Ahad, 9 September 2012

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


Untung orang <b>di</b> DUN <b>Sikamat</b> dan <b>di</b> DUN Paroi - Tranungkite

Posted: 06 Aug 2012 09:08 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Untung betul orang di DUN Sikamat dan DUN Paroi. Orang di DUN Paroi dah dapat Klinik Kesihatan di Senawang. Orang di DUN Sikamat pula akan dapat Klinik Kesihatan juga. Cuma orang di DUN Chembong, DUN Kota ...

REMBAU HARI INI: Untung orang <b>di</b> DUN <b>Sikamat</b> dan <b>di</b> DUN Paroi

Posted: 06 Aug 2012 07:29 PM PDT

Untung betul orang di DUN Sikamat dan DUN Paroi. Orang di DUN Paroi dah dapat Klinik Kesihatan di Senawang. Orang di DUN Sikamat pula akan dapat Klinik Kesihatan juga. Cuma orang di DUN Chembong, DUN Kota dan DUN Rantau masih menantikan bangunan Hospital Rembau. PM pun dah 2 kali melawat di DUN Sikamat dan 1 kali berbuka puasa di DUN Paroi.
CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT
               
Taraf dan Jenis Syarikat : T1 Bumiputra PKK Kelas A Kepala II Sub Kepala 2a
Maklumat Ringkas Tender CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT, SEREMBAN (IBS SEPENUHNYA)(E-TENDERING)YANG MERANGKUMI:
7)Blok TNB (Double Chamber)
8)Garaj Van Dan Bas-4 Bay
9)Garaj Ambulan-3 Bay,1unit Store/Bilik Pemandu
Tarikh dan Waktu Lawatan : 09:30AM, 13 December 2011
Projek RMK 9 sedang dalam pembinaan pada tahun 2008 ini adalah 3 projek Klinik Kesihatan KK3 Lukut, KK2 Senawang dan KK2 Seremban 2, Projek bawah 5 juta Kuarters KK serting Hilir Kuarters 1D KK Gemas, tambahan Bangunan KKIA KK Seremban dan N/T Pergigian Jalan Za'aba serta SCN HTJ.  Manakala 2 projek telah ditender oleh JKR masih belum masuk tapak Pejabat JKNNS dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah.  1 projek sambungan daripada RMK8 iaitu Pusat Harian dan Haemodialysis, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban telah melewati jadual lebih satu tahun sehingga Kontraktor Utama telah ditamatkan perkhidmatannya. 

TERKINI! Sokongan terhadap Anwar hambar <b>di Sikamat</b> , Ampangan!

Posted: 07 Sep 2012 04:28 AM PDT


Seremban 7 September 2012 Kedatangan Anwar bersama jelajahnya ke 2 DUN Pakatan Rakyat iaitu Sikamat dan Ampangan petang tadi hambar dengan jumlah kehadiran dianggarkan 400 orang di Sikamat dan 200 orang di Ampangan. Malah di Ampangan Jawatankuasa Pengurusan Majlis PKR Negeri Sembilan terpaksa mengambil peluang dengan keadaan orang ramai di PASAR MALAM Plaza Uda untuk nampak meramaikan mereka yang hadir untuk melihat DS Anwar. 
Kelibat penyokong-penyokong PAS juga dilihat berkurangan. Perkara ini dilihat menarik kerana lebih setahun Anwar tidak mampu menarik ribuan 'crowd' seperti tahun-tahun sebelumnya. 
Anwar seperti biasa menawarkan janji-janji ini kepada penduduk Ampangan dan Sikamat sekiranya PKR menang:
1.Akan menurunkan harga minyak pada keesokan harinya... 
2. Akan menghapuskan PTPTN pada tahun yang sama mereka menang 
3. Akan menyamaratakan hak rakyat tanpa mengira kaum. 

Sementara itu N9 kini melaporkan terdapat beberapa NGO mula mengadakan bantahan akan kehadiran Anwar di Rantau malam ini.  Anwar bersama rombongan dijadualkan sampai di Rantau pada pukul 8.45 malam ini.  
RANTAU, 06 Sept. – Balai Polis Rantau dan Balai Polis Kuala Sawah menerima laporan bantahan  warga DUN Rantau melarang sekeras-kerasnya kehadiran Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim di Rantau di Program Jelajah Sambutan Kemerdekaan yang di jadualkan di Loji Air Sains (Kuarter JBA) Kg. Ribu, Rantau 9.00 malam esok.
Bantahan dan larangan ini disuarakan oleh gabungan 39 buah pertubuhan, persatuan dan NGO yang berkumpul sejak pukul 4:00 petang di Balai Polis Rantau dan kira-kira 5:30 petang di Balai Polis Kuala Sawah.
Mohamad Yazid Jabbar dari Pusat Khidmat DUN Rantau, di dalam laporannya bermohon pihak berkuasa bertindak tegas dan mengambil tindakan sewajarnya di atas perkara yang dilaporkan tersebut.
Ab Mutalib Sulaiman, Pengerusi JKKK merangkap Ketua UMNO Kampung Stesen, mewakili JKKK Rantau membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar Ibrahim yang dianggap pakar perpecahan rakyat.
Menurutnya, "Jika polis berdiam diri dan tidak mengambil tindakan tegas melalui laporan yang dibuat oleh 39 gabungan pada hari ini, sekiranya sesuatu berlaku esok, itu adalah kerana kami berjuang demi bangsa, agama dan tanahair. Anwar Ibrahim tidak layak digelar pemimpin."
Major (B) Razali Zakaria, Presiden Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara (GMPN), menegaskan bahawa beliau dan pertubuhan menyokong laporan bantahan kehadiran Anwar Ibrahim di sini, kerana jika Anwar berceramah, ceramahnya tidak menjurus kepada perpaduan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu disifatkan mempunyai akhlak yang sangat rendah dan lebih suka melihat bangsa Melayu berpecah belah.
Dia turut menyatakan kerisauan dan kebimbangan bahawa tahap kebencian rakyat berbilang kaum kepada Anwar Ibrahim semakin meningkat. Sekiranya polis tidak bertindak, penduduk kawasan ini yang akan bertindak.
"Tujuannya adalah tidak lain, penduduk kawasan ini tidak mahu Anwar Ibrahim menjejak kaki di sini. Perasaan tersebut sudah cukup mengambarkan sesuatu." Ujarnya lagi.
Firdaus Aziz, Presiden MAYC Negeri Sembilan  mewakili suara belia menyatakan orang yang mengkhianati bangsanya sendiri dan tidak menghormati Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen perlu ditentang.
Gaya dan lagaknya baru-baru ini turut mencerminkan bahawa dia sememangnya tidak pernah menghormati bangsanya sendiri.
En Siva Pragasam, Pengerusi MIC Kg Ribu pula menganggap, Anwar Ibrahim bukan seorang ketua yang betul. Dia juga dikenali kerana memecahbelahkan kaum India di beberapa tempat di negara ini. Perlu diingatkan masih ramai kaum India cintakan perpaduan dan keamanan dan jangan perkecilkan semangat cintakan tanah air dari kaum India.
Seorang wakil kaum Cina yang tidak mahu dikenali pula mengingatkan, jangan main-main untuk menukar kerajaan kerana kerajaan hari ini telah berjaya mentadbir negara ke arah yang lebih baik. Kaum Cina yang tinggal di sini juga sudah cukup senang.
Wartawan n9kini.com turut diberitahu, antara sebab lain penduduk kampung melarang kehadiran ketua pembangkang itu kerana perhimpunan yang dibuat tanpa kelulusan permit dari pihak berkuasa tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads