Khamis, 14 Mac 2013

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


0 Penyanyi Aishah Akan Bertanding <b>Di</b> Parlimen <b>Jempol</b> PRU 13?

Posted: 14 Feb 2013 07:48 PM PST


KUALA LUMPUR, 15 FEB 2013: Pelantun lagu Janji Manismu, Aishah pernah mengejutkan peminatnya tahun lalu apabila gambar dia melibatkan diri dengan kempen Bersih 2.0 tersebar luas di internet.

Kini, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Arifin, 48, diberitahu bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU13). Bagaimanapun, menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Aishah menyifatkan perkara tersebut hanya spekulasi daripada pihak tertentu saja.

Maklum balas tersebut dinyatakan Aishah sebaik saja ada sumber memaklumkan bahawa penyanyi berkenaan bakal menjadi artis pertama negara bergelar Yang Berhormat (YB) berikutan dia akan diletakkan bertanding dalam PRU13.

Dalam pada itu, penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, beliau hanya menyedari perkara itu hangat diperkatakan tatkala tarikh menjelang PRU yang semakin hampir.

"Setakat ini, saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan ia hanyalah khabar angin. Lebih baik tunggu Parlimen dibubarkan dulu, barulah boleh ada kata putusnya.

"Saya tidak pernah mengharapkan bergelar calon sebaliknya menyedari timbulnya cakap-cakap orang mengenai penamaan berkenaan.

"Sebelum ini ramai yang bercakap mengenai perkara ini, tetapi tidak tahulah, tunggu dan lihat saja," ujarnya.

Menjawab persoalan sama ada dia berminat untuk bertanding seandainya diberi peluang, Aishah akan memikirkannya terlebih dahulu kerana tanggungjawab memimpin adalah sesuatu yang sukar.

"Kalau ada peluang, saya akan berfikir tindakan selanjutnya. Kena Solat Istiqarah dan kena tahu sama ada masyarakat akan menerima atau sebaliknya," jelasnya.

Sementara itu, Aishah yang telah di masukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu akibat demam panas meminta artis yang telah berhijrah tidak menghentam individu lain sebaliknya istiqamah dalam menambah ilmu.

Sumber: Murai.com.my

IKLAN TEKS: Ingin menyertai produk Etiqa Takaful serendah RM70? Sekitar Kuala Pilah. Telefon 0123280345 untuk temujanji. Jangan pandang remeh pada sesuatu yang anda rasa tidak perlu sekarang. Suatu hari nanti pasti anda terasa menyesal. Yang anda rasa tidak perlu ini sebenarnya yang akan memberikan sesuatu yang terbaik kala kesempitan.

pistol nakal: BUKTI Kezaliman UMNO <b>Di Jempol</b>!!!

Posted: 22 Nov 2012 11:52 AM PST

Cek ini (gambar di bawah) tertera nama ABDUL RAHMAN BIN RAMLI 601104-0505123 berjumlah FIVE THOUSAND ONLY (LIMA RIBU SAHAJA) iaitu RM 5000.00 Siapa ABDUL RAHMAN BIN RAMLI yang memegang kad pengenalan 601104-0505123??? Apa kaitan kezaliman UMNO berdasarkan tajuk di atas??? [MARI BACA DI SINI]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads