Isnin, 10 September 2012

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Mekchu Situ Sana Sini: Raya kedua <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 26 Aug 2012 10:07 PM PDT

Petang raya pertama dah sampai pilah sampai lah raya ke-4 kat sana..
Memang mengikut kebiasaan tahun2 sebelum, raya ke-2 adalah untuk beraya di rumah keluarga di sekitar kuala pilah.. dokek2 yoo..
Baju raya ke-2 adalah recycle sajork.. Rambut pun main ikat pony tail je.. dah tau konpem panassssss dan rimasssss...
 baju ni nama dia baju cik abang sayang sbb memang kena mntak tlg papa-jit ikat kan reben.. tangan tidak kesampaian.. baju lain buleh je ikat sendiri.. 
Lepas tu kan.. lepas tu kan.. mekchu dapat duit raya.. hohoho sbnarnya dari malam raya dah tunggu sbb masuk kan duit raya sama2.. pas tu seharian raya pertama tunggu tak dpt2 jugak.. akhirnya pagi raya ke-2 baru sah dpt duit raya.. 

on my bended knee nak sambut duit raya.. nak dapat duit raya tebal lah katakan... dalam sampul tu ada berkeping-keping-keping.. sukeeeeee :) tp muka kerek papa-jit tak bleh blah.. 

10 minit dah sampai rumah pertama..
ohh penat iron baju, sampai2 dah kedut.. 
 mood abg long yang belum berapa nak ok lagi..

time makan mmg sekali jemput je mekchu dah sampai.. tak payah tuan rumah nak ulang2 suara menjemput makan.. 
Pegang kata2 doktor "raya nanti kena makan banyak2 tau".. baekkkkkk!!!!!

Lepas makan, bergambar sekejap sebelum gerak ke rumah ke-2 kat depan2 tu aje..
seriau tengok dia pegang camera tu.. kita nak tolong tak kasik.. mama tak sanggup ok kalau kena guna duit raya mama buat repair camera..

sorang teleng kiri, sorang kanan... 

Di rumah ke-2. Tuan rumah seru je perkataan makan, terus dah ada depan meja makan..
makan nasik lauk gulai ayam cili api.. terbaek wokkk!!

 tudung nenek pilah yg dah tak keruan.. hahahaha inner dalam dah dicabut ehh sbb panass.. 

so suweeeet 2 beranak ni.. 

 ehhh kami pun suweet jugak apa.. hahahaha.. 

Pagi tu masa tgh bersiap-siap, lama mi-cah tenung baju papa dia..

"papa, baju apa papa pakai tu?"
"baju raya papa lah"
"eeeee... buruknya..."

hahahahaha.. dia pun pelik dgn taste papa dia.. nak buat macam mana mi.. taste papa ngko masih macam orang muda..

tapi bila part bergambar, dia pelik dengan mama dia pulak.. kata soh wat peace, tapi kenapa kat mata?

Ok, selesai rumah ke-2... moh kita gerak rumah no-3 pulak..
tiada apa yang lebih best selain dari makan, makan dan makan... 

Cukup 3 rumah.. itu pun dah penat sbb cuaca panas membahang.. petang tu hujan lebat kan.. kat rumah korang hujan tak?
bukti orang yg paling penat beraya.. dahsyattttt...

Harap berat dah bertambah dan HB pun dah naik.. itu objektif raya tahun ni..

MAT SABU DIBUANG DAERAH <b>DI KUALA PILAH</b>!!!

Posted: 27 Aug 2012 05:36 PM PDT

Mat Sabu mendakwa Tun Ghafar akan menyertai Pas sekiranya Allahyarham masih hidup sama seperti yang dilakukan oleh anak Allahyarham, Tamrin.

Percaya kepada qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman. Takdir baik dan buruk seseorang hamba Allah samada di dalam soal jodoh, pertemuan, rezeki dan maut akan terhenti sebaik sahaja hamba Allah itu menemui ajal.

Manusia yang hidupnya "berkalau-kalau" adalah manusia yang tidak beriman dengan rukun iman. Manusia yang sentiasa "berkalau-kalau", juga adalah manusia yang tidak mahu menerima kenyataan hidup. Manusia jenis ini mahu supaya Allah menentukan takdir seseorang mengikut citarasa dan selera mereka.

Ketetapan buat Allahyarham Ghafar Baba sudah ditakdirkan meninggal dunia sebagai seorang Islam. Sudah ditakdirkan allahyarham meninggal sebagai ahli UMNO. Sudah ditakdirkan allahyarham hanya menjawat jawatan sehingga tahap TPM sahaja. Sudah ditakdirkan juga allahyarham gagal menjawat jawatan PM disebabkan "kena kencing" dek Anwar Ibrahim. Sudah ditakdirkan juga allahyarham menjadi mangsa politik rakus dan permainan politik wang terkotor dalam sejarah yang telah dilakukan oleh Anwar. Semua ini sudah menjadi ketetapan Allah. 

Ia tidak mungkin boleh diubah lagi. Samalah seperti ketetapan yang telah terjadi bahawa suatu masa dahulu Mat Sabu pernah didapati berkhalwat dengan isteri orang di bilik 121, Hotel Perdana. Samalah juga seperti yang telah ditakdirkan di mana negara kita pernah cuba dijadikan sebagai negara komunis oleh Chin Peng dan gerakan PKM yang dipimpinnya. Takdir juga telah menetapkan bahawa se inci bumi Malaysia pun tidak pernah dijajah oleh Komunis. 

Takdir juga telah tercatat bahawa ribuan nyawa perajurit dan rakyat yang tidak bersalah telah dibunuh oleh pengganas komunis.

Tetapi, bagi seseorang yang tidak beriman dan cuba melawan takdir, akan mencipta pelbagai "andaian" dan "kalau" untuk menolak sebarang takdir yang telah, sedang dan bakal terjadi. 

Apa yang lebih mengejutkan, "budaya melawan takdir" ini diamalkan oleh golongan yang mendakwa diri mereka berilmu, beriman dan berjuang di atas landasan Islam.

Kenapa budaya menolak takdir seperti ini boleh berlaku? 

Sudah pasti ada kesilapan atau kekurangan di dalam pegangan kepercayaan, pengakuan dan keyakinan kita kepada Allah. Juga terdapat kecelaruan dalam bab keyakinan, keikhlasan dan kejujuran kepada diri dan kepada Allah. 

Apabila pegangan keyakinan ini longgar dan celaru, maka suburlah budaya sombong, riak dan takbur di dalam diri. Bila wujud budaya sombong, riak dan takabbur, maka manusia jenis ini tidak akan terlepas dari sifat bohong, fitnah dan dusta di dalam apa juga kerja dan perbuatan yang dilakukan sepanjang hari.

Jika manusia jenis ini tergolong di dalam kategori ulamak, maka jadilah mereka ulamak yang membawa berita palsu. Jika golongan ini berada di dalam politik, maka jadilah mereka golongan politik yang sering berbohong, membuat fitnah dan menjadi pendusta.

Batang tubuh Mat Sabu sendiri boleh dijadikan bahan ekperimen bahawa apa yang saya perkatakan adalah benar belaka.

PAS Negeri Sembilan: Masalah air <b>di Kuala Pilah</b> berlarutan sejak <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 02:50 AM PDT

4 Ogos 2012
KUALA PILAH – Sejak kebelakangan ini, gangguan bekalan air yang sering berlaku di Kampung Ghalib, dekat sini, menimbulkan rasa tidak selesa segelintir penduduk terlibat terutama ketika menyambut Ramadan.
Penduduk, Khairudin Abas, 43, berkata, masalah air di kampung itu sudah berlarutan hampir beberapa tahun.
"Kampung ini sudah disediakan sebuah tangki pengepam air, tetapi masalah ketiadaan air sering sahaja berlaku.
"Meskipun tangki itu berada tidak jauh dari rumah saya, namun kami sekeluarga masih menghadapi masalah sama disebabkan tekanan air yang rendah," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Menurutnya, mereka sekeluarga pernah mengharungi kesengsaraan selama seminggu berikutan terputus bekalan air.
"Selama seminggu, saya sekeluarga terpaksa hidup dalam serba kekurangan kerana tiada bekalan air bersih. Aktiviti harian seperti memasak, membasuh baju, mandi dan sebagainya agak terbatas.
"Bagi jiran yang memiliki anak kecil, sudah pasti mereka berasa lebih sukar. Ini belum lagi Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti rumah saya nanti tiada air kerana penggunaan air meningkat secara mendadak," katanya.
Katanya, tangki tersebut sudah tidak mempunyai air berikutan tanda paras air mencecah kepada bacaan kosong.
"Saya lihat tanda aras tong tersebut berada di aras kosong, ini bermaksud tong berkenaan tiada air. Berkemungkinan pelampung air rosak atau sebagainya. Sepatutnya, proses mengepam air secara automatik bukan secara manual.
"Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat turun padang bagi melakukan pemeriksaan lanjut supaya masalah ini dapat diselesaikan segera sekali gus tidak membebankan penduduk," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Meah Rampal, 78, melahirkan rasa kecewa berikutan masalah air masih belum selesai sehingga kini.
"Setiap kali tiba Ramadan dan Syawal, air pasti tiada. Kadang-kadang anak-anak cucu juga kurang gemar balik ke sini kerana tiada air.
"Biasanya waktu kemuncak iaitu sekitar jam 6 pagi hingga malam tiada air. Bila tengah malam, barulah ada air. Esok pula, air kembali tiada hingga timbul rasa bosan kerana perlu menadah air setiap hari," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads