Sabtu, 4 Jun 2011

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Premis Makanan Kotor <b>Di Port Dickson</b> Diarah Tutup | MyNewsHub (BM)

Posted: 31 May 2011 09:50 PM PDT

SEREMBAN – Sebanyak 11 premis makanan di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana didapati tahap kebersihan yang rendah.

Pengarah jabatan itu, Datuk Dr Zailan Adnan berkata premis terbabit diarah tutup sementara selama 14 hari dan pemiliknya dikehendaki meningkatkan kebersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Sebab utama penutupan premis makanan ini berikutan tahap kebersihan dan sanitasi makanan yang rendah, pengendali makanan yang tidak mendapatkan suntikan pencegahan penyakit taun serta pengedali tidak memakai apron dan penutup kepala.

"Selain itu, didapati juga peralatan dan perkakas yang tidak bersih dan rosak, tiada kemudahan tempat mencuci pinggan mangkuk disediakan dan perkakas lain, keadaan fizikal bangunan seperti lantai, dinding dan siling yang tidak memuaskan atau kotor, pembuangan sampah yang tidak teratur serta lain-lain masalah yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan makanan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Katanya operasi bersih bersepadu yang dijalankan Khamis lepas, juga memberi penekanan dan pendidikan terhadap pemakaian apron, tudung atau topi dan pembuangan sampah yang teratur.

Pemeriksaan premis makanan akan diteruskan supaya tahap kebersihan berada pada paras penilaian 65 peratus ke atas, katanya. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads