Isnin, 10 September 2012

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


MB memeriahkan Rumah Terbuka ADUN <b>Serting</b> dan ADUN - N9 Kini

Posted: 26 Aug 2012 05:19 AM PDT

JEMPOL, 26 Ogos – Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar hadir di Majlis Rumah Terbuka DUN Serting yang dianjurkan oleh Dato' Shamsulkahar Hj Mohd Deli, petang tadi.

Beliau tiba pada pukul 2:30 petang dan disambut oleh Dato' Shamsulkahar Hj Mohd Deli dan barisan ahli jawatankuasa UMNO, MCA, MIC, Gerakan DUN Kawasan Serting.

Majlis Rumah Terbuka ADUN Serting, YB Dato' Shamsulkahar Hj Mohd Deli di adakan di Dewan Kompleks Rakan Muda, Serting Jempol bermula pukul 11:00 pagi sehingga jam 3:00 petang.

Turut hadir, Dato' Khalid Yunus, Bekas Ahli Parlimen Jempol, Dato' Mohd Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Dato' Zainal Abidin, ADUN Kawasan Lui, Dato' Hj Zainab Nasir, ADUN Kawasan Gemas juga Dato' Hasim Rusdi, ADUN Kawasan Labu, Dato' Mohamad Razi Hj Kail, ADUN Kawasan Juasseh dan Dato' Ismail Lasim, ADUN Kawasan Senaling.

Di kawasan DUN Kawasan Pertang, krew bertugas n9kini.com pula melaporkan, Rumah terbuka Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pertang, Dato' Razak Bin Mansor meriah dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Mansor, hari ini.

Walaupun majlis rumah tebuka ini bermula 3 petang, tapi penduduk mula memenuhi ruang khemah jam 2 petang lagi. Selain penduduk sekeliling, rakan- rakan beliau juga hadir sama menyerikan lagi majlis.

Menteri Besar Negeri Sembilan hadir pada pukul 4 petang sempat beramah mesra bersama-sama penduduk-penduduk sebelum menjamu selera. Selepas itu, beliau meluangkan masa bergambar dengan hadirin yang ada.

Hadir sama menyerikan suasana, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Mat Ali Bin Hassan dan isteri dan Menteri Komunikasi, Penerangan Dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim serta ahli-ahli komponen Barisan Nasional.

Hadirin dihidang dengan makanan tradisional dan moden seperti lemang, rendang, sate, meehoon, mee, dan kuey tiew. Majlis bermula 3 petang hingga 5 petang.

Lokasi Jempol : Dudi Aziz

Lokasi Simpang Pertang : Siti

Suara Generasi Baru » Majlis Rumah Terbuka Syawal Adun <b>Serting</b> <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 12:36 AM PDT

BANDAR BARU JEMPOL – Bersempena dengan bulan Syawal, pelbagai pihak telah melaksanakan rumah terbuka termasuk yang terbaru, Adun Kawasan Serting, YB Dato' Shamsulkahar bin Hj Mohd Deli merangkap ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan telah meraikan penduduk di Dun Serting dengan pelbagai juadah yang pasti membuka selera.

Rakyat yang hadir tidak mengira kaum dan juga umur, sama-sama telah datang untuk meraikan hari raya bersama wakil rakyat kawasan mereka yang memang terkenal dengan keramahan dan keprihatinan terhadap rakyat.

Turut kelihatan bersama dalam rumah terbuka YB Shamsulkahar adalah kenalan dan sahabat handai daripada parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan juga MIC yang sama-sama hadir untuk memeriahkan suasana. Wakil rakyat kawasan-kawasan lain juga turut kelihatan seperti Dato' Hasim Rusdi, Adun Kawasan Labu, Dato' Ismail Lasim dan ramai lagi.

Antara keistimewaan jamuan pada hari tersebut adalah lauk pauk utama telah disediakan secara bergotong royong penduduk setempat. Suasana mesra dan harmoni jelas kelihatan sejak dari malam sebelumnya lagi dengan kehadiran ramai belia-belia setempat turun membantu untuk menyediakan persiapan makanan termasuk persiapan dewan.

Pengunjung-pengunjung juga turut dihiburkan dengan nyanyian daripada artis tempatan dan alunan muzik tradisional daripada awal program sehingga selesai. Ramai yang memuji kualiti persembahan dan sistem bunyi yang mana ia dikendalikan oleh pemuzik-pemuzik tempatan.

Salah seorang pengunjung yang ditemui, menyatakan bahawa beliau dan keluarga saban tahun pasti akan menghadiri jamuan hari raya yang dianjurkan oleh YB Dato' kerana beliau amat mengkagumi kepimpinan yang ditunjukkan oleh YB Dato' terhadap permasalahan penduduk setempat. Beliau juga mengharapkan agar YB Dato' dapat dikekalkan untuk memimpin Dun Serting pada pilihanraya yang akan datang kerana banyak perubahan yang telah dibawa oleh YB Dato' kepada Dun Serting.

Seorang lagi pengunjung yang lebih dikenali sebagai Tok Jampi oleh penduduk setempat, menyatakan, beliau dan belia-belia dalam Dun Serting amat selesa bekerjasama dengan YB Dato' kerana beliau amat memahami kehendak dan suara belia di kawasan Dun Serting. Pelbagai aktiviti belia mendapat sokongan penuh YB Dato' dan sering menghadiri program-program yang dianjurkan oleh belia-belia Dun Serting.



40 Ahli Umno <b>Serting</b> Llir <b>Di</b> Jempol Sertai PAS ~ IdaMan

Posted: 19 Jun 2012 05:03 AM PDT

JEMPOL: Umno Cawangan Kampung Serting Ilir di Jempol, semakin tempang apabila seramai 40 ahli Umno cawangan tersebut mengucapkan "selamat tinggal" kepada Umno di dalam satu majlis ceramah khas yang diadakan di Batu 36 1/2, Kampung Serting Ilir, berhampiran Jalan Bahau.
Di dalam majlis yang diketuai Faizal Wahab itu, seramai 40 bekas ahli Umno itu menyerahkan borang keahlian PAS kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol, Abdul Rahman Ramli.
Justeru, sebuah cawangan PAS di Kampung Serting Ilir ditubuhkan dan diketuai oleh Faizal sendiri.
"Malam ini adalah malam bersejarah buat PAS Jempol apabila buat kali pertama kita berjaya memecahkan kubu kuat Umno 40 ahli Umno Serting Ilir sertai PASdi Kampung Serting Ilir yang mempunyai lebih 1,500 pengundi berdaftar.
"Malah inilah kali pertama sebuah ceramah anjuran PAS atau Pakatan Rakyat diadakan. Saya yakin ini petanda bahawa pengaruh Umno di Jempol akan ditamatkan oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," kata Abdul Rahman di hadapan lebih 300 hadirin.
Turut hadir dan menyampaikan ceramah ialah Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Azraie Omar; Ketua Penerangan, Ustaz Norazman Mohamad, Ketua Pemuda PAS Jempol, Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa dan Naib Yang Dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli.

http://pas.org.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads