Jumaat, 29 Julai 2011

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Transformasi HTJS dikagumi - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 26 Jul 2011 08:38 AM PDT

Transformasi HTJS dikagumi

Transformasi HTJS dikagumi

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Bangunan yang bakal menempatkan wad kanak-kanak dan wanita termasuk blok pusat rawatan harian Hospital Tuanku Jaafar Seremban yang dijangka siap penghujung tahun ini akan menambah keselesaan orang ramai.


SEREMBAN 25 Julai - Mungkin ramai yang tidak mengetahui, Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) yang terletak di Rasah, dekat sini, sebelum ini pernah dikenali sebagai Hospital Umum, Rumah Sakit Umum Seremban dan Hospital Besar Seremban sebelum menjalani proses penamaan semula pada 2006.

Apa pun namanya, hospital berkenaan yang telah berjasa kepada penduduk negeri ini selama lebih 100 tahun itu telah berkembang pesat dari aspek fungsi dan peranannya melalui peredaran masa sejak diwujudkan seawal tahun 1894.

Sejak menjalani proses penamaan semula, HTJS telah melalui proses naik taraf termasuk pertambahan tenaga kerja dalam memastikan ia mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutamanya penduduk di negeri ini.

Lebih menarik, HTJS yang terletak di kawasan seluas 85 hektar itu merupakan hospital pakar yang menjadi rujukan utama kepada hospital lain di negeri ini.

Pengarahnya, Dr. Jaafar Che Mat (gambar) berkata, hospital yang beroperasi 24 jam dan tujuh sehari seminggu ini mempunyai kapasiti 850 katil yang memberikan perkhidmatan perubatan kepada 400,000 penduduk di daerah ini serta lebih 900,000 penduduk Negeri Sembilan.

''Dalam tempoh lima tahun ini, kita telah menjalankan pelbagai usaha menaik taraf HTJS dalam usaha melonjakkan perkhidmatan yang diberikan kepada umum.

''Ini selari dengan moto 3K yang diterapkan pihak HTJS sejak ia melalui proses penamaan semula pada 2006 iaitu keutamaan pada keselamatan, keselesaan dan kondusif kepada para pelanggan kami," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Jaafar, peredaran masa serta pertambahan penduduk juga membuatkan pihaknya sentiasa memperkemaskan dan mempertingkatkan tenaga kerja terlatih termasuk penggunaan peralatan teknologi moden selain memperkembangkan kemudahan HTJS.

Mengulas lanjut perubahan dalam tempoh lima tahun itu, Jaafar memberitahu, pihaknya menerima peruntukan sebanyak RM188 juta yang disalurkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi merealisasikan matlamat tersebut.

''Di bawah pelan ini, HTJS akan diberi nafas baru bukan sahaja dari aspek perkhidmatan malah akan dimantapkan dari segi kemudahan yang meliputi pembinaan bangunan baru serta pertambahan peralatan perubatannya.

''Antaranya termasuk pembinaan wad khusus bagi kanak-kanak dan wanita yang akan menempatkan hampir 346 katil, blok khas untuk tempat letak kereta yang mampu menempatkan 900 kenderaan pada satu masa dan sebuah bangunan bagi pesakit mendapat rawatan dengan pantas yang akan dikenali dengan pusat rawatan harian," ujarnya.

Jelasnya, pembinaan bangunan baru tersebut termasuk kemudahan tempat letak kereta yang dijangka siap pada penghujung tahun ini itu akan mampu mengatasi masalah kesesakan.

''Apabila ia siap nanti, saya yakin kita dapat memberikan perkhidmatan dengan lebih kondusif kepada umum secara pantas, teratur dan lebih penting secara efisien,'' ujarnya.

Tambah Jaafar, pusat rawatan harian yang menelan belanja sebanyak RM42 juta itu akan memainkan peranan yang penting dalam usaha memberikan rawatan tanpa memerlukan pesakit dimasukkan ke wad melebihi satu hari.

''Ini bermakna pesakit yang perlu menjalani pembedahan termasuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan boleh dilakukan di pusat berkenaan dalam kadar pantas.

''Di pusat ini nanti pesakit buah pinggang dan pesakit yang perlu menjalani rawatan kimoterapi akan dimasukkan ke pusat rawatan harian ini selain menjadi tempat pembedahan harian," katanya.

Dalam pada itu, katanya, peruntukan yang diterima itu turut digunakan oleh pihaknya untuk menaik taraf dari segi kemudahan dalaman seperti kemudahan awam, ruang kerja, ruang pejabat serta bilik mesyuarat dan seminar di HTJS.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads