Sabtu, 4 Jun 2011

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Laman Rasmi: FELDA <b>SERTING</b>, N. SEMBILAN PULA DIGEMPUR, WARGA FELDA <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 08:41 PM PDT

Malam tadi (31 Mei 11) bertempat di Felda Serting Hilir, Jempol, N. Sembilan satu program ceramah telah diadakan oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dari Negeri Sembilan dan Pahang.


Ceramah tersebut lebih khusus kepada sesi penerangan berkaitan saman peneroka terhadap Felda serta berbagai isu berkaitan permasalahan felda dan penerangan Buku Jingga. Kehadiran rata-rata dari warga felda setempat lebih kurang 200 orang memenuhi ruang halaman rumah seorang penduduk felda yang dijadikan tempat ceramah. Walaupun program ini tidak dihebahkan melalui poster, tetapi golongan sasaran yang hadir amat memuaskan hati pihak penganjur.

Penceramah terdiri dari Pengerusi PKR N. Sembilan YB Datuk Kamarul Bahrain, Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman, Pimpinan PAS dan PKR Jempul dan Ketua Biro Felda dan Masyarakat Orang Asal PKR Pusat Tuan Hj Hj Suhiaimi Said. Ketua AMK N. Sembilan Sdr Nazri Yunus dan pimpinan AMK tempatan juga turut hadir. Turut memberi ucapan adalah seorang Peguam yang mengendalikan beberapa kes berkaitan saman Peneroka terhadap Felda.


Ketua PKR Cabang Jempol, YDP PAS Jempol dan Peguam mewakili Felda

Berbagai isu disentuh di dalam isu felda, Peguam yang mewikili peneroka di dalam kes saman terhadap felda menerangkan secara terperinci berkaitan hak dan perlindungan kepada peneroka di sisi undang-undang (GSA). Pendedahan juga dibuat oleh YDP PAS Jempol tentang bagaimana felda kini kehabisan wang sehingga terpaksa meminjam wang dari KWSP sebanyak RM 6 Bilion. Beliau telah menunjukkan satu salinan Minit Mesyuarat yang membuktikan dakwaannya itu.

Tuan Hj Suhaimi Said - Ketua Biro Felda dan Masyarakat Orang Asal PKR Pusat
Isu felda terus menjadi hangat apabila Tuan Hj Suhaimi Said mengambil giliran berucap. Beliau lebih lanjut menerangkan darihal undang-undang (GSA) yang kebanyakan tidak difahami oleh para peneroka sehinggakan mereka takut untuk mempertahankan hak mereka sendiri. Beliau mendedahkan bagaimana seseorang peneroka mengalami kerugian sehingga mencapai RM 200 ribu seorang akibat penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh felda terhadap mereka. Tuan Hj Suhaimi menerangkan tentang Buku Jingga yang mana para peneroka dijanjikan tentang penghapusan Felda Plantation seterusnya akan menjadi hak milik warisan Peneroka, pengurusan felda peringkat bawahan, bekas-bekas anggota keselamatan dan mereka yang layak memohon.

Pengerusi PKR Negeri, YB Datuk Kamarul Bahrain memberi keyakinan bahawa nasib warga felda dan jenerasi mereka akan terbela sekiranya Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Peneroka mesti berani berubah demi masa depan jenerasi mereka. Beberapa kes yang dimenangi oleh peneroka di dalam saman terhadap felda menunjukkan golongan peneroka berada di pihak yang benar, justeru itu tidak menghairankan terdapat ugutan dari pihak pengurusan felda untuk menakut-nakutkan mereka.


Majlis di akhiri dengan ceramah yang disampaikan oleh Pengerusi PKR N. Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman. Beliau banyak menyentuh isu di luar topik felda yang tidak kurang pentingnya sebagai maklumat kepada warga felda yang hadir. Di selang-selikan dengan ucapan berjenaka yang menggamatkan suasana, Dato' Fauzi menyentuh serba sedikit tentang isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang semakin ditakuti oleh Umno/Bn. Beliau sebagai bekas pimpinan Umno yang pernah berada di beberapa Kementerian di bawah Kerajaan Bn, memberi beberapa sebab mengapa Umno begitu takut dengan Ketua Umum PKR itu.


Umno kini hilang punca, parti sekular tersebut yang mulanya ingin mengadakan kerjasama dengan PAS tetapi setelah PAS menolaknya dengan tegas, kini mula merengek merayu agar DAP menyertai Bn pula. Setelah mereka melabel PAS dengan berbagai tohmahan termasuk parti ajaran sesat, melabel DAP sebagai pelampau kaum Cina dan komunis, kini Umno ingin menyantuni kedua-dua parti di dalam Pakatan Rakyat tersebut. Ini membuktikan Umno kini tiada lagi teman dan berseorangan untuk berdepan dengan hukuman dari rakyat di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kesimpulannya, program malam tadi amat berjaya kerana dapat mengumpulkan penduduk setempat di dalam satu jumlah yang besar. Bukan mudah untuk mengumpulkan warga felda seramai itu kerana mereka sering ditekan diugut agar tidak mendekati sebarang program dari Pembangkang.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads