Selasa, 25 September 2012

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


REMBAU HARI INI: Untung orang <b>di</b> DUN <b>Sikamat</b> dan <b>di</b> DUN Paroi

Posted: 06 Aug 2012 07:29 PM PDT

Untung betul orang di DUN Sikamat dan DUN Paroi. Orang di DUN Paroi dah dapat Klinik Kesihatan di Senawang. Orang di DUN Sikamat pula akan dapat Klinik Kesihatan juga. Cuma orang di DUN Chembong, DUN Kota dan DUN Rantau masih menantikan bangunan Hospital Rembau. PM pun dah 2 kali melawat di DUN Sikamat dan 1 kali berbuka puasa di DUN Paroi.
CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT
               
Taraf dan Jenis Syarikat : T1 Bumiputra PKK Kelas A Kepala II Sub Kepala 2a
Maklumat Ringkas Tender CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT, SEREMBAN (IBS SEPENUHNYA)(E-TENDERING)YANG MERANGKUMI:
7)Blok TNB (Double Chamber)
8)Garaj Van Dan Bas-4 Bay
9)Garaj Ambulan-3 Bay,1unit Store/Bilik Pemandu
Tarikh dan Waktu Lawatan : 09:30AM, 13 December 2011
Projek RMK 9 sedang dalam pembinaan pada tahun 2008 ini adalah 3 projek Klinik Kesihatan KK3 Lukut, KK2 Senawang dan KK2 Seremban 2, Projek bawah 5 juta Kuarters KK serting Hilir Kuarters 1D KK Gemas, tambahan Bangunan KKIA KK Seremban dan N/T Pergigian Jalan Za'aba serta SCN HTJ.  Manakala 2 projek telah ditender oleh JKR masih belum masuk tapak Pejabat JKNNS dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah.  1 projek sambungan daripada RMK8 iaitu Pusat Harian dan Haemodialysis, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban telah melewati jadual lebih satu tahun sehingga Kontraktor Utama telah ditamatkan perkhidmatannya. 

Klinik Kesihatan 3, <b>Sikamat</b> bakal beroperasi Julai 2014 | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 04:50 AM PDT

SIKAMAT, 25 Sept. –Majlis Pelancaran Pembinaan Projek Klinik Kesihatan 3, Sikamat, Seremban telah disempurnakan oleh Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan di tapak projek Jalan Tunku Khurshiah hari ini.

Beliau yang tiba di tapak projek tersebut, disambut oleh Dato' Dr. Zailan binti Dato' Haji Adnan, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan.

Klinik Kesihatan 3 (KK3), Sikamat dijangka siap pada 30 Julai 2014. Agensi pelaksana adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan telah melantik Nekajati Sdn. Bhd sebagai kontraktor pembinaan. Kos pembinaan yang diluluskan ialah sebanyak RM 17, 555, 221.90

Dalam ucapan Menteri Besar, beliau menegaskan bahawa agenda memastikan kesihatan penduduk sentiasa dalam keadaan baik  dan diberikan keutamaan. Tiga agenda utama yang beliau tekankan dalam pelan pembangunan Negeri Sembilan  iaitu agenda pelajaran, agenda kesihatan dan agenda pengangkutan.

"Sebanyak RM 50,000.00 telah diperuntukan untuk menaiktaraf Klinik Desa Rhu supaya dapat menampung kesihatan penduduk setempat sebelum KK3 ini siap sepenuhnya. Pembinaan KK3 ini berkeupayaan menerima pesakit luar  300 orang pesakit sehari berbanding Klinik Desa Rhu yang hanya dapat menampung pesakit seramai 150 orang sahaja sehari. Ini adalah bukti bahawa agenda kesihatan rakyat menjadi antara agenda  utama di Negeri Sembilan," ujar beliau.

Jelas beliau, sasaran kita adalah untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai ' Metropolis of Kuala Lumpur' menjelang tahun 2020. Maka dengan itu, kesemua agenda ini perlu diberi nafas, pembangunan mesti dijalankan dengan mendapatkan pelaburan daripada pelabur-pelabur asing.

"Negeri Sembilan telah merekodkan pertumbuhan ekonomi yang baik dengan mencapai 5.9 peratus peningkatan. Dengan keupayaan akademik yang tinggi, kesihatan yang baik dan jaringan pengangkutan yang baik, Negeri Sembilan akan dapat menarik minat lebih banyak pelabur-pelabur asing yang akan menjadikan negeri ini terus maju," tambah beliau lagi.

Hadir sama, Dato' Razak bin Mansor, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato'  Haji Mat Ali bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan Dato' Mohamad Razi bin Haji Kail, EXCO Kerajaan Negeri merangkap ADUN Kawasan Juasseh.

Oleh : Teja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads