Sabtu, 17 September 2011

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Pencerobohan Pengambilan Pasir <b>di Gemas</b>, N.Sembilan

Posted: 03 Aug 2011 08:55 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

PENCEROBOHAN PENGAMBILAN PASIR
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Saya sebagai anak jati Kg Kurnia Di Raja Pasir Besar di Gemas N Sembilan sangat tidak berpuas hati dengn pengurusan kampung.

2 orang ketua kampung dan seorang Iman yang berkompromi dengan tauke pasir di kg ini menjual pasir iaitu harta kerajaan pada waktu yang tidak di tetapkan pada pukul 4.00pg – 5.00 pagi iaitu di luar waktu operasi 8.00pg – 5 .00ptg.

Kerja-kerja pencerobohan pengambilan pasir ini telah terlalu berleluasa sehingga mengakibatkan jalan laluan penduduk kg rosak dan menyebabkan hakisan tanah yang teruk.

2 orang ketua kampung ini begitu tidak bertanggungjawab dengan membiarkan tauke pengorek pasir ini bermaharajalela tanpa sebarang pantauan.

Saya amat berharap pihak berwajib dapat turun padang melihat sendiri keadaan kg kami dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pencuri-pencuri harta kerajaan ini.

By: Anak Jati

http://www.aduanrakyat.com.my/pencorobohan-pengambilan-pasir

Antara beberapa kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan bagi tahun 2009 ialah pengurusan pengambilan pasir yang kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran. Syarat pentadbiran dan teknikal berkenaan pengambilan pasir yang tidak dipatuhi dan penguatkuasaan Akta Air tidak dilaksanakan. Laporan audit tersebut dan beberapa gambar masalah penagmbilan pasir di pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html

Rumah Terbuka Aidilfitri 1432H DUN <b>Gemas</b> Ceria dengan <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2011 10:07 AM PDT

GEMAS, 9 Sept. – Negeri Sembilan Negeri Beradat dan kaya dengan tradisi yang boleh mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduknya tidak mengira bangsa Melayu, Cina, India, Orang Asli dan sebagainya.

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Gemas hari ini  di padang Dewan Besar Gemas menerima sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 3000 orang tetamu dari sekitar DUN Gemas yang turut  menyambut kedatangan Menteri Besar; Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Dato' Zainab Nasir selaku tuan rumah bersama kepimpinan masyarakat setempat menyambut ketibaan Menteri Besar dengan seterusnya beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir.

Penduduk sekitar telah hadir bermula dari pukul 1.30 tengahari dan berakhir 6.00 petang tadi  dihidangkan dengan pelbagai juadah dan dihiburkan dengan nyanyian karaoke.

Menurut En Muniandy, 68 tahun seorang pesara yang bekerja di Majlis Daerah Gemas berserta isteri Velmah 61 tahun mereka telah sampai sejak pukul 1.30 tengahari lagi dan sangat gembira menikmati hidangan yang disediakan dan merasa kemeriahan rumah terbuka Aidilfitri ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana di sambut sekali dengan Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 54 tahun.

Bagi sekumpulan berbangsa Cina yang tidak mahu dikenali berpendapat, Rumah Terbuka Aidilfitri yang dibuat setiap tahun ini memberi alamat yang sangat baik kepada masyarakat Cina Kawasan DUN Gemas kerana ini menunjukkan keprihatinan pemimpin tempatan tanpa mengira adat, budaya dan bangsa seterusnya amalan ini sering dikongsi setiap kali menjelang perayaan di Malaysia.

Begitu juga temubual kepada sekumpulan hadirin yang berasal dari Kg Desa E-Kasih, Londah iaitu perkampungan baru 50 unit rumah PPRT yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama Menteri Besar Negeri Sembilan pada bulan Julai 2010 telah memberi satu kegembiraan buat mereka kerana pemimpin utama Negeri tidak pernah lupa dengan golongan yang memerlukan.

Menurut Puan Lilis Suriayani Sarifudin, 22 tahun dia sangat gembira pada hari ini kerana menantikan kehadiran Menteri Besar yang telah membawa perubahan dalam hidupnya dengan memberikan penempatan yang sangat selesa disamping bertemu rakan-rakan lama dan menyambung hubungan silaturrahim.

Malah menurut Puan Sabariah Mad Jat, 43 tahun kehadirannya kerana mengenang budi Dato' Zainab yang telah membantunya meringankan beban menjaga anak OKU terlantar di bawah bantuan JKM.

Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Gemas juga menerima tetamu dikalangan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan dan barisan parti kompenan Barisan Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads