05 di seremban - Google Blog Search |
- 19 Kenderaan Disita Dalam Operasi JPJ <b>Di Seremban</b> | MyNewsHub
- My Life & Love: Flashback Shopping Raya <b>Di Seremban</b>
- Kakcik Seroja: Jalan-jalan ke Melaka dan singgah <b>di Seremban</b>...
19 Kenderaan Disita Dalam Operasi JPJ <b>Di Seremban</b> | MyNewsHub Posted: 24 Aug 2012 04:25 AM PDT SEREMBAN – Sebanyak empat kereta dan 15 motosikal disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi di Persiaran Senawang, di sini Khamis malam. Pengarah JPJ negeri Saiful Azzri Hamzah berkata kesemua kenderaan tersebut disita selepas didapati tiada cukai jalan, cukai jalan tamat tempoh dan pemandu atau penunggang kenderaan berkenaan tidak mempunyai lesen memandu. Katanya dalam operasi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, sebanyak 203 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Sebanyak 109 saman dikeluarkan kepada pemandu kereta manakala 94 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan seperti cukai, tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh dan kesalahan teknikal seperti memasang cermin gelap," katanya di sini semalam. Selain itu, empat pengguna jalan raya termasuk tiga warga asing turut ditahan pihak polis selepas didapati positif dadah, katanya. "Kesemua lelaki ini ditahan untuk siasatan lanjut selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu dan ganja," katanya. Saiful Azzri berkata 340 kenderaan diperiksa dalam operasi kali ini yang diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri. – BERNAMA Iklan Teks:Berita Berkaitan:No Roadblocks During Raya Exodus JPJ Kedah Keluar 67 Saman Dalam Ops Pengarah JPJ Tidak Kompromi Pemasangan Lampu Putih JPJ Perluas Program SKSJ Tahun Depan 'Ops Ambang Tahun Baru' - 734 Kenderaan Diperiksa JPJ: 2 Ditahan Positif Dadah, 26 Motosikal Disita WWW 1 Terima Bidaan Tertinggi RM520,000 JPJ Buka Tender Nombor Plat Kenderaan KDH JPJ Kesan 110 Kesan Kesalahan Jalan Raya Aidilfitri: JPJ Johor Pantau 12 Jalan Maut PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
My Life & Love: Flashback Shopping Raya <b>Di Seremban</b> Posted: 26 Aug 2012 08:00 PM PDT Boleh flashback ke? Muehehehehehe! Raya dah habisssss jom simpan semua baju raya dalam plastic. Mintak-mintak tahun depan muat nak pakai balik. Eh raya dah habis ke? Eh raya sebulan lah. Arghh banyakla ko sebulan rabak dah poket muehehehehehe! Terkenangla pulak di saat jaman poket tebal. Jaman poket tebal tu time before raya la. Eh bukan poket aii yang tebal, poket Enchek Husband aii la. Poket aii nowadays memang dah tak pernah tebal. Penuh dengan duit syiling. TING TING TING. TROLOLOLOLOL. Disebabkan raya tahun ni kami beraya di Seremban so shopping kat Serembanlah. Sakan la jugak jenjalan town Seremban. Lama dah tak meronda di sini. Masih macam dulu, tetap sama. Memula pergi Terminal One perghh meriah dengan lagu dan koleksi baju untuk berhari raya. Masa ni mood raya memang dah berkobar-kobar dalam sanubari. Di saat beberapa hari lagi nak raya papanyo masih tak jumpa baju melayu raya yang menepati tema dan ciri-ciri yang dikehendaki. Alaaa bukan takde, berlambak tapi papanyo yang cerewet. Satu Terminal One carik, takde yang menepati criteria ok fine kami ke KM Plaza pulak. Alaa sebelah menyebelah je nasib baik cuaca pun baik. Kat sini lagi berlambak macam-macam baju hadoooo dari tingkat bawah sampai lah ke tingkat atas sekali kami pergi nahhh sorang usung sorang anak tapi masih tak dapat menusuk kalbu mencuri hati papanyo. Lyan benda ni dulu sementara tunggu papa cari baju raya. YEay!! Okfine takpe jom pergi tempat lain pulak. Nak dijadikan cerita al-kisah baju raya ku memang dah lama siap ditempah tapi tetiba ternampak pulak baju yang sangat cantik tergantung menepati tema pulak tu. Arghh cair! Puas la buat muka kesian nasib dapat yeay! Alhamdulillah. Cantik tak baju yang saya maksudkan tu. Tik Tik kata anakku Zara. Atekkkkk kata NAyli pulak. CANTIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKNYAAAAA! Kata mamanyo. Itu sudah mesti. So baju ni lah yang mamanyo pakai masa 1st Syawal ;) Sebab itulah kaler baju raya masa 1st and 2nd Syawal macam sama tapi tak serupa sebab mana lah pulak nak tau tetiba dapat durian runtuh dari papa pulak. HewHewHEw. Conclussion yang dicari baju papanyo tapi baju raya mamanyo pulak yang dapat. Itulah namanya rejeki jangan ditolak musuh jangan dicari tapi kalau orang dah start cari pasal dengan ko kasi belasah sampai mati je! Lelagik orang yang tak paham bahasa muehehehehee! Sebab mission tak complete kami bergerak ke The Store pulak. Takde apa pun sangat kat sini. Boring. Alhamdulillah papanyo menunaikan tanggungjawab rukun Islam yang ke empatnya. Korang percaya tak yang terbaik sememangnya susah giller nak dicari. Haaaaaa mission kami failed sebab tak dapat ape yang dicari. Sambung esok pulak so sambung kat next entry lah. Hihihi. Plan nak ke Jusco 2 pulak. Yahooo! MEngada kan? Tata titi tutu. Sekian.Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p
|
Kakcik Seroja: Jalan-jalan ke Melaka dan singgah <b>di Seremban</b>... Posted: 09 Sep 2012 03:32 AM PDT Anak-anak selalu mengharapkan yang terbaik dari ibu bapa tetapi bersediakah anak-anak untuk memberikan sedikit rasa bahagia di hati ibu bapa mereka? |
You are subscribed to email updates from di seremban - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan