Sabtu, 4 Jun 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Daerah Kuala Pilah, <b>Seremban</b>, Rembau Dan <b>...</b>

Posted: 21 May 2011 01:55 AM PDT

SEREMBAN, 21 Mei — Beberapa kawasan di daerah Kuala Pilah, Seremban, Rembau dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air pada Rabu ini.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan selama 21 jam mulai pukul 9 pagi di daerah Kuala Pilah adalah berikutan kerja pencucian kolam berjadual kolam air Bukit, Kuala Pilah.

"Kawasan terlibat ialah pekan Kuala Pilah, Kampung Dioh Seberang Pekan, Taman Angkasa, Taman Dioh, Kampung Dioh. Kampung Sungai Dua Kecil, Taman Citajaya, Kampung Sawah Lebar, Kampung Acheh, Kampung Teluk, Kampung Kuala Dioh, Jalan Seremban Lama, Taman Pilah Perdana, Flat Waja, Taman Sima, Taman Pilah Jaya dan Taman Sentosa.

"Selain itu, Taman Setia Kasih, Kampung Gemuruh, Kampung Jawa, Kampung Parit Seberang, Kampung Parit Mungkal, Rumah Rakyat Melang, Taman Melang, Rumah Rakyat Ampang Tinggi, Taman Impian dan Bukit Mutiara," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya gangguan selama 16 jam mulai pukul 8 pagi di daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau adalah berikutan kerja penyelenggaraan berjadual kolam air Bukit Tunggal, Seremban.

Azlan berkata kawasan terlibat di daerah Seremban ialah Taman Cempaka, Kampung Linsum, Bandar Eka, Taman Delima Siliau, Kampung Sungai Sendayan, Kampung Sega, Taman Kristal, Taman Seri Damai, Rumah Rakyat Kuala Sawah, pekan Rantau, Kampung Ulu Lalang, Rumah Rakyat Ulu Lalang dan Kampung Kanchong.

Di daerah Port Dickson pula melibatkan Air Kuning, seluruh kawasan Linggi, Kampung Tampin Linggi, Kampung Takau, Ladang Tampin Linggi, Takau Estet, Rumah Rakyat Linggi, pekan Linggi, masjid kariah Tampin Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian, masjid kariah Pengkalan Durian, Rumah Rakyat Pengkalan Kempas dan Kampung Permatang Pasir.

Gangguan bekalan air di daerah Rembau melibatkan Jalan Tok Samad, Jalan Tanjung Semut, lebuh raya Pedas, Merbau 9, Minching B, hentian lebuh raya Seremban, Perhentian Tinggi Estet, Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Sekolah Teknik Chembong, Taman Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri dan Taman Pinggiran Pedas.

Sementara itu, gangguan selama 16 jam mulai pukul 8 pagi di daerah Port Dickson berikutan kerja pencucian kolam berjadual di kolam takungan Si Rusa, Port Dickson melibatkan seluruh kawasan Chuah hingga Bukit Pelandok, Tanah Merah hingga Site A, sebahagian kawasan Lukit dan Kualiti Alam Sdn Bhd.

Manakala gangguan selama sembilan jam mulai pukul 9 pagi Rabu ini di daerah Rembau adalah berikutan kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Bhd di loji rawatan air Pedas Baru, Rembau.

Kawasan terlibat ialah kawasan perindustrian Chembong, Kampung Chembong Air Hitam, Kampung Chembong Batu 17, Balai Bomba dan Penyelamat Chembong, Taman Desa Chembong, Taman Datuk Lela Maharaja, Rumah Rakyat Chembong, Sekolah Menengah Datuk Sedia Raja, Kampung Berkat Chembong, Kampung Ampang Batu, Kampung Masjid Tanah dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads