Sabtu, 17 September 2011

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Ceramah Motivasi <b>di</b> Kem Agroloka, <b>Jelebu</b> anjuran SMK DUMA

Posted: 28 Jul 2011 01:16 AM PDT

17 Julai 2011, Jelebu : Satu ceramah motivasi telah berlangsung di Kem Agroloka, Jelebu, Negeri Sembilan. Program ini diadakan khusus buat pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Program ini dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA).

Salah seorang penceramah yang telah dijemput adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Mengapakah Aku Tidak Boleh Cemerlang?". Beliau telah menyampaikan ceramah tersebut dengan penuh suasana ceria dan menghiburkan selama dua jam mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.30 pagi.

Dengan ini selamat maju jaya diucapkan buat semua pelajar yang terlibat mudah-mudahan usaha yang digerakkan ini berupaya melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang di SMK DUMA ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang ceramah Sdr Syamsul berlangsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads