Jumaat, 29 Julai 2011

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Lelaki yang dilapor hilang <b>di Gemas</b>, ditemui mati - Komunitikini

Posted: 25 Jul 2011 03:01 AM PDT

Seorang lelaki yang dilapor hilang selepas membuat urusniaga getah Sabtu lepas, ditemui mati awal hari ini.

Mayat Mohd Sufian Mustafa, 34, ditemui di ladang getah Peringkat Tiga, Felda Pasir Besar, berhampiran jalan utama Gemas-Pasir Besar kira-kira  pukul 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang berkata mayat lelaki itu ditemui dengan kesan kecederaan di kepala dan badan serta kesan cedera akibat tetakan senjata tajam di tangan.

"Polis bergegas ke ladang itu setelah menerima maklumat daripada adik mangsa yang menemui kereta Produa Kancil yang digunakan mangsa di ladang berkenaan.

"Kami melancarkan gerakan mengesan mangsa dan akhirnya mayat mangsa yang ditutupi daun ditemui di dalam lubang di ladang itu," katanya.

Beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui tetapi keluarga lelaki  berkenaan telah membuat pengecaman mayat itu.

Mayat lelaki itu di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya.

Laporan mengenai kehilangan lelaki itu dibuat oleh keluarganya di Balai Polis Dangi, Kuala Pilah, kira-kira pukul 12.40 tengah hari semalam setelah Mohd Sufian yang merupakan pembeli getah tidak pulang ke rumah sejak keluar bagi urus
niaga getah Sabtu lepas.

Ketika keluar dari rumah, Mohd Sufian dikatakan turut membawa wang tunai kira-kira RM3,000 bagi urus niaga getah di Palong, Gemas.

- Bernama

Related article

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Universiti Malaya Buka Fakulti Pertanian <b>Di Gemas</b> | BLOG MOA

Posted: 24 Jul 2009 12:05 AM PDT

SEREMBAN, 23 Julai (Bernama) — Universiti Malaya (UM) akan mewujudkan Fakulti Pertanian dan Biotek di Gemas bagi menjalankan penyelidikan serta mencari formula terbaik membantu sektor pertanian negara.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan UM itu adalah perkembangan positif yang menjadikan Gemas sebagai `Lembah Biotek' yang luas, sekali gus mempercepatkan proses pembelajaran, kajian dan penyelidikan berkaitan teknologi pertanian.

"Fakulti itu akan dibangunkan di kawasan seluas 202.34 hektar dan pembinaannya yang dijangka siap menjelang 2011 akan menelan kos lebih RM200 juta menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan," katanya selepas merasmikan Ekspo Agro dan Biotek 2009 sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri, di sini Khamis.

Katanya pembinaan fakulti tersebut adalah 'pembukaan semula' Fakulti Pertanian yang suatu ketika dahulu pernah diwujudkan oleh universiti itu dalam melahirkan graduan tani terbaik negara.

Mohamad berkata UM akan membina kampus fakulti tersebut di kawasan yang disediakan oleh kerajaan negeri dan seramai 1,500 pelajar akan diambil apabila ia memulakan pengajiannya.

Menurutnya persetujuan pembinaan fakulti itu dicapai selepas kerajaan negeri menyarankan jabatan dan agensi kerajaan yang diberikan tanah di negeri ini supaya dapat membangunkannya dengan segera.

"Pada mulanya, UM membuat surat akuan hanya untuk membangunkan sebuah Pusat Penyelidikan Biotek iaitu makmal mereka di Jelebu dengan kos pembinaan sebanyak RM25 juta.

"Tetapi, disebabkan Jelebu merupakan kawasan sensitif alam sekitar, kerajaan negeri tidak mahu melaksanakan sebarang pembangunan yang boleh merosakkan alam sekitar dan satu pertemuan semula diadakan bersama Naib Canselor dan Dekan Fakulti berkenaan di sini baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata dalam pertemuan tersebut pusat pengajian itu menerima cadangan kerajaan negeri supaya membuka fakulti di Gemas dan ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

– BERNAMA

from your own site.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads