05 di tampin - Google Blog Search |
TOK NAL: RM 2 JUTA ATASI BANJIR <b>DI TAMPIN</b> Posted: 27 Apr 2011 02:49 AM PDT Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 2 juta bagi menjalankan kerja-kerja mendalamkan sungai , meluruskan serta memperbaiki sungai dan sistem pengairan dan saliran dalam usaha untuk mencegah dan mengurangkan kejadian banjir didaerah ini . Peruntukan yang disalukan melalui ahli parlimen Tampin , Dato Shaziman Abu Mansor diharap bukan sahaja berupaya mengawal banjir yang semakin kerap berlaku , malahan dapat mencegahnya dari terus berulang dan membawa banyak kerugian kepada orang ramai . Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah sekitar kawasan Gemas , Sungai Kelamah , Sungai Dua , Keru , Tampin serta kawasan Gemencheh . Perbincangan berhubung projek tersebut telah diadakan di pejabat Dato Shaziman sendiri di Jabatan Kerja Raya KL dan antara yang dijemput hadir ialah Pegawai Daerah , Juretera JPS , Adun Gemas , Penghulu Khalid dan Tok Nal sendiri . Terima kasih kepada Dato Shaziman khususnya kepada Encik Ujang yang telah memberikan layanan baik dan mesra kepada Tok Nal dan pegawai lain yang hadir . Semoga projek yang menelan belanja RM 2 juta ini akan dapat mengatasi masalah banjir sekali gus mengurangkan beban mereka yang sering dilanda musibah itu . Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di tampin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan