Khamis, 9 Jun 2011

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Macam Ni Lah: 3 Korban 10 Cedera Kemalangan <b>Di Jempol</b>

Posted: 10 May 2011 09:04 PM PDT

JEMPOL: "Sempena Hari Ibu baru-baru ini, dia anak pertama memberi ucapan kepada saya dan itu juga kali terakhir saya bercakap dengannya," kata Rosni Abdul Samad, 50, ibu Muhammad Izwan Noorazman, 20, seorang daripada tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di sini, semalam.
Rosni berkata, Allahyarham yang juga pelajar Kolej Komuniti Jempol menyampaikan ucapan Hari Ibu sehari lebih awal iaitu pada Sabtu lalu ketika menghubunginya melalui telefon.
"I love you, I miss you (saya cinta dan saya rindu pada ibu). Itu antara kata-katanya ketika menelefon saya," kata ibu kepada enam anak itu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jempol, di sini, semalam.

Selain Muhammad Izwan, dua lagi yang terbunuh dalam kemalangan pada jam 11.20 pagi di Jalan Mahsan-Bahau itu ialah pemandu treler yang sarat dengan kayu getah, Abd Halim Omar, 33, serta kelindannya, Nordin Amat, 45.



Kejadian berlaku apabila treler dipandu Abd Halim yang dalam perjalanan menuju Bahau gagal dikawal ketika menuruni bukit lalu melanggar sembilan kenderaan lain iaitu dua lori, tiga kereta, tiga motosikal dan sebuah pacuan empat roda Perodua Kembara.



sumber : metro online Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads