05 di juasseh - Google Blog Search |
<b>Juasseh</b> Cafe: BERMAAF MAAFAN <b>DI</b> HARI RAYA Posted: 06 Sep 2012 05:45 PM PDT Didalam artikel dimana satu 'Ustaz' tu tulis ada menyebut, lebih kurang 'amalan bermaaf maafan di hari raya tidak berapa sesuai kerana setiap kali kita mamohon maaf maka akan terbayang la akan kesalahan kita di masa lalu, di takuti akan membawa kesedihan dan rintihan hingga mengalirkan air mata, dengan itu ia akan merosakan kan Hari Raya itu yang sepatutnya disambut dengan riang gembira'. Memang betul la apa yang 'Ustaz' tu cakap, pasal kita nak bermaaf maafan pulak, hari lain tak boleh maaf ke, orang suruh ber 'Gumbira', bersuka ria, 'enjoy', happy hour, tiba tiba kena buat 'confession' pulak. Ye lah, kalau kita nak mohon maaf dengan satu orang, kita kena buat pengakuan akan kesalahan kita, baru la orang tu boleh maafkan, kalau dia nak maafkan la, kalau di tak maaf kan macam na, hah! melalak la jawab nya, dosa kena bawak ke akhirat. Aku tak ambik 'pot' sangat bende ni, alah bukan susah sangat, bukan kerja berat sangat nak mintak maaf, "mintak maaf zahir batin dan selamat hari raya" apa susah. Lepas sembahyang raya, anak bini aku pun mula bersalaman ngan aku, selain mintak maaf, mintak duit raya sekali, 'no hal' setel satu babak. Lepas tu aku 'lead' mintak maaf dengan mak aku, siap 'ang pow' sekali, lepas tu abang ipar ngan kakak, abang dan seterus nya anak sedara dan lain lain, habis cerita, semua riang gembira. Lewat petang Hari Raya kedua aku sudah ada kat rumah mertua aku, tiba tiba semua sudah sedia dengan pakaian raya yang ber 'thema', bermakna acara rutin Hari Raya keluarga ni akan bermula, ini adat budaya kat sini, aku kena ikut. Aku anak beranak tak ikut 'thema', pakaian raya aku dan anak aku tak sempat basuh, pakai je la apa yang ada. Setelah bergambar sakan, ber'posing' kesana sini, kami pun membuat bulatan untuk upacara tahunan, ritual yang memang 'original' dari keluarga ini, bukan dari ikutan mana 'mahzab' atau fahaman. Upacara ini adalah upacara ber 'maaf maafan' antara satu sama lain bermula dari yang paling senior atau yang paling 'dominan' didalam rumah itu kepada yang paling junior. Dalam ritual ini kami akan bersalam salaman dan berpeluk pelukan, memohon ampun dan maaf dari seorang keseorang. Dalam rintihan dan pelukan kemesraan itu akan terpancul lah bibit perasaan yang begitu membuai yang sukar digambar kan dengan kata dan nosta, sentuhan berbisa yang meruntun kan emosi menjatuh luruhkan jiwa yang tadinya kental bak tiang seri, tiba tiba menjadi sayu dan pilu bak hening malam tiada penghuni dianjung sepi. Satu detik yang begitu menyentuh tanpa dipaksa dan terpaksa membawa melayang keawang awangan meneroka jauh alam hayalan. Satu perasaan yang begitu mendalam jauh kelubuk hati yang hampir mati terus terjun kelaut dalam menyelam perasaan. Acara ini begitu beremosi 'it's take you deep' hingga mampu mengalir dan menitiskan air mata jatuh kebumi tanpa kita merasa terseksa atau merasa diri kita dalam dilema penderitaan jiwa, tidak! tidak sama sekali . Dengan tidak semena dan tak disedari air mata aku pun turut mengalir lesu, aku cuba menahan dan mengalih pandangan, tiada apa yang mampu membataskan perasaan selain air mata terus berlinangan namun ku tahan jua. Aku tahan tak nak nampak 'over'. Sebenarnya bukan air mata kesedihan yang membasahi lantai sepi, tetapi ini adalah air mata kegembiraan, kegembiraan yang tak mampu digambar dengan kata bicara hanya air mata sebagai ganti curahan jiwa. Curahan perasaan yang penuh ke seni an menjadi abstrak lukisan alam, lakaran keindahan jiwa yang bertahun gersang disiram sinar yang gemerlapan. Kegembiraan apabila kita masih lagi bersama, masih lagi satu keluarga, masih lagi mampu bergurau senda bersama, masih lagi meneruskan kehidupan ini bersama sebagai satu ikatan saudara. Suka duka dalam kehidupan ini kita masih lagi harungi bersama, tiada sangsi atau iri hanya hati yang suci murni meniti hari, berbudi dan bakti demi kelangsungan hari menanti pagi sebelum dijemput sepi dalam menuju abadi. Ini lah dia keindahan hari lebaran, bukan pesta hiburan atau acara makan makan yang semestinya akan mengembira kan kita atau berpeleseran di kelab kelab malam yang mampu memberi kan kepuasan, tetapi keakraban hubungan kekeluarga an itu yang menjadikan kita kita ceria sepanjang masa. Tali silaturahim yang berpanjangan antara kita saudara se Islam, itu lah yang menjadi benteng kedukaan yang mampu bersinar walau dalam kehidupan yang penuh kesengsaraan. Itu lah kegembiraan yang sebenar benarnya yang kita cari, kegembiraan yang memang ada disekeliling kita tanpa perlu kemana mana. Sekian, ikhlas dari 'Juasseh Cafe'. |
You are subscribed to email updates from di juasseh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan