05 di juasseh - Google Blog Search |
PAKATAN RAKYAT N15 DUN <b>JUASSEH</b>: Kebangkitan Rakyat Semakin Membuak <b>...</b> Posted: 09 Jul 2011 11:36 AM PDT SIAPAKAH WANITA BAJU PUTIH INI??!!..RUPANYA SEPERTI ANAK BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA: Bersih bukan untuk parti politik tapi tuntutan perbersihan kepincangan sistem SPR Penangkapan 1,667 orang dalam satu perhimpunan massa semestinya satu rekod baru yang dicipta,kerajaan Najib Razak, malah beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) tercedera semasa polis menyuraikan perhimpunan dengan melepaskan gas pemedih mata, di KL Sentral. Terbaru, seorang peserta yang berusia 59 tahun meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan terhidu gas pemedih.
Meskipun dijadualkan secara rasmi di Stadium Merdeka pada jam 2 petang, namun perarakan bermula dengan lebih awal, memandangkan penangkapan telah dimulakan sejak awal pagi lagi. Kira-kira 1,000 orang mengiringi pemimpin PAS Hatta Ramli, untuk berarak dari lorong berhampiran Masjid Jamek, menuju ke Menara MayBank, pada kira-kira 12.50 tengah hari. Kemuncak: 50 hingga 60 ribu orang Kumpulan manusia ini semakin mengembang saiznya sepanjang perarakan, dan mereka singgah di depan Menara MayBank berhampiran Pudu Raya. Dua kumpulan lagi, satu dari Pudu Raya dan satu lagi dari Jalan Petaling, bertemu dengan kelompok manusia di Menara MayBank, pada kira-kira jam 1 petang.
Lautan manusia mencecah antara 50,000 hingga 60,000 pada kemuncaknya, walaupun pihak polis hanya menganggarkan 5,000 hingga 6,000 orang. Pada masa yang sama, satu perhimpunan dengan ribuan orang juga diadakan di sekitar KLCC. Jika dijumlahkan secara keseluruhannya, bilangan orang yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 boleh dikatakan lebih besar daripada perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007. Malah, apa yang menarik, lebih ramai peserta Cina dan India, yang rata-rata dari golongan muda terlibat dalam perhimpunan ini, berbanding perhimpunan pada tahun 2007. Polis dan FRU tiba di Menara MayBank pada kira-kira jam 1.30 petang. Meriam air berkimia dan gas pemedih mata ditembak secara bertalu-talu ke arah peserta perhimpunan. Sekumpulannya berlari ke arah Jalan Petaling, dan satu lagi kumpulan berlari menuju ke arah Pudu. Tangkapan dilakukan, tahanan digari dengan tali plastik, malah kekerasan digunakan sehingga terdapat tahanan yang berdarah di bahagian kepalanya.
Kelompok orang kemudian berlari ke arah Hospital Tong Shin, dan sesetengah pula berlari untuk berkumpul di sekitar Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Bekas Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Timbalan Setiausaha Agong Ngeh Koo Ham cuba berunding dengan pihak polis. Menurut Sivarasa Rasiah, pihaknya meminta polis membuka Jalan Sultan, supaya peserta boleh bersurai secara aman, dan permintaan ini disetujui peserta perhimpunan.
Dengan ini, polis semakin menguasai keadaan di depan Hospital Tong Tsin, selepas menguasai kawasan di Menara MayBank pada kira-kira jam 2.30 petang. Peserta perhimpunan bersurai secara aman pada kira-kira jam 4 petang. Meskipun dikhabarkan bahawa ada orang yang akan menggunakan senjata dan molotov cocktail untuk mencetuskan huru-hara, namun ramalan ini tidak "menjadi kenyataan". Sebagaimana yang diperhatikan wartawan, ada peserta perhimpunan yang menghulurkan garam kepada anggota polis, sebagai penawar apabila terkena gas pemedih mata.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang mengepalai perhimpunan PATRIOT, juga ditangkap polis. Perhimpunan PATRIOT yang bermula dari Jalan Bukit Bintang, menarik penyertaan kira-kira 200 orang sebagaimana yang dilaporkan. Sebelum itu juga Polis telah mula membuat sekatan di sekitar jalan utama yang memasuki bandar Kuala Lumpur, sebagai persediaan untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0. Malah, mulai jam 11 malam, telah dikhabarkan bahawa polis meronda dan menyemak dari bilik ke bilik di hotel-hotel sekitar Lembah Klang. Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia, H.R.Dipendra yang menginap di Hotel Swiss, Jalan Tunku Abdul Rahman, memberitahu bahawa polis mula menyemak dari bilik ke bilik di situ pada kira-kira jam 11, malam tadi. Menurut H.R.Dipendra, dua orang anggota polis lelaki dan dua orang polis wanita mengetuk pintu bilik di hotel yang beliau menginap. Bilik yang bertentangan dengan biliknya disemak. Bagaimanapun, polis tidak menyemak biliknya, dan beliau juga tidak tahu sebab polis berbuat demikian. Tian Chua menyanggah hujah jejaskan ekonomi Demikianlah perbualan dalam rancangan "Soaring Pegasus", Durian FM tempohari. Naib Presiden PKR merangkap ahli parlimen Batu, Tian Chua diundang ke rancangan untuk membincangkan isu perhimpunan BERSIH 2.0, yang bakal berlangsung pada 9 Julai 2011. Tian Chua juga tersenarai sebagai antara individu yang dihalang menghampiri beberapa kawasan komersial dalam wilayah Kuala Lumpur pada 9 Julai, menurut perintah larangan majistret.
Malah, Tian Chua berkata, seandainya polis tidak menyuraikan perhimpunan dengan gas pemedih mata, meriam air berkimia, maka 300,000 orang yang masuk ke kawasan Kuala Lumpur bakal menambah pendapatan peniaga tempatan. Beliau membuat perhitungan seandainya setiap orang memberi tiga botol air mineral, maka peniaga di Kuala Lumpur akan memperolehi pendapatan RM1 juta dalam sehari. "Itu belum kira nasi lemak, tambang pengangkutan dan sebagainya," selorohnya. Tian Chua menyindir, apakah Menteri Pelancongan Malaysia Ng Yen Yen yang membuat promosi di seluruh dunia, mampu untuk membawa 300,000 orang ke Kuala Lumpur dalam sehari? Ini bermakna BERSIH 2.0 petang semalam telah mencapai satu matlamat perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.
Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah. Soalan 1. Adakah adanya arahan dari pihak atasan untuk menembak terus ke kepala bagi tujuan membunuh DSAI dalam perhimpunan ini ?Secara ringkas berikut adalah "harga" yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
Harga murah Namun harga itu dianggap "murah" berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0.
Kehadiran mereka membuktikan "kuasa rakyat" masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun. "Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman," kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.
Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu. Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi 'Negaraku' di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis. Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.
BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini. Wajah sebenar Najib Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.
Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan BERSIH sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan. Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .
BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja. Negara diktator Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini. Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.
Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya. Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik. Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?
Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau. Kesetiaan kepada Raja? Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.
Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi. Seperti mana kata Ambiga "kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman."
Inilah semangat BERSIH. Memang tak ganas. Inilah yang kita doakan. Terbukti yang ganas adalah KDN yg memperalatkan polis sahaja. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di juasseh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen