Ahad, 2 Oktober 2011

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Jasa bantu penduduk miskin <b>di Sikamat</b>

Posted: 02 Oct 2011 04:04 PM PDT

SEREMBAN 2 Okt. – Sebanyak 30 keluarga golongan kurang mampu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dekat sini, menerima sumbangan pada Program Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Prihatin, hari ini.

Golongan yang menerima bantuan itu terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal, warga emas, pesakit terlantar dan orang kurang upaya (OKU).

Sumbangan berupa wang tunai RM100 dan keperluan dapur seperti beras, minyak masak dan gula itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri yang juga bapa angkat Dewan Undangan Negeri Sikamat, Datuk Mohammad Razi Kail.

Hadir sama pada program yang antara lain bertujuan merapatkan hubungan antara pemimpin masyarakat dan penduduk setempat itu ialah wakil-wakil agensi kerajaan.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Ismail Taib, 74, berkata, dia tidak lagi mampu bekerja keras kerana tidak lagi berupaya memanjat pokok kelapa setelah cedera akibat terjatuh selain menghidap asma.

Bagaimanapun katanya, kehidupan harian perlu diteruskan walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

"Keperluan makan minum saya diuruskan oleh anak buah yang tinggal berdekatan.

"Saya tidak mampu lagi melakukan kerja seperti dahulu kerana faktor usia dan kesihatan yang sering terganggu," ujarnya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan tersebut.

Seorang lagi penerima bantuan, Che Wah Hitam, 60, berkata, kehidupannya kini tidak lagi sekuat dahulu setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat dirempuh kereta dua tahun lalu.

"Nasib baiklah seorang anak saya masih bersekolah dan tinggal bersama. Jadi dapatlah dia membantu meringankan tugas saya di rumah.

"Ini kerana sehingga kini, saya tidak lagi dapat berjalan dengan betul akibat kemalangan tersebut," ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads