'fatwa' alcohol dari seorang ulamak tersohor. Aku merasa yakin dan terus membeli sebotol 'perfume' ber alcohol dari kawan aku itu kemudian aku terus memakai nya kemana saja aku pergi, samada ber'dating' atau pun bertandang kemasjid, aku tidak ragu ragu lagi.
   Tetapi dalam pada itu, masih lagi aku terdengar tentang fatwa haram 'alcohol' dari rakan rakan lain, aku tak ambik pusing, aku terus berkeyakinan. Walau macam mana yakin nya aku pada fatwa halal alcohol itu tetap ada keraguan di dalam hati aku apabila sering saja aku terdengar tentang haramnya alcohol itu, tetapi aku tetap menyakin kan diri aku bahawa 'alcohol' itu bukan najis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads