05 di linggi - Google Blog Search |
Sejarah Kampung Relong - Dato <b>Linggi</b> - Perbadanan <b>...</b> Posted: 14 Aug 2012 05:55 PM PDT Asal usul Kampung Relong menurut fakta sejarah dan salasilah yang ditinggalkan oleh datuk-nenek moyang menunjukkan bahawa nama kampung Relong diberikan oleh seorang yang bernama Tok Linggi pada tahun 1790. Tok Linggi berasal dari Kampung Bukit Meninjau,Sumatera Barat Indonesia. Sejarah kedatangan Tok Linggi ke kampung ini bermula dimana beliau bersama lima orang adik-beradik telah datang ke Tanah Melayu di mana destinasi pertamanya ialah Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan, adik-beradik ini telah berpecah dengan merantau dimana seorang daripadanya ke Negeri Perak. Seorang ke Negeri Johor, dan seorang lagi ke Negeri Selangor. Manakala Tok Linggi dan bersama seorang adiknya meneruskan perjalanan mereka dengan berjalan kaki ke Negeri Inderapura (Pahang) hingga sampai ke tempat yang dinamakan Semantan di Daerah Temerloh. Tok Linggi meninggalkan adiknya di Semantan, sementara beliau bersama 80 oarang pengikutnya meneruskan perjalanan dengan menggunakan perahu, mudik ke hulu Sungai Pahang dan Sungai Jelai dengan dibantu oleh seorang pedagang. Tok Linggi bersama rombongan yang pertama telah sampai ke satu tebing sungai berpasir yang landai dan cantik serta banyak ikan sia datang bermain-main. Beliau telah menamakan tempat tersebut dengan nama Pasir Sia. Selepas itu mereka meneruskan perjalanan dan mendarat di Kampung Beralas dan Kampung Perlak. Mereka meneruskan perjalanan di darat dan berehat di sebuah tanah lapang yang menyerupai sebuah padang. Tok Linggi telah menamakan tempat tersebut sebagai nama Padang Tunggu, kerana di tempat tersebut mereka berehat menunggu rombongan kedua sampai. Kini tempat tersebut dinamakan Padang Tengku. Tok Linggi bersama rombongan pertama dan kedua seramai 80 orang telah meneruskan perjalanan hingga ke sebuah tempat yang bernama Sungai Damar. Tok Linggi dan rombongan meneruskan lagi perjalanan mereka sehinggalah sampai ke sebuah bukit yang tinggi. Dari atas bukit tersebut beliau telah melihat permandangan alam semulajadi yang indah serta bentuk di kawasan tersebut seolah-olah seperti sebuah kawah yang merelong. Bukit tersebut dinamakan Bukit Peninjau dan kawasan yang dilihatnya indah dan cantik itu dinamakan Kampung Relong. Tok Linggi dan rombongannya terus menjadikan Kampung Relong sebagai tempat kediaman, dimana tempat pertama beliau menetap adalah di kawasan yang dinamakan Binjai, dan kemudian beliau berpindah pula ke satu kawasan baru yang dikenali sebagai Kuala Teha dan akhirnya di Kuala Relong. Tok Linggi menetap di Kuala Relong dan meninggal dunia di Kuala Relong dan dikebumikan di sebuah kawasan di tepi Sungai Teris di antara Kuala Teha dan Kuala Relong. Tempat tersebut dinamakan Makam Pusara Tok Linggi hingga ke hari ini dan ia merupakan salah satu tempat bersejarah di Kampung Relong. Tok Linggi atau nama sebenarnya Raja Ahmad telah berkahwin dengan seorang perempuan tempatan di tempat yang bernama Lubuk Yong dan meninggalkan zuriat yang disebut sebagai keturunan Tok Linggi hingga ke hari ini. Tok Linggi telah menamakan beberapa tempat diantaranya ialah Pasir Sia, Perlak, Beralas, Bukit Penijau, Binjai, Relong, Kuala Teha, Kuala Relong, Sawa dan Geta dengan mengambil nama sempena nama-nama tempat yang terdapat di Sumatera Barat dan Bukit Peninjau juga merupakan tempat asal beliau. Dato'Linggi merupakan orang yang telah membuka perkampungan di Kampung Relong sekitar tahun 1795. Sehingga ke hari ini tidak banyak yang diketahui mengenai Dato' Linggi dan asal usulnya. Yang mana asalnya seorang Sultan Kerajaan Johor-Riau kemudiannya menjadi rakyat biasa. Hampir sebahagian besar daripada penduduk di Kampung Relong kini dan sebahagiannya di kampung berdekatan seperti kampung Berchang, Kampung keledek dan Kampung Lubuk Kulit ialah generasi Tok Linggi. Namun begitu,sekiranya kita bertanyakan mereka berkenaan dengan teremba mereka,pastinya jawapan mereka ialah ketidakpastian dengan keturunan mereka daripada anak Tok Linggi yang keberapa atau mereka sendiri dari keturunan mana. Teremba atau juga dikenali sebagai teromba merupakan 2 perkataan yang membawa makna yang sama. Terdapat banyak pengertian teremba atau teromba. Ada yang menyatakan bahawa teromba sebagai perbilangan adat, undang-undang yang tetap dan kata-kata adapt Teremba atau Teromba dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo dan salasilah. Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan peraturan, nilai, adapt dan hokum-hukum hidup bermasyarakat. Manakala Kamus Dewan Edisi ke-4 memberi makna teremba sebagai salasilah atau susur galur keluarga atau family tree. Pada era globalisasi yang semakin menghakis nilai kekeluargaan ini, kepentingan teremba ini semakin disedari oleh sebahagian besar masyarakat yang masih lagi menghargai nilai kekeluargaan ini. Oleh sebab itulah, keturunan Dato'Linggi yang sebahagian besarnya berada di Kampung Relong, Kuala Lipis Pahang semakin membuka mata mereka untuk menjejak kasih dengan mengenali teremba Dato'Linggi ini memandangkan pentingnya kita mengenali asal usul kita dan perlunya kita mengenali keluarga kita serta insan yang mempunyai pertalian darah dengan kita untuk merapatkan ukhwah dan silaturahimSEJARAH DATO'LINGGI BERDASARKAN KOLEKSI CERITA-CERITA LISAN KETURUNAN DATO'LINGGI YANG MENETAP DI KAMPUNG RELONG 1. Dato'Linggi nama asalnya Dato' Ahmad juga dikenali sebagai Lihi, Licu, Baginda Lingga Links: |
Gangguan kualiti air disebabkan penurunan kualiti air mentah <b>di</b> <b>...</b> Posted: 29 Aug 2012 02:53 AM PDT SEREMBAN- Gangguan kualiti air yang dilaporkan di beberapa kawasan di daerah Port Dickson, Rembau dan Rantau didapati berpunca daripada penurunan kualiti air mentah di Sungai Linggi. Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata bermula awal bulan ini, kadar kandungan ammonia, iron dan manganese pada air mentah di sungai tersebut meningkat melebihi spesifikasi parameter piawaian air mentah biasa. "Penurunan kualiti air mentah di sungai tersebut menyebabkan kualiti bekalan air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air Sungai Linggi terjejas. Kandungan ammonia dan manganese ini adalah antara punca aduan air berbau yang dilaporkan oleh pelanggan di kawasan terbabit," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata Sains mengambil tindakan untuk meningkatkan kualiti air di loji berkenaan, termasuk menambah pengudaraan air mentah untuk mengurangkan kadar iron dan manganese. Langkah lain ialah meningkatkan pengedosan 'hydrated lime', mengaktifkan pengedosan 'activated carbon' bagi mengurangkan bau serta menjalankan pencucian kolam mendapan dan penapis dengan lebih kerap. Azlan berkata pihaknya telah dan sedang melaksanakan pencucian paip 'scouring' dan kolam simpanan air di kawasan terbabit. "Tindakan ini akan terus diambil sehingga kualiti air mentah di Sungai Linggi kembali pulih ke tahap yang asal," katanya. Beliau memohon semua pihak supaya menyumbang terhadap pemeliharaan sungai utama di negeri ini yang menjadi sumber untuk rawatan air, terutamanya Sungai Linggi untuk mengelak gangguan seperti ini daripada berulang. Sumber: Bernama Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini! |
You are subscribed to email updates from di linggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan