Selasa, 25 September 2012

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


CERITO N9: Kereta api tergelincir <b>di Gemas</b>

Posted: 09 Aug 2012 11:51 PM PDT

GEMAS – Cemas. Kira-kira 20 penumpang berhadapan dengan detik mendebarkan apabila kereta api yang dinaiki mereka dari Singapura ke Kuala Lipis, Pahang tergelincir di Kampung Londah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.25 petang itu,
dua gerabak penumpang dan masing-masing sebuah lokomotif serta gerabak membawa generator tergelincir ke kiri landasan.

Pengurus Pemasaran Unit Perniagaan Strategik Perkhidmatan Antarabandar KTMB, Mohd Noordin Kimi berkata, kesemua penumpang selamat dan dipindahkan menggunakan lima teksi ke Stesen Keretapi Bahau bagi meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis.

"Sementara itu, Ekspres Timuran yang bertolak dari Tumpat, Kelantan akan singgah di stesen keretapi Bahau selama beberapa jam bagi menunggu landasan berkenaan siap diperbaiki malam ini (semalam).

"Buat masa ini seramai 100 kakitangan KTMB dari pelbagai kepakaran bergabung tenaga bagi memperbaiki landasan bermula dari 3.30 petang tadi (semalam) dan khidmat tren dari KTMB Gemas akan digunakan bagi mengalihkan gerabak yang tergelincir," katanya ketika di lokasi berkenaan, di sini, semalam.

Hadir sama meninjau lokasi, Pengurus Besar KTMB Antarabandar, Mohd Zain Mat Toha.

Sebelum ini, pada 2006, sebanyak 382 penumpang dari Singapura juga terkandas di Kampung Londah berikutan jambatan keretapi berhampiran sekolah kampung londah runtuh disebabkan banjir besar.

Bagaimanapun, dalam kejadian berkenaan, tiada penumpang cedera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads